Sunday, January 6, 2013
TIPS: Pakai Korset Untuk Buang Lemak Versi Abg Kevin.
Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen. Persoalan yang sering timbul oleh orang ramai tentang penggayaan korset adalah adakah ia berkesan untuk membuang lemak di badan dan dalam erti kata lain mengurangkan berat badan?
Jika dilihat dengan fungsi korset itu sendiri, ia nya bukanlah pembakar lemak di dalam badan. Tetapi ianya lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti kata lain, ianya diperbuat untuk menyorok gumpalan lemak sahaja.
Berkesankah?
Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang anda. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan. Malahan, jika korset itu telah digabungkan dengan infrared atau sebagainya, ia akan menjadi panas (umpama sauna) dan meningkatkan metabolisme serta membakar kalori yang tidak semestinya membakar lemak. Walaubagaimanapun, teori yang digunakan ini akan mengakibatkan kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang iaitu:
• Ketidakselesaan untuk bernafas - penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
• Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.
• Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh adanya gangguan pada hempedu.
• Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh yang lain.
Kesimpulannya, pemakaian korset bukanlah alat untuk membakar lemak atau sebagainya. Amatlah tidak berbaloi jika melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli pakaian yang akhirnya memberi kesan yang negatif keatas tubuh badan kita. Nasihat saya, apa yang paling penting untuk penjagaan kesihatan adalah pemakanan dan gaya hidup yang sihat secara keseluruhannya.
Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com
kenapa tiba-tiba masuk cerita pasal korset ni? sebab kita dah start balik pakai korset dari masuk minggu persekolahan hari itu..dan tidak lupa juga lotion Fellina Inchloss~ :) heeeeeeeeee :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!