skip to main |
skip to sidebar
Showing posts with label
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang. 2013.
Show all posts
Showing posts with label
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang. 2013.
Show all posts
owhhhhh! tidakkkkkk! ! !
semalam merupakan kali ke-3 ros jadi emcee..semalam lain sikitlah..tak lah formal..kata pun buat sukan koboi3 jer..koboi sungguh lah semalam tak seperti kali kedua yang perlu forrmality dan nak adress nama VVIP pun kena betul-betul..ikutkan semua pengerusi majlis memang kena gunakan address name yg betul bagi setiap VIP..nasib semalam yang hadir hanya seorang sahaja wakil dari PPD Melaka Tengah..kalau ramai entah apa lah nak diletakkan..sebab semalam memang koboi sungguh...memag ade gunakan teks emcee bagi acara sukan yang di ambil dari internet tapi aturcara dan content yang ingin disebut tidak sama langsung....:') alhamdulillah dapat bantuan dari kak Syahrina..mujurr ada gandingan orang lama dan orang baru..kalau tak terlopong jugak ros semalam..hehe...
actually, untuk menjadi seorang pengerusi majlis yang baik..yang pertamanya perlulah mengetahui flow majlis yang akan berlangsung bermula dari awal sehinggalah berakhirnya majlis..kedua, dapatkan aturcara penuh bagi sesuatu majlis, ketiganya sediakan teks penuh anda sebagai pengerusi majlis agar tidak terlalu kaku dan dikhuatiri tidak ada idea di saat-saat akhir berlakunya penukaran aturcara..keempat, pelbagaikan content yang ingin disampaikan dan perlu untuk emcee menghiraukan keadaan sekeliling bagi menggamatkan lagi suasana sesuatu majlis..kelima, anda perlu mengenali AJK ketika majlis sedang berlangsung agar acara yg seterusnya tidak KACAU! hehe..sebagai contoh untuk penyampaian hadiah....pastikan ada senarai nama pelajar yang ingin dipanggil dan berkerjasama dengan AJK Hadiah supaya hadiah yang bakal disampaikan tidak SALAH! ;)
okey, tips ringkas dari rossss..dan jangan lupa...pelbagikan nada suara..kalau sedih perlulah sedih..klau happy dan gembira perlulah happy dan gembiraaaaaaa..:) kann?
hurm, tak lah pandai mana nak jadi juruacara..taapi bila bergandingan dengan orang lama ni sangat mengajar ros untuk lebih belajar bagaimana mempengerusikan majlis dengan lebih baik lagi....:)
baiklah...setakat ini sahaja..sekurang-kurangnya ada ilmu yang tidak seberapa dikongsikan untuk semua pembaca....:)
take care semua...assalammm..:)
Alhamdulillah, selesai sudah Program Menggilap Permata Ayahbonda yang telah dijalankan di sekolah pagi tadi..sambutan daripada ibu bapa ssangat-sangat menggalakkan..mereka bersama-sama berkongsi meklumat, pengalaman dan cadangan demi anak-anak yang disayangi..program sebegini memang sangat bagus untuk adik-adik tahun 6 yang ingin mengambil UPSR..dan keterbukaan ibubapa menerima kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka adalah satu perkara yang sangat membanggakan..beersama-sama ibubapa dan guru-guru bagi mencorakkan keputusan yang terbaik dalam setiap ujian penilaian yang telah diambil oleh adik-adik tahun 6..
cadangan bagi menaikkan SKALA MARKAH bagi pelajara tahun 6 adalah sesuatu yang bagus kerana biarpun skala sebenar untuk murid-murrid lulus sememangnya rendah, tapi bila skala dinaikkan, secara automatik pelajar-pelajar cuba untuk meningkatkan taraf prestasi mereka dala pelajaran...:)
semoga dengan program seperti ini dapat membuka minda dan seterusnya memberikan keinsafan lepada semua murid-murid tahun 6 agar mereka berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan 5A dalam UPSR..
lebih-lebih lagi mereka kesemuanya teelah pun membuat "AKU JANJI" dihadapan ibubapa mereka bersaksikan guru-guru kelas yang ada didalam kelas tadi..pentadbir juga turut serta hadir bersama ketika program dijalankan..bagi ros, ini adalah satu usaha sekolah bersama-sama ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka mendapat yang terbaik dalam UPSR..
Cikgu Rohaidee selaku guru Sains di SKBB sangat bertungkus lumus didalam memberi penerangan bagi murid-murd untuk meningkatkan tahap kecemerlangan mereka di dalam subjek Sains..tambahan pula, anak beliau merupakan seorang pelajar cemerlang UPSR di Melaka ..tahniah diucapkan kepada cikgu..semoga kerja kuat cikgu-cikgu tahun 6 akan mencambahkan hasil yang baik buat semua pelajar tahun 6 seluruhnya insyaAllah..:)
*ros turut menitiskan airmata ketika mereka sedang melafaazkan "AKU JANJI".
semoga adik-adik tahun 6 pada tahun ini akan terus cemerlang dunia dan akhirat..:)