Monday, April 15, 2013

SKBB Pencalonan Untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan.


bismillah, semalam mengahadiri mesyuarat di Sekolah kebangsaan Bukit Beruang, yer..sekolah yang ros mengajar sekarang ni..insyaAllah bakal diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang cemerlang dari sudut akademik dan kokurikulum..

pencapaiannya bukan dilihat sekadar memfokuskan kepada murid semata, bahkan ianya dilihat juga dari sudut pentadbiran dan guru-guru SKBB..

semalam guru besarnya Puan Hajah Norsida sendiri turut hadir, walaupun diberitahu bahawa beliau kurang sihat..tapi ros memang kagum dengan beliau..dalam tak larat beliau tetap datang ke sekolah..bagi menggalas tanggungjawab sebagai ketua dan insyaAllah beliau akan membuat pembentangan dikhalayak ramai mengenai sekolah pada April ini juga..semoga cita-cita beliau untuk melihat SKBB dijulang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan tercapai dengan jayanya..;)

actually, ros juga salah seorang dari AJK bagi SKK ni..ros, Encik Khairiman dan Kak Fatimah Hanom ditugaskan supaya buat slideshow..alhamdulillah..hampisr siap..tapi ros tak membantu apa pun..sebab kak Hanom memang pakar buat slide..kagum sgt dengan dia..cantik betul slide yang dicpitanya..;) jadi semalam ros hanya dapat bantu kak Salasiah bagi melengkapkan Folio SKK..

tak buat lagi part kebitaraan guru, nanti nak melangsaikan hutang kerja sekolah, bbm dan barulah berpaling tadah semula kepada Assignment...:) hihihi :D 

all the best roros! u can do it..& just do it! ;)

1 comment:

  1. SALAM...CGU ROS... NAK TANYA...SKBB PERCALONAN SKK FASA KE BERAPA+ BOLEH X NAK TGK SLIDE SKK SKBB? sekadar untuk panduan kami .

    email saya
    isnarich@gmail.com

    tqvm....

    ReplyDelete

Terima Kasih!