skip to main |
skip to sidebar
petang tadi ros sempat tonton ulangan gelanggang rajalawak musim ke-7 kalau tak salah ros..rasa macam kesian sangat tengok peserta-peserta dia..semuanya memang mencuba untuk buat yang terbaik..tetapi sedikit memalukan bila tak dapat buat yang terbaik dikhalayak ramai bahkan apa yang meereka usahakan tu dipandang lekeh..rasa macam nak tampar je zizan dengan johan sebab mereka seola-olah memperlekehkan bakat yang ada terhadap semua peserta..memanglah ros ni bukan lah peminat setia rajalawak, cuma bila tengok sekali sekala tu jadi kesian sebab diorang jadi bahan "persenda" orang ramai..
nak-nak ros tengok yang diorang siarkan pasal ujibakat yang sebelum ni..bagi ros, banyak lagi kerja yang sesuai untuk kalian..pendamkanlah bakat yang ada jika seandainya anda datang ke ujibakat tetapi digelakkan orang ramai bukan kerana lawak anda..akan tetapi, oleh kerana ketidak pandaian anda untuk melawak..ros sebenarnya pernah rasa yang sedemikian..sewaktu berada dipentas solehah..pernah rasa tak dapat jawab soalan rasa macam ya Allah..hanya DIA sahaja yang maha tahu ketika itu..jadi ros faham bila anda diketawakan..atau anda mungkin nervous dan juga rasa takut ke..blur ke..clueless..macam-macam kalau dh atas peentas..kan3? :')
buat zizan dan johan, memang korang POWER giler! tapi janganlah sampai memperlekehkan mereka yang masih baru..cubalah korang guide diorang yang baru tu..dan sebenarnya..kalau tak de program seperti ini pun tak pe..sebab teringat kata-kata seorang ustaz...orang yang buat lawak ni, buat orang gelak dan benda yang lagha ni..memang sangat sia-sia..tinggalkan jela..hehe..
kadang kala kite memang perlukan hiburan..tapi, berpada-pada lah ye? :)
berakhir sudah maharaja lawak mega 2012..
Tahniah kepada semua Finalis Maharaja Lawak Mega 2012..
memang dah ku agak Jozan mesti menang...hihi :D abe zizangggg tak mo nangis-nangis lagi laaaaa! :p
Tempat Kelima: SayWho = RM 15,000
Tempat Ke Empat : Boboi = RM 50,000
Tempat Ketiga: Shiro = RM 150,000
Tempat Kedua: Jambu = RM 250,000
Tempat Pertama / Johan: Jozan = RM 500,000
*banyak sgt duitnye tu..meh sedekah kat kami sikit..:) heeeeeeeee :D
Minggu ke -9 / minggu separuh akhir ni bagi ros, ros tengok kumpulan lawak yang terbaik adalah Shiro...Lawaknya memang sangat menjadi! Terbaik dari ladangggg lah...;) lagi-lagi part yang kedua tu, seronok tengokkan, cuma janganlah sampai ditumbuk pengantin, dah tu pulak dihumbankan ke tengah jalan raya..abis mati si pengantin lelaki..eyh, lelaki ke? haha :P ke pengantin perempuan yang si Shiro tu humbankan? dah nama pun Silent Comedy, jadi memang tak dengar apa langsung lah! cuma dengar dan faham melalui gerak badan, dan bantuan audio ;)
Lawak Jambu pun boleh tahan jugakkk, semuanya yg terbaik part performance yang kedua..Zizang yang mula-mula agak hancusss...lebusss..:P sebab Wulang Guritno kecewa dengan performance Zizan.
tapi alhamdulillah part yang kedua terbaikkkkk jugak tuuuuuh, tak tahan betul silat dekat London boleh buat pelbagai gaya buah dan cara ek? hahahaha..gasakla Zizannn..asal menang ye? eyh, macam confirm je Jozan yang akan jadi Juara ek? :P
tunggu minggu terakhir nantiiii..:)
Untuk kumpulan Bobboi pulak, ros paling suka performance diorang yang mula-mula, masing-masing ada sahaja peribahasa yang melucukan..dan sangat relate dengan suasana yang mereka lakonkan di Ayam Legend..:P
Say Who pulak? minggu ni macam kurang menyengat sangat lahhhh! kenapa ye? bagi ros la kurang menyengat..kalau minggu lepas ros masih boleh ingat satu-satu lawak yang di sampaikan...minggu ni macam kureng sikit..haaaaaaa! baru nak teringattt.haha, kick boxing diorang tu okkkeyy la! ;) emak ros cukup suka dengan Say Who ni..sebab ada usaha, dan sangat pandai menambat hati penonton Malaysia..semoga mereka kekal kuat dan tabah utk melalui Final nanti..;)
psstt..agak-agak siapa lah agaknye yang akan menjadi JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA MUSIM KE-2 NI ye?