Sunday, April 28, 2013

Doa Untuk Memikat.


ecceh, tak tahan dengan tajuknya tu haaaa..sesuai untuk ros yang tak ada orang yang sudi ni..kikiki..

semalam kak Jannah ade kongsikan doa, dia memang seorang yang hebatlah..banyak yang dikongsikan dengan ros..seolah-olah dia tahu ros ni tak de yang punya..seolah-olah jela...dah betul orang tak sudi ke kita..belum jodoh..dan memang tak pernah lagi setakat ni ada yang serius..mainkan perasaan, sakitkan hati, tak pandai jaga hati lagi ada..huhu..ada macam tak ada..tu memang selalu sgt rasa..hehe..ala, tk payah ckp ros lah, ros yakin sangat mesti ramai yg pernah rasa macam ni..sampai satu tahap dan mcm apa yang ros rasakan sekarang..tak nak nikah..sebab rasa macam tak ada lagi baik..

biar masa jela yg menentukan..

okey, ayat yg nak ros kongsikan ni mesti korang dah biasa baca...sebabnya ni dari surah alwaqi'ah juga..

لا مقطوعةٍ ولا ممنوعة

maksudnya: tidak terhenti dan tidak terhalang..



boleh kita amalkan, sebenarnya maksud ayat ni, ada ayat sebelumnya..iaitu yg memaksudkan..buah ditaman syurga yang banyak, tidak dihenti untuk mengambilnya dan tidak juga dilarang..

amalkanlah surah ini, kak Jannah cakap insyaAllah..kerja yang baik dan niat yg baik pasti tidak akan terhenti dan terhalang seperti mana banyaknya buah-buahan dalam syurga yang tidak dihalang untuk kita mengambilnya..:)

* kagum dengan kak jannag, lepas ni kena banyak membaca wahai ros! lupakan masalah yang ada..banyakkan muhasabah diri! :)

fokus! upss,,,sesuai ak tajuk doa untuk memikat tu? hehe..sgt propa!



1 comment:

  1. insha Allah ada jejaka yang teristimewa untuk ros yang manis ni nanti :)

    ReplyDelete

Terima Kasih!