Showing posts with label JANUARI 2012.. Show all posts
Showing posts with label JANUARI 2012.. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

preloved item hanya dengan harga RM15 (free postage)


Assalamualaikum wbt...seperti yang ros pernah janjikan...ros nak jual semua baju-baju ros..heeee:D murah sahaja..dengan harga RM15 dan yang pasti percuma satu shawl...yang memang ros tak guna sangat..bukanlah tak guna..guna cuma waktu study jarang sangat kuar g jenjalan..jadi tak terpakai pun ada shawl tu..dengan niat nak sedekah sama..jadi ros bagi percuma dengan setiap pembelian...;) hehe...;)

MY PRE♥D ITEM
cuma RM 15 sahaja
free postage ye!
percuma selendang!;)


PL 0112

PL 0212


PL 0312


PL 0412

PL 0512 (SOLD : K.NONI)

PL 0612 (SOLD : KAK NONI)

PL 0712 

PL 0812


PL 0912



 jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli baju-baju diatas boleh la contact ros di email ni ye:- wardahamra_86@yahoo.com..;) 


Nyatakan juga kod pilihan anda..;) ty! 


Wednesday, January 25, 2012

hari pertama di sekolah baru..:)

berpakaian..jubah hitam dan juga selendang merah pemberian sahabat baik..tiera..~;P
bangun seawal 6 pagi dan bersiap ke sekolah pada jam 7 pagi..bakal ku lalui hari-hari yang mendatang insyaAllah..
itulah doaku selama ini dan impian untuk menjadi seorang guru..
dengan penuh harapan agar anak muris yang aku ajar mendapat ilmu yang ku ajari hari ini..pesanku..datang sekolah dengan niat dan azam untuk mencari ilmu dan untuk mencari redha Allah..dan janjiku juga pada mereka yang sangat lemah dalam bahasa arab agar bersama-sama berusaha mendapatkan yang terbaik dalam pelajaran mereka..insyaAllah..moga mereka terus tabah untuk terus lalui hari-hari belajar bersama ustazah mereka yang agak GARANG neh..;P

menjadi satu cabaran bila berheadapan dengan anak millenium sekarang...sebab semuanya dah pandai sangat menjawab...susah nak ditegur dan memang kena gunakan seidkit kekerasan...dan ketegasan..tak boleh langsung nak berlemah lembut dengan mereka..kalau tak mudirah kata: nanti pelajar-pelajar pijak kepala..almaklumlah, semuanya dikalangan orang yang agak berada...moga Allah berikan kekuatan..

pasti ada yang masih tertanya-tanya..dekat manalah ros ni mengajar kan?
ros mengajar sekolah swasta je..:P
tak yahla tanye dengan lebih detail lagil..segan nak kabar kan..tapi insyaAllah..ros yakin, ros nak bantu mereka yang lemah dalam belajar...moga mereka terus Istiqamah..teringat madah akhlak yang ros ajarkan untuk adik-adik 6 Ibn Batutah tadi..:) alhamdulillah semuanya dengar kata...;) dan ros sentiasa akan uji mereka faj'ah (mengejut) supaya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajarkan...:) 

adik-adik, moga ustazah mu ini kuat..ustazah ke? ya Allah..tak layak pun sebenarnya..tapi insyaAllah..moga apa yang disampaikan kepada mereka sampai terus ke hati dan minda mereka yang masih suci..amin ya Allah..

lebih menggembirakan apabila mendengarkan adik-adik ini hebat dalam membaca Ma'thurat..
masyaAllah..maha suci Allah yang menciptakan anak-anak cerdik seperti mereka..

insyaAllah NAJAH fi addunya wa alakhirahhh~:) aminnnn..:)

Friday, January 20, 2012

Allah sebaik-baik perancang~

ya Allah, betapa bersyukurnya aku hari ni..tak sangaka rezeki dari Allah tu sampai sehinggakan dua tawaran sekaligus..memang syiokkkkk habis! :)
syukur Alhamdulillah, tak putus-putus ungkapan kalimah thoyyibah ini keluar dari mulut tatkala menerima mesej dan juga call untuk ditemuduga..
pada awalnya terfikir untuk mengabaikan mesej tersebut dari pengetahuan mak dan juga abah..kononnya nak tunggu GSTT la, tapi kerana terlalu eksaited untuk berkongsi kegembiraan ini, ku bawa hape (handphone) masuk ke bilik mak..suruh mak baca sendiri mesej yang diberikan oleh mudirah SMA Saran..syukur ya Allah..ketika mahu menelefon kembali ke sana..ada panggilan masuk dari Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah, Johor Bahru..suruh datang temuduga esok..

tiba-tiba mak tersenyum dan berkata: ha..bila tak ada tawaran tu..bising mulut aku ni nak kerja la apela bagai..bertanya nape kerja tak ade la..bila dah nak kerja tu..sampai dua sekaligus dapat..then kitorang sama-sama gelak...manakan tidak, dua tawaran sampai dalam satu masa yang sama..

lepas tanya keputusan dari mak dan juga abah..mak n abah cadangkan pergi je yang dekat Rawang ni sebab abang ade kat sana..senang nak jenguk-jenguk sekali..pastu plak dekat Johor tu kos hidup tinggi..jadi ros pown decide terus untuk pilih Rawang..SMAS..insyaAllah dengan niat nak bantu adik-adik kat sekolah agama ni..moga dengan perkongsian ini Allah akan bantu lagi ros dalam memahami lagi Bahasa Al-Quran ini..tak mengambil kira langsung akan gajinya berapa..sebab bagi ros cukup la bila dapat tahu ros dapat mengajar dua sesi..petang dan juga pagi..sekolah menengah dan juga sekolah rendah..:) Alhamdulillah..tak sabar rasanay sebab inilah yang selalu ros mintak dari Allah..mohon banyak-banyak dari Allah untuk mengajar..

semalam ada kisah sedih yang berlaku dan sangat jauh rasenya dari semua orang..jauh hati, sedih hati semua yang berkaitan dengan HATI..haish..mintak dijauhkan dari penyakit hati dan berjaga-jaga dengan HATI..
tapi setiap yang berlaku tu ade hikmahnya dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik dan sebaik-baiknya buat kita smeua..
dan sekarangggggg..
ros telah pown berada di Taman Tun Teja, Rawang..Alhamdulillah..
sebab emak dan abah mungkin busy untuk hantar ros, jadi abang ros bali melaka tadi amik ros dan insyAllah 24 nanti akak ipar dan abang yang akan hantar ros ke skolah tuuuuuuu..

sentiasa berdoa agar aku diberikan kekauatan untuk berkongsi ilmu dengan semua adik-adik diSMAS..
ya allah..jadikanlah aku seorang pendidik yang dapat mendidik anak bangsa ini dengan baik...moga engkau yang maha pemurah dapat memudahkan segala urusanku disana nanti..insyaAllahhhh..:) amin3..amin ya Allah, ya Rahman, ya Rahimmmmm..:)

doakan ros terus berjaya ye! 
dan ingatlah bahawa Allah sebaik-baik perancang..sebab dari semalam ros duk sebut sedih-sedih..kusut dan rasa serabut sangat-sangat..tapi inilah jawapan yang terbaik dari Allah..alhamdulillah..:)

koranggggggggg! 
rindu kat emak..huuuuuuuuuuuu..:'(

Tuesday, January 17, 2012

kerja saya hari ini adalah mengucapkan TAHNIAH~:)

Assalamualaikum wbt..

rezeki manusia tu Allah beri berbeza..sama lah yang terjadi dekat kawan-kawan ros sekarang,,semuanya berjaya dapat JQAF..Alhamdulillah, gembira untuk mereka semua dan kerja ros hari ni adalah mengucapkan tahniah buat mereka semua...;) TAHNIAH buat semua kawan-kawan BASL yang dapat KPLI JQAF..semoga tabah menghadapi keputusan nanti..di IPG tu baru permulaan buat kalian..harap semua ditempatkan dekat3 sahaja..;) heee:D kerana mungkin ada yang akan diletakkan dipedalaman..tak pe, tu semua ujian pertama untuk menjadi seorang guru..;) moga tabah kawan3!;) dan TAHNIAH sebab korang semua memang terbaik!;)

bilalah turn ros pulak ye..hope dihadapan sana ada peluang lain yang menanti..
nak smbung MA, terpaksa tangguhkan dulu sebab mak n abah suruh kerja dulu..
ya Allah, rase sedih pown ade sebenarnya..tapi tak pe..ada yang terbaik..insyaallah..

ros teringin nak mengajar..apa la jawapan dari PPD nanti ye..;) tunggu dan terus menunggu..;)
happy sangat sebab semua telah menemukan titik permulaan bekerja dalam hidup diorang..tumpang gembira dengan semua kawan-kawan BASL dan juga mereka yang lain yang mungkin ros tak kenali..;)

mengajar satu amanah..dan dalam mengajar, kita juga belajar...ni yang ros amalkan waktu study dulu..bila kita berkongsi..kita secara tak langsung mengamalkan ilmu yang kita ada dan memperkembangkannya dengan perkongsian..tu yang best...

tak sabar lak nak mengajar..siyes!
caiyok3 kawan3!
teruskan perjuangan memartabatkan BAHASA AL-QURAN..