Sunday, April 28, 2013

Kisah Buah Delima Yang Kecut.


Dahulu kala ada seorang laki-laki yang bernama Al-Mubarak dia adalah seorang pembantu dari seorang saudagar penduduk Hamdzan dari Bani Hanzhalah di daerah Khurasan. Ia bekerja di perkebunan saudagar itu dalam jangka waktu yang lama.

Pada suatu hari, datanglah saudagar tersebut ke perkebunannya. Ia menyuruh Al-Mubarak mengambilkan buah delima yang manis dari kebunnya . Al–Mubarak pun bergegas mencari pohon delima dan memetik buahnya kemudian menyerahkan kepada tuannya. Setelah tuannya membelah dan memakannya, ternyata rasanya kecut. Maka marahlah dia sambil berkata “Aku minta yang rasanya manis, malah kamu berikan aku yang kecut. Ambilkan yang manis !”. Al-Mubarak pun pergi dan memetik delima dari pohon yang lain. Ketika tuannya tersebut membelah dan memakannya untuk kedua kalinya, ternyata rasanya sama kecut, maka tuannya sangat marah kepadanya dan memerintahkan Al-Mubarak untuk ketiga kalinya memetik buah delima tersebut, dan ternyata sang tuan masih mendapatkan rasa yang kecut. Akhirnya tuannya bertanya: ”Apa kamu tidak bisa membedakan yang manis dan yang kecut? “Al-Mubarak menjawab: Tidak”. “Mengapa ?” Tanya tuannya. “karena saya tidak pernah mencicipi sedikit pun buah tersebut sehingga saya tidak mengetahui rasanya” jawab al-Mubarak. “Mengapa kamu tidak mencicipinya ?” Tanya tuannya dengan perasaan kesal bercampur heran. “Karena tuan tidak pernah mengizinkan saya untuk memakannya”.

Tuannya terdiam dan merenungkan ucapan Al-Mubarak dan akhirnya dia menyadari kejujuran pembantunya itu. Maka menjadi mulialah al-Mubarak dimata tuanya sehingga sang tuan pun menikahkan beliau dengan putrinya. Dari perkawinan tersebut, lahirlah seorang anak laki-laki dari negeri khurasan yang diberi nama Abdulloh Ibnul Mubarak yang kelak menjadi salah seorang ulama besar dalam sejarah islam.

(Sumber Siyar Alamu Nubala, Imam Adzahabi)

Mutiara Kisah:

1) Mengenal lebih dekat seorang ulama yang bernama Abdulloh ibnul Mubarak

2) Kejujuran adalah sifat yang terpuji

3) Lawan kejujuran adalah sifat dusta

4) Kejujuran akan membuahkan berkah pada kehidupan seorang hamba

5) Hendaknya orang tua menjaga dirinya dari memakan makanan yang haram untuk menghasilkan anak-anak yang sholeh

6) Seseorang itu akan menjadi mulia karena ilmu yang ada pada dirinya

Penulis : Ustadz Abu Imron Sanusi
Sumber : Kisah-kisah Keteladanan, Kepahlawanan, Kejujuran, Kesabaran, Menggugah, serta Penuh dengan Hikmah dan Pelajaran Sepanjang Masa. Penerbit : Maktabah At-Thufail, Panciro-Gowa (Makassar-Sulsel). (almakassari.com)

Like Fanspage: Kisah Teladan & Sejarah Islam

www.kisahislam.net

Langsaikan Segala Hutang.


hai! ! !

kalau sebut pasal hutang, ada ke yang suka berhutang? cer citer, cer citer? mestilah tak gemar dan tak suka kan? sama lah macam ros...ni bukan hutang wang ringgit tau! tapi ini hutang ASSIGNMENT yang masih belum langsai..tarikh nak submit insyaALlah dilewatkan pada 10 Mei ini, tapi ros akan pastikan ros siapkan semua assignment ni sebelum 30 April sebabnya ros nak fokus pada kerja assignment EDC2102 dan EDC2103 pula..

ini subjek ilmu pendidikan yang terlalu banyak teori...perlulah memberikan yang terbaik biarpun ros ni tak lah terbaik mana sgt pun...nak siapkan assignment dan nak berikan terbaik kepada semua murid lepas ni..kadang kite terlalu tumpukan pada assignment dan murid-murid pula kat sekolah ramai yang ketinggalan..sedih sangat kan? huhu..

okey, mulai sekarang...saat ini..jom sama-sama fokus langsaikan hutang assignment..before May okey? hehe..;) 

doakan ros dapat siapkan segera! 

Binatang Juga Menghina Hebat Akan Zina.



# Kisah Sekelompok Kera yang Merajam Sepasang Kera yang Berzina #

Imam Al-Bukhari -rahimahullah- meriwayatkan dari Amr bin Maimun -rahimahullah- :

Dari ’Amr bin Maimun, dia berkata: “Saya pernah melihat pada masa jahiliah ada seekor kera yang berzina, lalu beberapa kera berkumpul untuk merajamnya, lalu saya ikut merajam bersama mereka.”

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fat-hul Bari membawakankisah ini secara lebih lengkap,

Suatu saat ketika saya berada di Yaman menggembala kambing milik keluarga saya dan saya berada di tempat yang tinggi. Saya melihat ada seekor kera jantan bersama kera betina berdua-duan lalu mereka berdua tidur berpelukan. Tiba-tiba datang kera jantan lain yang lebih kecil (muda) lalu menggoda kera betina itu. Kemudian kera betina secara pelan-pelan keluar dari pelukan jantannya kemudian pergi bersama kera muda tadi lalu keduanya berjima’ dan saya melihatnya, lalu betina itu kembali ke pelukan jantannya dengan pelan-pelan. Tiba-tiba kera jantan yang pertama bangun dan kaget kemudian mencium dubur betina lalu berteriak sehingga berkumpullah kera-kera yang cukup banyak. Sang jantan terus berteriak sembari mengisyaratkan tangannya ke betina. Kera-kera itu akhirnya pergi ke kanan dan ke kiri lalu mereka datang membawa kera muda yang aku kenal tadi. Setelah itu mereka membawa keduanya ke lubang kecil kemudian merajam keduanya. Sungguh aku telah melihat rajam pada selain anak adam.

Lebih lanjut tentang kisah ini, silakan simak penjelasan Ust. Abu Ubaidah di : http://abiubaidah.com/binatang-juga-mengutuk-perzinaan.html/

Doa Untuk Memikat.


ecceh, tak tahan dengan tajuknya tu haaaa..sesuai untuk ros yang tak ada orang yang sudi ni..kikiki..

semalam kak Jannah ade kongsikan doa, dia memang seorang yang hebatlah..banyak yang dikongsikan dengan ros..seolah-olah dia tahu ros ni tak de yang punya..seolah-olah jela...dah betul orang tak sudi ke kita..belum jodoh..dan memang tak pernah lagi setakat ni ada yang serius..mainkan perasaan, sakitkan hati, tak pandai jaga hati lagi ada..huhu..ada macam tak ada..tu memang selalu sgt rasa..hehe..ala, tk payah ckp ros lah, ros yakin sangat mesti ramai yg pernah rasa macam ni..sampai satu tahap dan mcm apa yang ros rasakan sekarang..tak nak nikah..sebab rasa macam tak ada lagi baik..

biar masa jela yg menentukan..

okey, ayat yg nak ros kongsikan ni mesti korang dah biasa baca...sebabnya ni dari surah alwaqi'ah juga..

لا مقطوعةٍ ولا ممنوعة

maksudnya: tidak terhenti dan tidak terhalang..



boleh kita amalkan, sebenarnya maksud ayat ni, ada ayat sebelumnya..iaitu yg memaksudkan..buah ditaman syurga yang banyak, tidak dihenti untuk mengambilnya dan tidak juga dilarang..

amalkanlah surah ini, kak Jannah cakap insyaAllah..kerja yang baik dan niat yg baik pasti tidak akan terhenti dan terhalang seperti mana banyaknya buah-buahan dalam syurga yang tidak dihalang untuk kita mengambilnya..:)

* kagum dengan kak jannag, lepas ni kena banyak membaca wahai ros! lupakan masalah yang ada..banyakkan muhasabah diri! :)

fokus! upss,,,sesuai ak tajuk doa untuk memikat tu? hehe..sgt propa!



Saturday, April 27, 2013

Stress..?


pagi-pagi lagi dah bangun awal untuk program di sekolah..hari ini ada Khemah Ibadah bagi pelajar Tahun 6, tetapi dihandle sepenuhnya oleh JAZIM Motivation Group..alhamdulillah, just pantau-pantau sahaja sebenarnya..dan bagi program tadi, ros bahagian makan tengahari..alhamdulillah, settle kerja dan khemah ibadah bagi tahun ini..

cuma ada sedikit kekurangan dengan program tadi..hurm, maklum sgt dengan kekurangan tersebut sebab setiap kali berprogram apa yang mencacat celakannya adalah kehadirran guru..but it is okey...mereka masih datang biarpun mengikut "Shift"..huhu..

ros rasa benda ni normal, apa yang tak normalnya ialah sikap berkira antara guru..sangat-sangat berkira..sehinggakan tak sangka dalam aliran AGAMA sendiri bersikap seperti itu..minta dijauhkan, tapi inilah hakikat yang berlaku dan ros rasa agak stress..

cuma teringat pesan seorang kakak, katanya...kalau kita rasa demotivated, ros carilah kawan yang boleh motivatekan diri ros dan orang itu sentiasa positif..pesan kakak ini akan ros sematkan dalam diri..terkadang rasa stress dengan keadaan disekeliling, tapi bila difikirkan..kenapa jadi macam ni, tanya pada diri sendiri..mungkin kita kurang baik dengan DIA..HAK dia mungkin kita tak tunaikan ke..kurang sempurna ke..fikir macam tu jelah...

stress? apa yang sangat biasa ros lakukan adalah keluar berjalan..stress dengan assignment pun keluar juga berjalan..tak tahu kenapa minggu ini adalah minggu stress..harap ianya akan beransur pergi...jauh-jauhhhhh dari hidup ini wahai ahli STRESS! ! !

okey, tak payah baca lama-lama entry ini..nanti takut anda juga stress seperti ros..huhu..

Friday, April 26, 2013

Kabulkan Doaku.


ya Allah, aku tahu aku bersalah..atas apa yang telah aku lakukan terhadapmu selama ini..
tapi, cuma satu sahaja mintaku..
tolong jagakan adikku yang OKU itu..dari segala mara bahaya..
semoga engkau juga kuatkan hati kami adik beradik untuk mnjaganya dengan sabar dan ikhlas..

Daiso Lagi dan Lagi dan Lagi!

Bismillah, apa khabar semua di tengahari jumaat ini? Ros alhamdulillah sihat..baru bangun tidur..hihi :D lepas balik sekolah tadi rasa sakit kepala semacam pulak, terus tidur dan ni bbaru bangun..

Okey, semalam punye cerita ya? Ros pergi Aeon Bandaraya Melaka semalam dengan adik ros si Amiey.. Saje jalan-jalan mencari purse..ni nak tunjukkan bekas yang besar yang murah dengan harga rm5 di Daiso..

Seronok sangat rasanya sebab dpt beli bekas besar cmni..ros beli pun sebab nak letak alat-alat mekap..mekap ke? Hihihihihi..ala segala minyak wangi, bedak, losyen, minyak rambut semuanya lah ada dalam bekas ni..mmg puas hati sebab memuatkan bermacam-macam barang..

Sebenarnya, kalau ikutkan dekat tag bekas ni, dia letak gambar macam kain3 kecil, kain3 tuala kecil la..tapi ros letak brang3 mekap..ala, tak pelah..asalkan puas hati membeli..dah lah besar..muat bermacam-macam pulaak tu..

Jadi kalau nak beli barang kat Daiso tu, ros nasihatkan supaya semuanya beli yang besor3 gedabakkkk okey? Pasti berpuas hati..kalau kecil-kecil memang nnt rasa tak berbaloi la..

Ni la ros, suka sangat beli brg di Daiso..hehe..okkey lah, setakat ini sahaja dahulu..bersambung lagi nanti..take care..bubbye..:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 25, 2013

Kecewa.

Aku pernah dikecewa dan mengecewakan orang pun memang aku pernah jugak..tapi dengan sebab..dan tak pernah lah pulak bbila org jujur n setia aku bls dengan curang..

Cume orang je yg pernah bbuat aku macam tu..sampai satu tahap rasa macam tak nak bbercinta..dan bencikan lelaki..memang aku ada perangai mcm tu sebelum ni..

Tadi sbnrnye dh tidur awal..ni terjaga semula sebab abg ade belikan bburger, rugi kalau tak makan..nnt membazir pulak..jadi bangun makan bburger kejap td..

Lepas tu tibe3 terima whatsapp dr kwn lame..mmg dia ada hati dekat aku..sejujurnya, aku tak percaya bile dia ckp dia dh berubah..

Kalau dia berubah, dia takkan bg meesage ckp sayang3 bagai..aduhhh..ape semua ni? Hurm, padahal bulan lepas kalau tak slh dia sudah pun bertunang..

Owh, apakah? Knp dia tidak setia? Ya allah, dugaan rasanya..tapi tak nak fikirkan sgt sbb mmg aku tahu perangai dia macamane..

Dan dia boleh ckp kalau aku ckp aku belum tunang macmane? Allah3, rimasssss..siap ckp ko nak tak jadi bini aku? Eyh??? Dia ingt hati dan perasaan ni boleh dipaksa ke?

Aku harap sgt, lelaki yang ade terbace entry aku ni..kalau dh rasa bertunang tu buat cara dh bbertunang..jangan permainkan hati org lain..tak elok! Tak baikkk!

Nnt kalau org mengharap, kite dpt dosa..nauzubillah, jauhkn semua ini dr keturunanku..dekatkan keturunan kami dengan perkara-perkara yang baik3..

Amin ya allah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 23, 2013

Esok Hari Lahir Emak!


hyeeee..teengahari tadi balik dari sekolah terus gtau dekat abah yang esok adalah birtday emak..memang every year kami celebrate together..nak-nak pulak semua sekali family berkumpul satu rumah, adik ros yang amik law tu sekarang dah ade dekat rumah...dia praktikal dekat Tetuan Mokhtar Jalan Hang Tuah Jaya..dekat je di Melaka ni ha...alhamdulillah lah sebab abg ros pun tinggal serumah ddengan kami..rumah besor jadi kenalah tinggal ramai-ramai macam ni..meemang meriah..

tadi pukul 9 malam ros dan adik keluar pergi beli cake..yelah, nak sambut hari lahir emak kan...tahun lepas kami semua terlupa dan celebrate lambat..tapi tahun ni memang awal lah..actually 24 tapi kami dah buat hari ini..peergi beli cake, KFC dan hadiah untuk emak...kali ini ros beelikan untuk emak ros kerongsang, nak kasi baju dan tudung dah pernah bagi..kerongsang pun sebenarnya dah peernah hadiahkan dekat emak..tapi tak pelah, baru-baru ninterdengar emak cakap kerongsang dia tak ade..banyak yang dh hilang..bukan hilang ape pun masing-masing kalau dah ade dekat rumah ni memang memasing pinjam meminjam sehingga buat harta sendiri..termasuklah ros..hehe...barulah naak dikatakan AKRAB antara kita..tak gitu?

sekarang tengah tunggu emak dan abah balik, manee ntah dua sejoli tu pergi..hehe...tunggu jelah..hihi..;) okeyh, nnt ros tunjukkan gambar emak ros dengan kek ye? :) heeeeeeeee :D tatatititutu..;)


Sunday, April 21, 2013

Contoh Bookmark.


hyeeeeee..update kali ni nak kongsikan contoh bookmark yang ros design sendiri..veru the simple one! hehe...sebab dah janji dengan adik-adik darjah 3 Bestari 2 untuk bagi hadiah dekat ddiorang diatas keberanian mereka kehdapan untuk menyampaikan Kalam Jamaie sewaktu P&P dijalankan...:)

*inilah yang dikatakan janji ditepati..;) 

so, bagi yang nak edit boleh download di sini:-

CONTOH BOOKMARK - Bahasa Arab

saving sikit bile kite buat ssendiri ni..macam ros, ros print hitam putih jek..mungkin agak simple, tapi kalau korang nak print kaler confirm cantik..:) hehehe..peace! ;)

Gaya Penulisan Saya Yang Mengikut Zaman.


bismillah, nak cerita tentang cara dan gaya penulisan ros yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman..ecceh..sabah tahun kita semakin meningkat dewasa..jadi cara penulisan juga berubah mengikut tahap kematangan akal fikiran, jika melihat kepada entry ros yang sebelum-sebelum ini memang ternyata berbeza dengan sekarang..pada awal tahun 2010 ros start berblog..rasa seolah-olah kebudak-budakkan kerana terlalu obses dengan blogger yang cantik-cantik dan gaya penulisan juga seakan-akan mereka yang cantik dan gojes walaupun diri ini tidak seperti gadis-gadis blogger yang cantik-cantik dan super gojes itu..hihi :D semuanya berkisar tentang diri sendiri dan pengalaman diri..agak berterabur juga isi yang ingin disampaikan..font yang digunakan ala-ala kononnya nak nampak cantik maka menggunakan kaler-kaler yang berwarna warni..padahal nak dibezakan dengan sekarang rasa macam serabut kalau tengok belog adik-adik yang berkaler-kaler ni..hehe..

sekarang gaya penulisan lebih sempoi, kemas dengan satu jenis font..blog juga disusun atur dengan baik setelah mengambil khdimat edit blog..kalau dulu gadget entah ke hape-hape..semua benda nak letak..ups, bukan gadget.tapi widget..widget jam, wwidget curcor, widget kalendar dan macam-macam lagi mende alah ntah hape3 yang ros letakkan..

then kebanyakkan perkataan yang ros gunakan dulu semuanya kebanyakkannya adalah short form..sehinggakan orang tak faham denan apa yang cuba kita sampaikan dalam sesebuah entry..tapi perbezaan itu juga ros percaya akan berlaku kepada semua adik-adik yang masih baru berjinak dalam dunia blogging..dalam dunia blog ini juga ros kenal banyak peerkataan seperti BW ---> Blogwalking, then kalau dekat chatbox tu pulak ada lah tulis salam ziarah, dropping by here..klik nuff..hehe..macam-macam..then keenal juga dengan auto bw..macam-macam lah..lepas tu mula tertarik nak buat giveawayy walaupun dulu aagak naif apakah itu giveeaway..? haha..ddah lame rasanya tak join giveaway..

bercakap tentang giveaway ni rasa macam tak best pulak, sebab ros dah lupee sangat tentang giveaway keberapa yang ros dh buat..hurm, hampeh je kan? :P 

kenapa tiba-tiba cerita pasak entry ini ye? sebabbbb...

















teringat zaman dulu yang tak reti nak menghargai Bahasa Melayu dalam penulisan, tetapi sekarang lebih menghargainya tanpa perlu shortform seperti sebelum ini..;)



*teruskan utk menyiapkan assignment..:)

Muat Turun.Download.


Copy Gambar Wanita Muslimah Yang Cute & Sopan.


hyeeee..cer tengok satu persatu gambar ni..memang comel belaka..nak buat DP facebook, whatsapp, bbm, wechat..semuanya boleh...dari menayang muka sendiri tu..baik tayang muke kartun yg comel dan sopan ni..;)








comel tak? hehehe..copy-copy..actually, boleh tengok lebih banyak lagi gambar di devianart..:)

Saturday, April 20, 2013

Satu Perasaan.


ada satu perasaan..
tolong jangan kau datang..
tolong jangan kau dekat..
dikala aku ssedang kuat!

ada satu perasaan..
menjadikan aku lemah dan lelah..
menjadikan aku sukar dan susah..
tolong..kau boleh blah!

ada satu perasaan..
bila difikir jadi mudarat..
langsung tidak ada manfaat..
buatkan aku jadi penat..

ada satu perasaan..











apakah engkau akan selamanya sebati wahai perasaan?
membuatkan aku perasan! 
sungguh..engkau memang satu perasaan..

Program Menggilaap Permata Ayahbonda.


Alhamdulillah, selesai sudah Program Menggilap Permata Ayahbonda yang telah dijalankan di sekolah pagi tadi..sambutan daripada ibu bapa ssangat-sangat menggalakkan..mereka bersama-sama berkongsi meklumat, pengalaman dan cadangan demi anak-anak yang disayangi..program sebegini memang sangat bagus untuk adik-adik tahun 6 yang ingin mengambil UPSR..dan keterbukaan ibubapa menerima kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka adalah satu perkara yang sangat membanggakan..beersama-sama ibubapa dan guru-guru bagi mencorakkan keputusan yang terbaik dalam setiap ujian penilaian yang telah diambil oleh adik-adik tahun 6..

cadangan bagi menaikkan SKALA MARKAH bagi pelajara tahun 6 adalah sesuatu yang bagus kerana biarpun skala sebenar untuk murid-murrid lulus sememangnya rendah, tapi bila skala dinaikkan, secara automatik pelajar-pelajar cuba untuk meningkatkan taraf prestasi mereka dala pelajaran...:)

semoga dengan program seperti ini dapat membuka minda dan seterusnya memberikan keinsafan lepada semua murid-murid tahun 6 agar mereka berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan 5A dalam UPSR..

lebih-lebih lagi mereka kesemuanya teelah pun membuat "AKU JANJI" dihadapan ibubapa mereka bersaksikan guru-guru kelas yang ada didalam kelas tadi..pentadbir juga turut serta hadir bersama ketika program dijalankan..bagi ros, ini adalah satu usaha sekolah bersama-sama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat yang terbaik dalam UPSR..

Cikgu Rohaidee selaku guru Sains di SKBB sangat bertungkus lumus didalam memberi penerangan bagi murid-murd untuk meningkatkan tahap kecemerlangan mereka di dalam subjek Sains..tambahan pula, anak beliau merupakan seorang pelajar cemerlang UPSR di Melaka ..tahniah diucapkan kepada cikgu..semoga kerja kuat cikgu-cikgu tahun 6 akan mencambahkan hasil yang baik buat semua pelajar tahun 6 seluruhnya insyaAllah..:) 

*ros turut menitiskan airmata ketika mereka sedang melafaazkan "AKU JANJI". 
semoga adik-adik tahun 6 pada tahun ini akan terus cemerlang dunia dan akhirat..:)

Friday, April 19, 2013

Senyum Itu Sedekah.



seronok tengok Asha tenyum macam ni...:)

Kertas Kerja Kejohanan Mini Olahraga 2013.


bismillah, ini adalah kertas kerja yang ros buat berpandukan kertas kerja senior di IPG sebelum ini..:) 

nak kongsikan dengan semua..

insyaAllah naik sem 2 nanti kami kena kelolakan sukan..jadi, sebagai SU inilah keertas kerjanya..:)

DOWNLOAD Kertas Kerja Kejohanan Mini Olahraga 2013

Gelanggang Raja Lawak Musim ke-7?


petang tadi ros sempat tonton ulangan gelanggang rajalawak musim ke-7 kalau tak salah ros..rasa macam kesian sangat tengok peserta-peserta dia..semuanya memang mencuba untuk buat yang terbaik..tetapi sedikit memalukan bila tak dapat buat yang terbaik dikhalayak ramai bahkan apa yang meereka usahakan tu dipandang lekeh..rasa macam nak tampar je zizan dengan johan sebab mereka seola-olah memperlekehkan bakat yang ada terhadap semua peserta..memanglah ros ni bukan lah peminat setia rajalawak, cuma bila tengok sekali sekala tu jadi kesian sebab diorang jadi bahan "persenda" orang ramai..

nak-nak ros tengok yang diorang siarkan pasal ujibakat yang sebelum ni..bagi ros, banyak lagi kerja yang sesuai untuk kalian..pendamkanlah bakat yang ada jika seandainya anda datang ke ujibakat tetapi digelakkan orang ramai bukan kerana lawak anda..akan tetapi, oleh kerana ketidak pandaian anda untuk melawak..ros sebenarnya pernah rasa yang sedemikian..sewaktu berada dipentas solehah..pernah rasa tak dapat jawab soalan rasa macam ya Allah..hanya DIA sahaja yang maha tahu ketika itu..jadi ros faham bila anda diketawakan..atau anda mungkin nervous dan juga rasa takut ke..blur ke..clueless..macam-macam kalau dh atas peentas..kan3? :')

buat zizan dan johan, memang korang POWER giler! tapi janganlah sampai memperlekehkan mereka yang masih baru..cubalah korang guide diorang yang baru tu..dan sebenarnya..kalau tak de program seperti ini pun tak pe..sebab teringat kata-kata seorang ustaz...orang yang buat lawak ni, buat orang gelak dan benda yang lagha ni..memang sangat sia-sia..tinggalkan jela..hehe..

kadang kala kite memang perlukan hiburan..tapi, berpada-pada lah ye? :)

Contoh Brosur Program Menggilap Permata Ayahbonda.


bismillah...

okey, nak kongsikan contoh brosur yang ros buat sendiri untuk program esok insyaAllah..:) 

boleh lah nak download disini: 

CONTOH BROSUR PROGRAM MENGGILAP PERMATA AYAHBONDA - Download.

Thursday, April 18, 2013

Kem Bestari Solat Tahap 1 & Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang Dah Selesai!

Alhamdulillah, segalanya sudah pun selesai pada petang tadi..eyh, apa yang telah sselesai tu? Kem Bestari Solat lah..semalam telah berlangsungnya KBS bagi Tahap 2 dan untuk hari ini pula KBS utk Tahap 1, perghhh..minggu ini memang super duper busy! sedih kot..dengan nak edit kertas kerja lagi..memang lambatlah gamaknya ros tidur malam niiiii..:') 
tadi waktu tengah kemas-kemas kantin sekolah setelah selesai anak-anak eyh, adik-adik tahap satu makan, kak Aisyah aka Setiausaha Program di sekolah bagi satu kertas yang mana ada senarai AJK bertugas pada sabtu ini untuk Program Menggilap Permata Ayahbonda bagi Tahun 2013 ini..ros dilantik sebagai ajk brosur..sorang je kan...jadi roslah kena buat! huhuhu..penat kan jadi cikgu ni sebenarnya? haha..tapi tak apa...insyaAllah...semoga terus beerkobar dan semangat untuk hari esok dan hari-hari yang mendatang..
okey, kembali kepada KBS tadi..untuk KBS kali kedua ni..pengisian dari Penyelaras j-QAF kami adalah bagi Tahap 1 Tahun 1 ialah rukun sembahyang..memang agak sukar nak terangkan kepada adik-adik sebab ros dapat kelas hujung kan..kelas yang budaknya boleh tahan lah perangainya..hehe..tapi kena gertas sikit dengar dah cakap kite..:P actually terpaksa terbuat macam tu...huhu..
bagi tahap 2 semalam, semua adik-adik tu kena baca surah-surah lazim sebagai amalan didalam solat..yelah, takkan nak duk ulang 4Qul sahaja kan? tak pe, suruh depa hafal surah..baca surah panjang dapat pahala lebih sikit..hehe..pahala menghafal dan pahal mengamalkan..:) 
okey, nak sambung buat BROSUR ! insyaAllah nanti ros akan uploadkan hasil kerja ros dekat sini..:) 
hihi :D maaf jika tak seberapa..sebab ni first time ros buat brosur tau! ;) hihi :D 

Wednesday, April 17, 2013

Saya Menang 3 Juta Ringgit Malaysia!


okeyh, nampak sangat meenipunyerrrr! dah tak tahu nak letak tajuk apa untuk post ni, saja letak cenggitu kononnya HOT lah! konon orang boleh terbelalak bijik matanya melihat! omk, ssesungguhnya anda tertipuuuu..hihi :D

sekarang ampa ssemua duk buat apa? *loghat utagaha sat!
cek duk siapkan Kertas Kerja Kejohanan Mini Olahraga ISO2101 niiiii..insyaALlah sedikit sahaja lagi dan dalam minggu ini juga atau esok nak send teerus paada email cikgu dan kawan-kawan AJK tertinggi yaang lain..kenapalah mukee ini juga yang jadi setiausaha? aduh, entahlah..sesuai jadi S/U agaknye..sebab salah satunya ros suke menaip..tapi kalau nak tulis tu, masyaAllah tulisan macam cakar lembu..owh, ade ke? hehe..cakar ayam lah ye..sungguh ross merosakkan bahasa kebangsaan kita..jangan sesekali meniru aksi ini din dalam entry kalian..:)

ritu kan jumpa cikgu, cikgu senyum jek..haha..padahal aku confident jek dah siap terus send dekat cikgu..rrupanya banyak yang kurang dari sudut lampiran medal, borang penyertaan dan bermacam-macam lagi..:) 

justeru, cikgu memang mengetahu kekurangan S/U dia ni, laantas dia memberikan contoh kertas kerja terbaik daripada pelajar PISMP, bila difikirkan balik..bagusnya lah kalau ade fulltime macam ddiorang..boleh jumpa kerap dengan cikgu-cikgu jika terdapat kesalahan kertas kerja..tak macam kami yang ambil Kursus Dalam Cuti ni, serba serbi tidak tahu..ya Allah..ilmu yang tidak diamalkan lama-lama akan hilang dan peergi begitu shaja..nak jadi S/U ni pun sebenarnya kena ada ilmu dia..kalau tidak, takkan ada Kos Khas untuk Setiausaha..tak gitu? hehe..;) 

okey, hampir nak siap nih..jadi ros sambung buat kertas kerja dahulu ye? insyaALlah will share with u guys tentang kertas kerja ini..:) dua blog ros akan upload teentang kertas kerja ini nanti ye? :) 

okeyh3, wassalamu...nyte..:)

Tuesday, April 16, 2013

Dugaannya Duit Kena Curi.


bismillah dan hye, ape khabar semuanya?

kalau ros jangan tanye lah, rasa macam dugaan sangat seharian ni, ada sahaja benda yang tidak menyedapkan hati dan badan untuk menerimanya..tidak ku sangka..duitku dicuri..allahu allah..kenapalah orang buat camni kat ros..yang peliks nyer tu duit tu ros letakkan dalam purse dan dalam bilik guru jqaf pulak tu..ya Allah, tak rasa pun ade org lain amik..mungkin salah ros kot..huhu..entahlah, rini memang macam terus moody nak buat kerja..baru sikit ujiannya..allah sahaja yang membalasnya..:'( 



















sekian..:'( 

Monday, April 15, 2013

Tahniah Fasha Sendat.


hihi...:D key lah, yer..yer..tahu lah nama dia Fasha Sandha...tapi dah rumate aku panggil dia Fasha Sendat..jadi terikut-ikut..hehe..okey, tadi waktu nak menyambungkan laptop dengan broadband..nak "connect" lalu quota bb ni dah habis..makanya keluarlah iklan mylaunchpad dekat sini..dan dalam iklan tu salah satunya adalah tentang Fasha Sandha yang telah selamat melahirkan bayi lelaki..apa-apap pun tahniah lah ye? :) comel jer..semoga dia dan suaminya dapat didik anaknya agar menjadi anak yang soleh..:)

untuk artikel penuh bolehlah KELIK kat sini:-

Fasha Sandha Selamat Melahirkan Bayi Lelaki.

WeChat.


dunia teknologi sekarang ni macam-macam ada..semuanya peerlu digunakan dengan cara yang betul, kalau salah langkah boleh buatkan kita buang masa, berdosa dan memang sia-sia sahaja..terbaru! ! ! iklan lisa surihani dengan abam shahiziey sam..berkenaan dengan WeChat..macam sweet je kan? hehe..tapi lisa dh berpunya kannnnn...melepas lah! iklan diorang tu membuatkan aku teringin nak tahu ape WeChat ni, walaupun aku aak ketinggalan untuk beberapa bulan mungkin, tapi aku pasti..aku masih tak lah ketinggalan mana punnnn..

nak nak aku tahu adik aku yang terlebih up to date nyer tu telah pun mendownload WeChat terlebih dahulu daripada aku...agak pelik jugak mula-mulanya bila dia sibuk duk pokpek pok pek sorang-sorang dekat Tab dia..nampak macam poyopos pun ade..haha..jahat kan kakak dia ni..tapi itulah hakikat dunia IT..kalau tengokkan dia ber"WeChat" tu agak melekakan jugak sebenarnya..dan apabila aku rasai sendiri..dah pun download sendiri memang nampak sgt..tak lah leka, tapi kepentingannya boleh berbincang, keep in touch dengan kengkawan lama..tanya khabar, dengar suara lagi tuuuuu..hehe..nak gossiping memang best..diantara dosa yang kita dapat lah akalu gossip nih..kan3? :P 

tapi yang banyak contact ros ialah kawan kelas JQAF, si Farid..asik tanya pasal assignment..dia pun jenis tak kisah kongsi maklumat..tapi agak malas jugak budak sorang ni nak buat assignment dia..tak kuasa nak layankan dia ni..

tapi OTAK dia memang cerdik, KAGUM! ;)

haaaaaaa! yg paling penting untuk semua tahu..wechat ni macam walkie talkie lah kan..dan sangat menjimatkan tau! tak rugi pun..downloadnya shj free..;) kemudian bercakaplah sorang-sorang macam orang gilo..haha..:P kalau ade yg respon okey gak, ni cakap dulu...pastu orang sane dapat dan reply, untung kalau dia reply segera..kalau lambat? hehe..syiok sendiri jelahhh! :P

Yeayyy! Dah Siapkan Folio Part Kebitaraan Sekolah bagi SKK!


Alhamdulillah, done with my folio, okeyh, just a part of the SKK Folio..and already send it to Kak Salasiah untuk dimurnikan lagi kerja guru baru seperti saya ni..banyak lagi yang perlu belajar sebenanrnya...guru-guru lain lebih berwibawa tau uolss! iolss ni biasa-biasa sahaja..tapi dah dipilh untuk menjadi AJK buat slide, walaupun telah disempurnakan oleh kak anom, but still aku perlu buat kerja..actually ros yang mintak nak buat dari kak Salasiah, bukan apa..nama ada nanti dikatakan tak buat kerja pulak, alhamdulillah kak Salasiah really understand me..then she give me some details to put on the folio..just helping them to filled up the folio..maybe on this week our headmister's will present it to Jabatan Pelajaran Negeri Melaka..ecceh, confident jek..not sure la, maybe dengan JPM..semoga sebelum Puan GB bersara, dia akan dapat apaa yang dicitakannya untuk sekolah kebangsaan bukit beruang..

okeym berhenti sebentar untuk rehat, solat dan makan-makan..nanti ros nak sambung buat Assignment BAB2103..;) 


Dalam Ke"busy"an Ini.


didalam kebusyan ini, ros masih sempat nak bina satu blog baru untuk sekolah..blog jqaf..tetapi masih dalam pembikinannya lagi..under maintenance..insyaAllah akan dibaik pulih dengan segera yang mungkin..esok hari selasa..rini cuti..jadi memang sempat sangatlah nak berjalan-jalan ke blog orang lain sebelum melewwati assignment dan buat folio untuk Sekolah Kluster Kecemerlaangan..;) segalanya sempat jika kita gunakan wkatu dengan baik..hehe..kalau berWeChat semapat..apatah lagi nak update blog and so on..kan? :)

baiklah, mengundurkan diri dahulu..nanti akan sambung lagi ye? :) peace! 

SKBB Pencalonan Untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan.


bismillah, semalam mengahadiri mesyuarat di Sekolah kebangsaan Bukit Beruang, yer..sekolah yang ros mengajar sekarang ni..insyaAllah bakal diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang cemerlang dari sudut akademik dan kokurikulum..

pencapaiannya bukan dilihat sekadar memfokuskan kepada murid semata, bahkan ianya dilihat juga dari sudut pentadbiran dan guru-guru SKBB..

semalam guru besarnya Puan Hajah Norsida sendiri turut hadir, walaupun diberitahu bahawa beliau kurang sihat..tapi ros memang kagum dengan beliau..dalam tak larat beliau tetap datang ke sekolah..bagi menggalas tanggungjawab sebagai ketua dan insyaAllah beliau akan membuat pembentangan dikhalayak ramai mengenai sekolah pada April ini juga..semoga cita-cita beliau untuk melihat SKBB dijulang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan tercapai dengan jayanya..;)

actually, ros juga salah seorang dari AJK bagi SKK ni..ros, Encik Khairiman dan Kak Fatimah Hanom ditugaskan supaya buat slideshow..alhamdulillah..hampisr siap..tapi ros tak membantu apa pun..sebab kak Hanom memang pakar buat slide..kagum sgt dengan dia..cantik betul slide yang dicpitanya..;) jadi semalam ros hanya dapat bantu kak Salasiah bagi melengkapkan Folio SKK..

tak buat lagi part kebitaraan guru, nanti nak melangsaikan hutang kerja sekolah, bbm dan barulah berpaling tadah semula kepada Assignment...:) hihihi :D 

all the best roros! u can do it..& just do it! ;)

Sunday, April 14, 2013

Perfectlah Sangat!


bismillah, 

ros selalu fikir..mesti aku buat ni dah complete dah ni..assignment yang aku buat ni okey dah rasanya..perfect dah kot..kire okey lah dr orang lain yang tak buat tu..padahal, tanggapan yang macam nilah selalunya salah..sebab ada orang yang lebih POW dari kita sebenarnya...phew (lap peluh) ..perfectlah sangat!

apa-apa pun tak harap sangat perfect nau-nau..cuma ros nak buat yang terbaik..itu sahaja..asalkan lecturer faham apa yang cuba ros sampaikan dalam setiap assignmnet ros dan menepati kehendak pensyarah IPG..:) 

tinggal lagi 5 Assignment..malam ni nak siapkan Ustazah Farihah punya KKP dulu..keemudian esok nak fahamkan yang ustazah Nurwaina punya KKP pulak..quite susah jugak lah..harap dapat buat dan siapkan before dateline..:) okey...daaaaaaaaaaaaaa..:)

Saya Pengguna Produk De'Herbs.


bismillah, okey..nak kongsikan satu rahsia...badan dah mula naik ni nak buat senaman pun jarang-jarang kan? kalau ade pun naik tangga turun tangga dekat sekolah jelah, alhamdulillah..senaman dalam solat pun senam jugak..ye tak? :) terbaik..islam itu cukup INDAH! ;) 

nak kongsi rahsia..ros sebenarnya guna produk d'herbs ni dari minggu lepas lagi..alhamdulillah..sangat berkesan..memang memberikan effect yang baik dan confirm perut kempis..tak tipu punye..tapi bukanlah dengan hanya satu kali minum..kena amalkan sehinggalah lemak-lemak tepu yang terkumpul pada badan ros ni hilang nanti..insyaALlah nak terus istiqamah dengan produk ni..sebab ianya dihasilkan dengan campuran herba kan..nama produk pun d'herbs...mestilah kaya dengan herba..kan3? boleh tengok product detail dibawah...

gambar: sumber google

Premium Diet Plus Fibre

~Ramping,Enak,Mudah,Berkesan


Harga : RM 38.90(S/M) / RM 43.90(S/S) - 10 sachet

Kandungan Premium Diet Plus Fibre De Herbs:

Wheat Fiber, Oat Fiber, Apple Fiber, Psyllium Husk, Senna Leaf, Strawberry Extract, Sugar dan Orange Flavour. ( Tanpa Bahan Pengawet dan Pewarna )


Cara penggunaan Premium Diet Plus Fibre De Herbs:
 ~ Campurkan 1 sachet  kedalam 1/2  cawan air suam dan kacau hingga larut. Tambahkan air suam/sejuk, minum segera dan banyakan minum air kosong.
 ~ Ambil 1x sehari selepas makan.
 ~ Untuk berat badan melebihi 70kg disarankan 2 peket 2x sehari pagi dan malam selepas makan.Banyakkan meminum air putih.

Khasiat Premium Diet Plus Fibre De Herbs - InsyaAllah:-

~ Tindak balas seawal 5 jam.Ketika membuang air besar akan mengeluarkan lender,minyak & toksin yang berlebihan.
~ Kesan dapat diihat bermula dari hari ketujuh.
~ Membuang lemak yang tidak diperlukan badan
~ Antioksidan & menyahtoksik dalam sistem pencernaan
~ Tidak digalakkan bagi wanita yang hamil
~ Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita
~ Mengurangkan selera makan & memberikan rasa kenyang sepanjang hari
~ Membantu mengempiskan perut yang buncit
~ Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.

siapa yang nak kurus tuh, tapi jgn smpi tak makan langsung..ros sendiri pun makan nasi sehari sekali jek..jadi, lepas makan nasik tu..boleh lah minum d'herbs ni..:) semoga berjaya...

*semalam dapat message dari kak fauziani, dia ckp berat badan dh turun dari 63kg ke 59kg..kesan dr minum d'heerbs ni lah..hehe..ros pun rasa benda yang sama..tapi lom pi timbang lg nih...insyaALlah nnt nak beli penimbang teruihhh! ;)

Friday, April 12, 2013

Aduh, Segan Saya Dengan Kegemukan Saya Sekarang.

Okey, let the picture describes all..tgokkan sahaja ye?

Memang saya dalam keseganan dan dalam proses menurunkan berat badan..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 11, 2013

Contoh Cover Minggu Orientasi Sekolah.


bismillah, sebelum itu nak bagitau yang ros memang tak tahu Cover MOS yang betul macam mana..jadi ini sekadar perkongsian dari ros..:)

ini cover MOS dari ros..;)


 ( ini contoh logo bahagian atas cover MOS )

“MINGGU ORIENTASI SEKOLAH”
(MOS)


DISEDIAKAN OLEH:
Rosmarieza Binti Rofiee
(860727-23-5194)


UNIT BAHASA ARAB
KPLI (SR) LPBS j-QAF AMBILAN DISEMBER 2012

( dan ini bahagian dibawah selepas logo maktab dan ipg )