Thursday, February 28, 2013

Rezeki.


Alhamdulillah, tahun ini menjadi permulaan yang baik bagi ros..tadi menerima satu panggilan telefon dari seorang ibu kepada bekas pelajar..meminta untuk diajarkan Subjek Bahasa Arab..pelajar ni dah naik sekolah menengah dan ibunya risau kalau anaknya dibuang sekolah sekiranya subjek bahasa arab gagal..

adik Nashriq Aiman ni bekas pelajar ros dulu..tapi ros sendiri tak peerasan yang mana satu dia ni..nanti nak try search dekat FB...hehehehe..;) tapi kalau tak salah dia ni bagus budaknya dulu...harap nanti ros mengajar dia boleh terima dengan baik, mak dia ade jugak tanya ros macamane dengan bayaran...ros tak kisah pun berapa bayarannya..ikut ikhlas hati dia nak bayar berapa...tak payah lah nak berkira sgt...dah lah ros pun sibuk jugak nanti..risau tak belajar pulak si Nashriq Aiman tu nanti...huhuhu...moga DIA mempermudahkan semuanya...:') 

mungkin start minggu depan, sebab katanya minggu ni ada Karnival PIBG di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka.....rabbi yassir wa la tuassir..:)

Wednesday, February 27, 2013

Hot!


ya Allah, super duper panas hari ini...rasa tak selesa pulak, kalau boleh dua tiga kali nak mandi...panas kejap kat dunia pun dah tak tahan apatah lagi kat akhirat nanti...semalam panas-panas turun pulak hujannya..tapi ari ni tak turun hujan...kalau dapat turun hujan ni nanti sedap lena nih..:P hehe...

aduhhh, esok nak pergi pejabat sekolah nak tanya pasal budak yang bergaduh...guru yang masuk kelas pulak tu bertanggungjawab...aiseh, ntah bila diorang gaduh pun tak tahu..alih-alih nama naik ros pulak..jadi esok nak pi tanya....tadi duk mengajaq elok ja masing-masing..tak de nangis ke...mengadu ke...okkeyyy jek...ni ada kes kena tumbuk lak? 


insyaAllah nanti ros ceghita kat hampa semua ! :)

Tuesday, February 26, 2013

Sebulan Tak Make Up.


bismillah..

agak-agak ada lah dalam sebulan ros tak make up..tak pakai cream, bedak pun ros tak pakai...yang ros pakai hanyalah celak...lip bum pun tak bersentuh...dekat sebulan lebih juga...tak tahu lah kenapa sekarang lebih suka dalam keadaan natural..tapi ros nak sangat tahu..kalau ros tak make up agak-agak ada effect pape tak pada kulit muka kita? huuu..kurang pastiiii.....tapi sekarang dekat bahagian hidung ros kerap tumbuh jerawat..mungkin kesan darri minyak yang terlalu banyak..sehinggakan nak tapis minyak yang ada dan boleh gunakan untuk memasak..*sungguh tak senonoh! :P

kalau ada yang tahu tentang kebaikan / keburukan bila kita tak make up..kongsikan dengan ros ye..:) nak sgt tahuuuu ni...;) 

heeeeeeeeeee..okkeyh..jumpa di lain entry...







salam :)

Saturday, February 23, 2013

Percaya Atau Tidak.


bismillah..

apa khabar semua? diharapkan kawan-kawan blogger yang lain dalam keadaan sihat walafiat..hari Sabtu ni ros tak ke mana, hanya di rumah sahaja...ini pun dah super duper boring tak dapat keluar pergi berjalan...sedihhhh..cuma esok sahaja ros pergi Dewan Tun Ali, ada perjumpaan di sana...alhamdulillah...harap semuanya mudah untuk esok hari..:) 

percaya atau tidak..ros sebenarnya sedih sangat...bila dah masuk dalam alam mengajar ni..sekolah peertama yang ros ajar jugak yang ros rasakan best sgt..dengan suasananya..dengan bi'ahnya...allah..allah..rindu sangat...bila dapat sekolah SRA JAIM Ujong Pasir, setiap hari pasti kelihatan ceria...sampai ada sahaja guru yang tegur..tapi bila masuk sekolah yang sangat besar..besar jua dugaannya..

kadang kala tidak semua yang kita buat baik dan betul dipandang betul..kadang kala juga kawan yang kta percaya sangat tikam belakang kita..mengata belakang..inilah pengalaman...bukan tak pernah merasai pengalaman seperti ini...sudah menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi ros pernah ddiingatkan oleh kak Maria Haslina sebelum ros bertukar ke SK ni...seronok memang seronok..tapi ada pro dan kontra nya...itu semua normal...

cuma aada segelintir yang bukan nak menaikkan semnagat, malahan...segala yang kita buat untuk kebaikan sekolah hanyalah menjadi bahan persendaan..sedih...

apa-apa pun, ros takkan peernah menyerah kalah...biarpun orang kata susah, ros memang dah lama tekad nak teruskan apa yang ros rasakan terbaik untuk diri dan anak murid semua...:') biarpun tidak ada sokongan dari kawan-kawan, bahkan melemahkan semangat yg ros dpt, tapi tetap akan ku teruskan..:) insyaALlah..:) 

kawan yang baik bukanlah kawan yang menjatuhkan semangat kita..tetap kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa memberikan dorongan semangat dan keyakinan untuk meneruskan kebaikan..:) 

chaiyok3 ros! :) 

I Love My Day!


i do love my day, and today is my dayyy! 


Alhamdulillah, hari ini sangat banyak pengisian dan input yg ros dapat..rasa berbaloi sebab tadi meenghadiri Mesyuarat Agung Kali Pertama Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Negeri Melaka..majlis dirasmikan oleh Ketua Sektor Pelajaran Negeri Melaka, Encik Razale dan dihadiri oleh Pengerusi Negeri Melaka sendiri iaitu Datin Sri Asmah merangkap isteri Dato' Sri Ali Rustam Ketua Menteri Melaka..

terasa seronok menghadiri mesyuarat tadi sebab dah lama sangat ros tak join meeting yang besar macam tu...meeting sekolah memang kerap, tapi meeting dengan guru-guru lain terasa sangat seperti ros keluar dari kepompong...ya Allah syukur alhamdulillah...berjumpa dengan guru-guru sekolah lain, bertegur sapa...demi nak menaikkan martabat Puteri Islam..banyak aktiviti pulak tu..memang seronok...! :) apa yang paling penting adalah untuk mengajar anak-anak puteri islam ini cara hidup sebagai seorang yang bergelar puteri dan cara hidup islam itu sendiri...

terpegun juga mendengar alunan ayat-ayat suci al-quran dari adik Iffah Tihani yang menjuarai Tilawah Al-Quran bagi peringkat sekolah..puteri islam ni sangat membantu ramai anak-anak perempuan agar mereka belajar cara menjadi perempuan yang berilmu dan pandai menguruskan diri sendiri...

nasib baik encik Johar bagi ros duduk dalam Persatuan Puteri Islam, jadi agak seronok nak join aktiviti..ahad ii insyaALlah ros akan ke Dewan Tun Ali untuk Multaqa Ulama dan Umara'...start pukul  8 pagi, ros seorang sahaja bagi mewakili sekolah..ros juga bercadang untuk buat blog Puteri Islam sekolah..tapi macam tak tahu lagi boleh ke tak agaknye nak handle blog3 ni semua..sekarang ni aje dah terlibat dengan pelbagai kegiatan luar...hari Ahad pulak tu..moga aku kuat utk tempuh semua kerja yg mendatang...yg pasti..MOS tak siap lagi..hahahahha :D cantik kan perangai? :P

tadi singgah rumah kak Wan Noor Hayati, seronok berkongsi pelbagai pengalaman...suami kak ti pun sgt baik..anak-anaknya juga dididik dengan penuh kesopanan...dan juga adab..semua rapat dengan kak ti...ros tumpang sola


Wednesday, February 20, 2013

Balut Buku Adik dan Demam.



nak cerita pasal hari ini..gigih membalut dan menampal nama dan subjek pada buku teks adik, ros duk ingatkan adik-adik dekat sekolah rendah supaya baut buku bagai, adik sendiri terbiar...tak berbalut langsung pun buku-bukunya..sedihhh..cian adik ros..jadi tadi memang bertungkus lumuslah..type nama penuh, kelas, tingkatan, sekolah, subjek..alhamdulillah settle tampal menampal apa yang patut..dan sekarang ni sedang demam..ya Allah, dugaan sungguh..belum masuk praktikum lagi dah demam bagai..apa nak jadi lah dengan dak ros ni kan? 

kenalah pandai manage masa sepatutnya..tapi ini tidak, tak pandai nak manage mana dulu yg patut dibuat...kan dah jadi blur dan kelam kabuttttt...sekarang dh demam..huhuhu..dh lah jumaat ni ada program di Muara Duyong..kem kepimpinan pengawas..harap dapat bertahan dengan sebaik mungkin..:) dah lama tak bercamping...moga Allah permudahkan semuanya..:) amin ya Allah..:)

Tuesday, February 19, 2013

Bagaimana Jika Saya Tidak Sempat Mengambil Duit BR1M?


ada komen yang bertanyakan kepada ros soalan ini, baru teringat dan sekarang ros cuba jawab seperti yang ros pernah buat ye..

hari sewaktu ros dipanggil untuk menerima surat BR1M, mereka call suruh ambil di Japerun..keesokkannya adalah tarikh untuk mengambil duit BR1M, jangan risau kerana anda memang akan dapat duit tersebut tapi dalam keadaan segera jika anda masih tidak dapat berbuat demikian untuk mengambilnya pada hari yang telah ditetapkan, anda seharusnya call nombor yg ada tertera di surat BR1M anda atau anda boleh tengok di LINK ini---- https://ebr1m.hasil.gov.my/..pasti dapat membantu anda yang menghadapi masalah tidak dapat mengambil duit BR1M dalam waktu yg telah ditetapkan..macam ros, ros pergi waktu tu dah lewat, jadi mereka suruh datang ke Japerun Bukit Baru..iaitu Japerun yang sama yang ros dapat surat tuntutan BR1M tu, dekat situ jugaklah ros dapat baucar..

kalau dekat Melaka ni, hanya satu tempat sahaja yang boleh cashkan duit BR1M tu..iaitu di Public Bank Ayer Keroh..tapi wallahu a'lam lah utk orang lain..mungkin sahaja banyak tempat yg boleh..:) barangkali...okey, hanya itu sahaja...dan jgn lupa..valid baucar katanya hanya sebulan selepas tarikh penerimaan baucar..:) hati-hati dan selamat berjimat..:) belilah keperluan..:) jgn jadi macam ros, macam3 nak beli..mengalahkan duit yang dapat tu rm250,000..:P


M A A F.


maaf kerana saya terlalu sibuk sehinggakan tak sempat untuk mengupdate sebarang entry yang baru di sini..agak sunyi..maaf sangat-sangat! :'( sungguh, saya rindu..tapi..maaf ye..


sekarang ni sahaja sudah mengantuk, ditambah melayankan kerenah Asha yang semakin membesar..alhamdulillah, asha sudah pun masuk 3 bulan...:) anak buah mak ngah dah pandai menjerit-jerit..lalu mak ngah yg terkulai layu...esok masuk kelas lagi..sekarang sudah mengantuk, mahu tidur dahulu...assalamualaikum..:)

Sunday, February 17, 2013

Habib Al-Attas Digelar ‘Steve Jobs Malaysia'.


Kagum dengan kebolehan seorang adik yang sangat muda ini dengan kreatifnya mencipta satu aplikasi untuk Iphone..kalau tak tengok TV Alhijrah tadi, mesti ros tak kenal adik yang Allah berikan ilmu yg sangat luarbiasa kepada dia ni..

untuk mengetahui lebih lanjut tentang adik yang terkenal dengan nama Habib Al Attas ini..jom baca artikel ini:-

Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan ciptaannya diiktiraf terbaik dunia.
Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara.
Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.
Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.
Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.

Kem Bestari Solat Tahap 1 & 2 SK Bukit Beruang.

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Bestari Solat untuk adik-adik SK Bukit Beruang yang telah pun diadakan di Bilik j-QAF SK Bukit Beruang..


sebahagian pelajar permpuan pada KBS Tahap 1.


pelajar-pelajar bag KBS Tahap 2.

Modul bagi setiap tahap adalah berbeza..guru-guru telah dibahagikan mengikut kelas yang diajar..itu bagi guru kelas dan guru-guru jqaf adalah guru yang akan menerangkan dengan lebih lanjut akan pengisian ketika dalam LDK..
untuk Tahap 1, ros dapat adik-adik darjah 1 Pintar..alhamdulillah kesemuanya dapat menguasai niat wudhu' dengan baik..sikit-sikit kesalahan dalam membaca tu biaselah bagi yang darjah 1 ni..tapi semua guru tak kira mengajar apa pun memberikan kerjasama yang sangat baik kepada semua guru-guru jqaf yang lain...
bagi tahap 2 pula, ros dapat kelas 5 Pintar 1, syukur sebab adik-adik ni semuanya dengar kata..dan pengisian bagi tahun 5 adalah Azan dan iqamah..kesemuanya dapat menguasai dengan baik Azan & Iqamah...kebetulan adik-adik ni memang ros yang ajar bahasa arab..jadi mudahlah nak dengar kata...tk degil..hehe..
dan sekarang ni ros masih rasa kepenatannya..ditambah pula dengan Motivasi untuk adik-adik darjah 6 pada hari ini...semuanya berjalan dengan baik..yng bagusnya..fasilitator jemputan adalah ex-student dari SKBB sendiri..apa yang ros respect dari mereka ini adalah, mereka sangat pandai control adik-adik yang bakal menduduki UPSR tak lama lagi, tambahan pula, batch fasilitator ini adalah batch yang mana seramai 45 orang mendapat 5A dalam UPSR dan mereka terpanggil untuk berkongsi pengalaman mereka semasa megambil UPSR dan pengalaman mereka belajar untuk mendapatkan 5A..syabas adik-adik Batch 2007 yang berjaya menjadi rintis terbaik SKBB..dan semoga mendapat keputusan cemerlang SPM 2012 yang bakal diumukan nnt..:)


sekitar Shouts Ur Spirit semalam.


Adik-adik Fasilitator yang hebat ..diantaranya Umairah..kagum dengan adik ini..:)

Thursday, February 14, 2013

Dea Global Solution Dan Cover Buku RPH.

Alhamdulillahhhh, inilah dia hasil yang ros dapat hari ini..hasil lah sanggggatttt..memang dah lama cari kaler tudung berpelapik dagu yang lain dan cover rph tu pun ros memang suke sgt..english style punye kannnn ;) alhamdulillahhhh dpt jugak akhirnyaaaa..:) dua brg ni sampai pagi tadi, balik-balik ros terus tanya emak, makkkk..ada tak brg smpi..rupenye emak dh bukak dulu..hahahahah :p sekarang ni ros dah jarang beli secara offline, semuanya beli on9..duit cash pun tak de..sume dlm bank..

Alangkah bagusnya perangai makcik rossss ni kan? :p

Nak kata jimat dan menyimpan tu tak de punnnn..lg menghabiskan adeee lah..haishhh, pasni no more shopping..

*kalau ade gambar atau cerita tentang shopping jgn hairan dan pelik yeeeee! ƗƗǐƗƗǐƗƗǐ ƗƗǐƗƗǐƗƗǐ ..moga Allah tetapkan imannnn ;)

Ya muqollibal Qulub, Thabbit Qulubana A'la Dinikkkkk :) Aminnnnnnn..;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

38 Comments To Be Approved & Accepted! :)


Allah..Allah..Speaking pulok title kite tuuu..:P

dah lama rasa tinggalkan english ni, rasa macam dah tergeliat lidah nak berbahasa Inggeris..tadi handle kelas 1 Pintar untuk Kem Bestari Solat kali 1, rasa terkelulidah nak cakap dengan dua orang parents yg berasal dari negara Baghdad dan Jordan..ros tak megajar pun kelas darjah 1 ni...kecuali pegang kelas Tasmi' je dengan dak-dak darjah 1..nak pulak td kena jaga dan pantau LDK kelas darjah 1 Pintar..jadi jumpa lah dengan Kadi dan Deema..dua-dua ni berbangsa arab...ros cakap arab diorang tak faham..cakap bahasa melayu lagi lah..english pun kurang..sikit-sikit pandai lah tu nanti..:)

okkkeyyy! nak cerita pasal komen tadi..ada 38 komen yang ros dah baca dan tak approved3 untuk beberapa minggu yg lepas..dan sekarang ni baru je nak approved kan..terima kasih kepada yang sudi komen di blog ros yang tak seberapa ni..ros cume berkongsi apa yang ada..sekadar pengalaman yang sedikit..insyaALlah harap ada beberapa perkongsian yang dapat membantu semua..:) 

malam ni rasa seronok pulak, sebab lepas buka puasa tadi badan rasa macam sedap-sedap je, dah solat dan baca al-quran rasa macam semangat lain macam..nak update entry pun rasa happy..hehehehe..alhamdulillah, barangkali berkat berpuasa kan? :) 

tadi ros tengok drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi..bila tengok ada satu part dekat masjid tu, tengokkan depan tempat nak sujud tu ada meja kecil untuk baca alquran teringat pula transit ke Maghribi..ros transit di Abu Dhabi..meemang airport dia tak pernah lengang..ada sahaja manusia yang lalu lalang..sibuk yang amat..tengok sahajalah..masjidnya juga penuh dengan umat Allah..ya Allah..rindu bertamu dihati untuk ke tempat macam tu..actually, nak cakap kata orang sana selepas solat mesti sibukkan diri dengan membaca alquran..biah Malaysia dan di luar negara seperti negara islam tu sangat lain biah nye..

Di Malaysia pasti ada juga seperti itu, tapi kebanyakkannya belum pun sempat abis bacaan doa dari pak imam, semua dah angkat kaki balik rumah..huhu..same lah macam ros...sedih dengan perangai sendiri sebenarnya..:'( 

okey lah, kena ubah diri sendiri..baru nak ubah orang lain! ;) 

Bungkusan Dah Sampai.

​​اَلْحَمْدُلِلّهِ, I received my parcel..2 parcel for today..syukur ya allah..inilah dia hadiah buat diriku..apakah ia? Hehehhehehehehe..nnt ros kongsikan ye..;) ​​اَلْحَمْدُلِلّهِ hari ini selesai KBS bagi tahap 1 di sekolah..dan ros berpuasa hari ini..moga Allah bagi kekuatan..:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BR1M Selamat DiTerima Semalam.

​​اَلْحَمْدُلِلّهِ, banyak sungguh dugaan nak amik duit BR1M ni..dan akhirnya semalam ros pergi semula ke Dewan Demang Husin untuk ambil duit BR1M niiiii..tapi bukan duit pun yg ros dpt, hanyalah baucar tunai yg validnya untuk sebulan sahaja..huhuhu..sedih sungguhhhh lahhh..lepas tu pulak siapa yg dah dpt baucar tunai ni kena cashkan di bank Public Bank sahaja..bank lain namo3..
Tapi apa-apa pun redha jelahhhhhh ;)
Hopefully dapat tunaikan dengan segera, leh shopping lagiiii..ƗƗǐƗƗǐƗƗǐ ƗƗǐƗƗǐƗƗǐ :p ingat nak beli printer yg siap dengan fotostat tu lah..agak3 mahaiiii dak? ;) bukan ape, senang nak fotostat ape3 kerja dan boleh bawak balik ke ipg nnt..untuk kegunaan sendiri jugak sbnrnyer..;)

Btw, nak kena struggle bulan ni, sbb bulan 3 dh msuk balik ipg..permudahkan urusan kami ya Allah..

*ros, jangan malas3 !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 13, 2013

Penangan Cuti.


bismillah, apa khabar semua? dan apa khabar wahai diary online ku? maaf sangat-sangat sebab memandang enteng akan dada alam maya ini..penangan cuti barangkali..betapa peningnya kepala bila dah masuk sekolah balik, macam canguk pula nak mengajar...terasa seperti baru nak masuk sekolah yang baru dengan berjumpa guru-guru baru dan anak murid baru.masih berada dalam mood cuti..tapi ros ingatkan ros sorang je..rupa-rupanya guru-guru yang lain ada juga yang buat cuti sendiri..hehe...dan ada yang lupa hari ini hari apa..pun ada jugakkk..haha..lucu pulak rasa..bak kata Johan Maharaja Lawak ..ini semua poyooooo!

bagaimana pula dengan kawan-kawan yang lain? masih bercuti ke? macam adik-adik di SMK Bukit Baru, mereka masih lagi bercuti..adik ros duk sakan dekat rumah main tab..gamee ajee lah kerjanya..tak ade lah nak baca buku ke buat ulangkaji..budak zaman sekarang...dugaan betul ros tengokkan..:P

azan asar dah masuk, solat dulu yuk...mari menuju kejayaan...! 

Selamat menunaikan Solat Asar..:)

Monday, February 11, 2013

Cuti Yang Bakal Berakhir.


selama beberapa hari ni duduk di rumah tanpa pergi ke mana-mana rasa macam bosan sangat..nak-nak pulak roadtax motor dah tamat hidupnya..:P cuma semalam jela pergi kenduri Fuza, tu pun peergi dengan emak..jauh-jauh macam tu memang tak lah nak pergi naik motor..alhamdulillah tercapai juga hajat untuk ke kenduri Fuza...:) Barakallahu Lakuma Fuza dan Yusof..:) semoga keberkatannya hingga hujung nyawa..:)

hari ni korang pergi mana je? ros boring sangat..nak keluar tapi mak dengan abah balik kampung...tak join pun kenduri kat kampung..sebab tadi dekat rumah dah penat dengan mengemop lantai dapur yang banjir..mak Lina buat kenduri selamat sebab suaminya selamat dari kemalangan..emak cakap habis tayar kereta epat-empat naik ke atas..nasib nyawanya masih panjang..allah selamatkan suami Mak Lina..syukur..

takziah buat Mak Lina atas musibah yang menimpa..

owhhh, hari ini diluangkan dengan meenonton cerita-cerita yang membawa keinsafan..lebih-lebih lagi bila menonton TV Alhijrah, teringat dengan Haramain..rindu yang amat sangat! :'( cepat-cepatlah kaya roros! nak pergi umrah lagggiiiii! tak sabar...sdang mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk kesana...melepaskan kerinduan insyaALlah depan Kaabah nanti...rindu sangat kottt...

baki cuti hanya tinggal esok, ingat nak keluar, tapi MOS dan yang lain-lain banyak lagi tak siap..malas..memang super duper malas sekarang...penangan apakah iniiii..hewhew...:'( doakan ros tak malas-malas...almaklumlah...kalau namanya cuti ni semua benda kena cuti termasuklah buku-buku pun tak study! huishhh..kan best kalau duk asrama..kerja pun jalannnnnn..hehe..:P

*yeye je tuuu..

moga mood RAJIN datang dnegan segera..:)

Saturday, February 9, 2013

Rahsia Wajah Berseri.

RAHSIA WAJAH BERSERI :
-------------------------------

Tipsnya Senang Sahaja .
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal - Mahal :)
~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .

~ Menunaikan solat DZUHUR di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .

~ Tidak melalaikan solat ASHAR di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & DEBU siang .

~ Tidak berlengah untuk sholat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .

~ Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .

~ Memang Banyak Rahasia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi , Sayang . Masih banyak Belum Menyadarinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 8, 2013

Elaun IPG KPM Dah Masuk?


OMK..Oh Mak Kau! ! ! 

tadi dapat mesage dari adik Muyassarah, dia cakap elaun dah masuk...uiksss..macam tak percaya..tapi memang kakak senior yang praktikum satu sekolah dengan ros adda bagitahu yang elaun dia dah masuk, masalahnya,...itu elaun kakak tu..yg praktikum jela..ros tak sangka yang kami baru masuk IPG ni pun dah masuk jugak elaunnyer...alhamdulillah kalau betul dah masukkkkk..kalau tak masuk lagi pun okey jugak..biar lah dapat selepuk macam rm3k kan best..hikhikhik..:) apa-apa pun kalau dah dapat tu jimat-jimat yer! ;) 

ros tak sabar nak gi cek kat bank kalau betul duit tu dah masuk..yeaaaayyy! boleh gi beli barang keperluan! :) 

BR1M bermasalah?


bismillah, 

semalam terlalu letih disebabkan penangan br1m ni lah..aiyoyoyo...sampai macam tu sekalik nak carik Japerun Bukit Baru, rupa-rupanya Japerun yang dimaksudkan itu adalah Japerun Demang Hussin di Bukit Katil..

semalam, selepas habis waktu mengajar ros terus balik rumah..itu pun selepas tasmik semua adik-adik dari kelas 2 Pintar 2..
emak ambil dan kami terus menuju ke Dewan Tun Ali, Bukit Katil nak amik duit BR1M, sekali ros tengok dari luar..aik? macam tak ade orang je mak..rupa-rupanyaaaaaaa..memang ssemua orang dh balik..kecuali pegawai bank sahaja yang ada di dalam dewan tersebut duk kira voucher..huh! sadis...!

seterusnya ros dinasihatkan supaya minta voucher jerrr..senang kalau dah ada voucher tu boleh tukar di mana-mana bank yang terdekat..dan pakcik tu cakap pergi je ke Japerun Bukit Baru, nanti dia bagi..hurm, tak lah mengharapkan sangat duit BR1M tu..cuma yelah kan, boleh tambah-tambah nak beli hadiah untuk adik-adik kat sekolah tu..penghargaan sebab buat kerja kemas, markah tertinggi..yang pernah ros buat dekat SRA (JAIM) Ujong Pasir sebelum ni..bagi adiah..seronok adik-adik dapat hadiah..:) 

semalam memang duk pusing merata cari Japerun tu..sampai satu bar minyak kereta habis..cian dekat emak..nasib emak sudi temankan...last-last pergi ke Japerun yang sama tu baru tahu itu Japerun Bukit Baru..disebabkan kesilapan pakcik yang memberikan arahan..kami jadi mangsa..huhu..gamaknya hari Rabu ni lah ros dapatkan Voucher tu..itu pun selepas waktu mengajar..harap-harap ade lebih lah VOUCHER tu..jangan lah jadi masalah lagi..:'(

Wednesday, February 6, 2013

Jakel Cawangan Melaka Memang Terbaik Berbanding Nagoya.


agak-agak statement kat atas tu panassss tak? hihi :D

hye semuaaa! 

sihat tak semuanya? 

rindu blog walaupun hari ini hanya satu entry sahaja yang dapat dicoretkan, itupun disebabkan mata dah mengantuk sangat...huhu..actaully tadi ros dengan emak pergi membeli kain utk dibuat baju kurung..dah lama sangat ros tak beli kain pasang tau..since dah mula pakai jubah je start tahun lepas..jadi tadi ros perg ke Nagoya..mulanya emak ajak gi Nagoya je..dan ros pulak macam tak nak pergi ke Jakel..then lepas dah pilih, kami ni duk mencarilah orang yang nak potong kain..tengok-tengok tak ada pun orangnya..layanan pun kurang memuaskan, ditambah pula dengan tiada adab sopan adik-adik tukang gunting kain ela..baru tunjuk gambar cuma bertanya..dah cakap kata kat sini tak ada jenis kain yang dijual dekat tempat lain..nagoya kain nagoya je..amboi,, malas nak layan..ros pun cepat-cepat ke kaunter utk bayar..mujur adik lelaki yg sorang ni kira okey lah jugak..tapi yg berkata-kata kurang sopan tadi datangnya dari sorang adik perempuan ni..hish, memang macam-macam gerutu dihati..rasa nak je marah, tapi dah penat tak kuasa nak layan budak hingusan macam tu..

lepas jer keluar dr nagoya, emak cadangkan pergi cari kain kat Jakel..waktu mula-mula sampai dari dalam kereta lagi sorang adik ni dah tersenyum pandang kami..beradab dengan orang tua..memang bagus..layanan yang diberikan juga sangat kami puas hati..siap tunjuk mana jenis kain baru, kain lama, murah, mahal..semua dia tunjuk..terbaik! akak bagi kau 100% markah dik..boleh dapat pekerja cemerlang, moga murah rezeki dunia dan akhirat..:) hihi :D *over you! 

haaaaaa..kalau korrang nak tahu, kain-kain di Jakel juga harganya sangat berpatutan..sepasang rm35..puas hati ros beli..cantik-cantik pulak tu..ros beli lagi dua pasang..wah3, berbelanja sakan kan? :P emak beli sepasang kain..cantikkk tau..tak tipu..esok nak bagi dekat Cikgu Wan Norrizan untuk dijahit..sebab kakak ni pandai menjahit dan jahitannya OK sehinggakan ramai guru-guru yang suruh dia jahitkan..

tak sabarnya nak pakai baju baru..upsss, ros tak snap lagi gambar surat brim kan? :P heeeeeee:D 

esok pagi ros update via BB yer? :) 

may Allah ease everything for tomorrow..

ngantuk..

mahu tidur..assalam..:)


Tuesday, February 5, 2013

Elaun Bagi IPG KPM 2013.


alamak, elaun? elaun? elaun? berapakah jumlah elaun yang bakal-bakal guru ni akan dapat ye nanti? hehe..wallahu a'lam..tapi Puan Pengarah IPG pernah cakap total dalam RM 1330..ros masih catat di buku waktu minggu pertama taaruf dan interaksi di IPG..

selebihnya kena tanya Puan Zainab lah...yang cute-cute tu..hehe..apa-apa pun, ikhlaskan diri dulu ye? elaun dan gaji ni perkara ke 8,9, 10..:P tapi kalau dah sesak mestilah nak juga elaun kan? :)

* entry ni dibuat kerana ada keyword elaun IPGKPM 2013..:) heeeeeeeee :D 

salam kenal ye bagi yg mencari jumlah elaun yg bakal kita dapat..:) 

BR1M Saya 7 Februari Akan Dapat, Anda Pula Bagaimana?


bismillah, baru-baru ni abah dapat surat jawapan supaya datang ambil duit bantuan BR1M..tapi dah terlepas sebab datenya 27 hb dan surat sampai dalam 30, 31 hb...memang lambat..terpaksa pulak tunggu dua tiga mnggu lagi...

semalam ros ade terima panggilan dari nombor pejabat, tapi tak pulak tergerak hati nak call balik,,,tu pun setelah ros habis kelas hari ini dan ros terima panggilan dari nombor yang sama...alhamdulillah, jawapan untuk permohonan BR1M 2.0 yang ros apply secara online dah pun diterima dan diluluskan..syukur yang amat! walau tak seberapa, hanya duit itu yang ros harapkan untuk beberapa bulan yang tak bergaji ni..almaklumlah nak dapat selepuk nanti..eccehhhh! :P berlagakkkkkk! ! ! :) 

tadi waktu nak amik surat tu memang ramai sangat orang yang duk beratur, di tambah dengan HUJAN, tapi tak apa..ambil pulak di Dewan..tak menjadi masalah la bagi semua orang yang sedang beratur...

macam ros, ros kena ambil duit tu pada jam 8.30 pagi di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka..korang yang apply online pulak macam mana? dah tahu jawapan ke? :) cubalah cek, kalau permohonan dah diproses tunggu je surat...mesti akan dapat dalam masa yang terdekat...jangan risau! :) 

okey, nak update tu aje..ingat, bagi yang nak ambil duit tu...penjaga , ibu bapa pun tak dibenarkan untuk ambil tau..kena tuan dia sendiri yang ambil duit tu..dan jangan lupa bawa salinan I/C dan I/C asal anda....:) 

okeyh, nak pi celebrate birthday boy....nanti ros upload gambar surat yg ros dapat dan update entry utk b'day boy! :) 


sanah helwah adikkk! :) 
lots of luvvvv..<3 <3 <3

salam semua!

Supplier Sabun Rumpai Laut Asli Meen Habib.


bismillah, 

sekadar nak update no phone adik Meen Habib: 019-4501556, utk keterangan lanjut mengenai Sabun Rumpai Laut ni boleh terus SMS / Call adik Meen...memang terbaik sabunnya dan ros memang tak guna sabun pencuci muka yang lain setelah ros gunakan Sabun Rumpai Laut dari Meen ni tau...:) mengikut kesesuaian, mungkin kena dengan kulit muka ros yang tak banyak kerenah ni..:) tapi ros sure semua yang pakai mesti nak stick dengan Sabun Rumpai Laut ni..sebab banyak khasiatnya...:) 

cubalahhhhh ! ! ! 

Monday, February 4, 2013

Dear Diary.


hye diary, ape khabar? hehehe..yelah, rini merajuk sgt dengan orang jauh di mata tu..malas nak layan message dia..biorkan dia..:P

nak cerita pasal pagi tadi, seronok tengok adik-adik dari SK Bukit Beruang yang menerima watikah perlantikan dari Pengarah Imegresen pulak tu..seingat ros waktu ros menyandang jawatan pengawas, hanya ketika di Sekolah Menengah sahaja ada watikah perlantikan bagai..sekolah rendah tak merasa..biasa-biasa je..tak delah sampai jemput VVIP..tapi adik-adik zaman sekarang cukup hebat..orang yang dijemput juga bukanlah calang-calang orang..:) 

tahniah bagi semua yang telah dilantik, dan dengan turunnya hujan RAHMAT pagi tadi, maka perhimpunan agak kacau dan majlis diteruskan di kantin sekolah..:) apa-apa pun, adik-adik semua tetap menjalankan tugas dengan baik..kan? :)

tadi baru balik dari POPULAR, ros ni memang muka popular betul..asyik masuk popular shj..entah berapa hengget dah dilaburkan di popular..yelah, cadang nak bagi hadiah sikit dekat adik-adik yang telah memberikan komitmen yg baik dalam pelajaran...tapi kena cari dekat Mydin jugaklah gamaknya..sebab kat popular tak jual sedaih sebungkus..hanya satu-satu..kalau ade pun agak mahal jugak lah..:) *budget sangat sekarang sebab elaun nak dapat selepuk nanti..ahakssss! :P

owh, lupa...nak kongsikan..waktu nak balik dr sekolah tadi kakak-kakak ni semua suruh ros buatkan blog jqaf utk SK Bukit Beruang..insyaALlah ade masa ros akan cuba buat..:) apa-apa pun MOS masih belum terbuat! owh MOS! insyaALlah..nak siapkan hujung minggu nanti ..hewhew..mudahkan urusanku ya ALLAH..:) 

syukran li man an yaqro' bloggiey..:) 



Sunday, February 3, 2013

Jawatan Saya di SK Bukit Beruang.


bismillah,

sebagai guru dalam latihan (GDL), terlalu banyak perkara yang kita perlu belajar dan ambil berat dengan guru-guru lama..macam tu lah yang terjadi pada ros..ros merupakan guru dalam latihan, tahun hadapan sudah semestinya kena pantau oleh orang jabatan dan juga lecturer dari IPG dan seterusnya ke stage interview bersama SPP. Ramai dikalangan guru di SK Bukit Beruang yang banyak membantu terutamanya barisan guru j-QAF SK Bukit Beruang..tak kurang juga mereka ada yang menyerahkan tugasan kepada ros..

dan sekarang jawatan yang ros sandang di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang adalah sebagai seorang Setiausaha bagi Persatuan Puteri Islam dan juga merangkap pembantu kepada Bendahari dan ros juga meyandang jawatan sebagai guru pelatih bagi mengajar adik-adik di sekolah untuk sukan Bola Tampar..

dulu waktu sekolah rendah ros memang aktif dalam persatuan tunas puteri, memangku jawatan sebagai Pengerusi Tunas Puteri dan Komander bagi Kawad Kaki..jangan tak percaya! :P hihi :D kemudian utk sukan pula ros aktif dalam bola tampar dan juga bola baling..rindu pulak zaman sekolah rendah lebih-ebih lagi dah mengajar ni kan..:) mengajar Sekolah Rendah pulak tu..kalau mengajar sekolah menengah tersingkap pula tirai kenangan waktu sekolah menengah..haha..:P 

so, disebabkan nak mengajar adik-adik ni main bola tampar, ros sekarang tengah duk download buku panduan, sebagai rujukan ros sebab  nak mengajar ni bukan sekadar pengalaman yang penting..bahkan guru yang paling bagus dan baik adalah bahan rujukan..sekurang-kurangnya ada juga benda yang bole ditunjukkan sebagai bukti atau mengukuhkan lagi kefahaman anak didik ros nanti..:) 

tak advance sangat , tapi kalau nak mengajar tu insyaALlah ros pasti akan usahakan untuk buat yang terbaik kepada anak murid ros keseluruhannya..:) 

jadi, bagi guru-guru yang mencari rujukan untuk BOLA TAMPAR, boleh download disini:-

http://www.mediafire.com/?h1f6fjp1idozsud

atau 

pergi ke web ini untuk lebih memahami permainan bola tampar..:)

http://ameeroza.blogspot.com

selamat mengajar dengan penuh keyakinan..:) hihi :D

Rumpai Laut.


kita datang lai, nak bagitahu..rumpai laut yang ros buat sebelum ni dah pun ros makan, tapi kesannya ros pada mulanya mudah nak buang air besar, selepas 2-3 hari susah sikit nak membuang..tak tahulah kenapa...:P tapi, sekarang dh kembali normal...memang macam tu agaknya...:) kesan dari pengambilan makan untuk kali yang pertama..

kalau semua nak tahu, ros berhenti sekejap dari makan Rumpai Laut tu sebab bau dia..tu lah sebabnya meen nasihatkan ros agar basuh rumpai laut tu dengan air asam jawa dan juga rebus dengan meletakkan sekali pandan, memang banyak jugak ros dapat rumpai laut tu..lepas masuk jee dalam peti ais..terus jadi macam agar-agar...:P haaaaaaa, tapi bau dia tetap sama tau! jadi kat sini nak bagi tips dekat korang semua..bagi yang tak tahan tu sebaiknya masukkan sahaja rumpai laut yg dh jadi agar-agar tadi dalam masakan...contoh yang berkuah..:) 

itu lah yg ros lakukan..dan ros kadang tu minum dengan sunquick..tak lah kuat sgt bau dia..untuk yg pertama kali minum dengan soya..sedap jugak..:) 

jadi, cubalah! :) nanti rumpai laut tu akan larut dalam air..:)

Bank-Bank Yang Penting Dalam Hidup Seorang Guru.



bismillah, ros dah janji nak berkongsi sedikit pengalaman dari kursus LDP yang ros sertai semalam kan? berkenaan dengan BANK-BANK yang sangat penting dalam kehidupan setiap guru-guru di seluruh Malaysia..eccewwaahhh! ayat tak menahan..yang guru-guru tahu mesti diantaranya bank yang selalu digunakan oleh pihak kerajaan untuk kemasukan gaji kan? Bank Simpanan Nasional..kan3? hehehehe..actually nama-nama bank yang ros sebutkan ni memang sangat famous dan BANK-BANK ini jugalah yang bakal membantu guru-guru semua agar menjadi guru-guru yang cemerlang gemilang dan penuh terbilang..:) tak payah nak famous-famous sangatlah cikgu-cikgu, cukuplah sekadar dengan adanya pengetahuan terhadap apa yang nak dibekalkan kepada anak murid dan selebihnya Allah yang akan bagi kepada kita dan anda ingin jadi seorang guru yang IKHLAS menabur bakti dan ilmu atau guru yang mementingkan Class? iaitu E- Class? :) mestilah pilih yang High Class kan? standard lahhh tu..ros pun nak semuanya seirinngggg~ 

tapi apa yang bakal ros kongsikan ini adalah lebih penting tau! ini lah dia pesan orang-orang yang dah berjaya dalam hidup dan akhirnya kesenangan dan kebahagiaannya tidak disimpan semata bahkan dikongsikan dengan berjuta orang di luar sana..:) 

Apa yang bakal ditulis di dada blog ini bukanlah hasil dari ros tetapi hasil dari Yang Berbahagia Datuk Haji Isa  bin Haji Abu, Mantan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Perkataan GURU itu sendiri telah menterjemahkan pelbagai terjemahan kepada kita semua..guru penyuluh kehidupan semua, guru pembentuk peribadi semua dan paling mudah untuk kita ingat ialah GURU,

G = Guru
U = Untuk
R = Rakyat
U = Umum

Guru Untuk Rakyat Umum..

semua kita pernah belajar dan menuntut dengan orang yang bergelar GURU.

dan sebagai seorang guru, untuk menjadi guru yang berkualiti diantara bank-bank yang perlu guru-guru ingat sampai mati dalam hidup ialah:-

RHB dan HLB (Hong Leong Bank)

bukan sekadar ingat dua nama bank ini..tetapi, ingat apakah fungsi setiap huruf dan amalkan! insyaALlah pasti semua guru-guru di seluruh Malaysia ini bangga menjadi seorang GURU! :)

RHB:-

R = Redha
H = Hidayah
B = Berkat

Redhalah dengan ilmu yang anda berikan kepada semua anak murid anda dan anda juga harus redha dengan kepenatan, kelelahan anda sebagai seorang guru yang dipilih dalam kerjaya / profession ini..:) 

Hidayah, ini adalah hidayah dari Allah bahawa anda adalah antara insan yang terpilih untuk menjadi guru..:) 

Berkat, semoga apa yang disampaikan kepada anak didik anda dan anak didik anda sampaikan pula kepada orang lain menjadi satu keberkaatan ilmu dalam hidup..sehingga kiamat..:) 

dan bank yang perlu anda ingat untuk yang kedua ini pula ialah bank HLB:-

H = Halal
L = Luas
B = Baik dan Berkat

Untuk menjadikan rezeki yang kita peroleh halal, maka ikhlaskanlah diri menyampaikan dengan sebaiknya..bukan sekadar melepaskan batuk ditepi tangga dan habis masa mengajar keluar kelas tanpa meninggalkan sebarang kesan kepada pelajar..bagaimana kita nak tahu apa yang kita dapat tu halal jika kita sendiri kurang ikhlas dalam menyampaikan ilmu..:)

Luas, orang yang ikhlas pasti Allah luaskan rezeki baginya..maka, niat perlu kia ubah..semoga limpahan rezeki darinya bertambah luas..ilmu yang kita kuasai juga tiada had dan sangat meluas pengetahuan kita..tapi Allah itu tiada batasan ilmunya dari kita..:)

Baik dan Berkat, bila kita berbuat baik..pasti kita juga akan dibalas dengan kebaikan...semalam kata Datuk: " You Get What You Give" rasanya semua cikgu lebih faham dari saya..:) 


so, pilih lah jalan hidup yang senang dan tenang..:) lebih-lebih lagi bagi mereka yang bakal berpencen..:) bak kata Datuk Haji Isa, jangan sampai dah nak berpencen nanti tak rasa kepuasan mengajar sebab tak bagi sepenuhnya apa yang sepatutnya anda berikan kepada anak murid..haaaaaaaaaaaaaaaaaa, lebih kurang macam tulah perkongsiannya,..nampak tak betapa creativenya Datuk..kan? :) jadi ros rasa ros kena cipta jugak lah satu akronim yang akan ros ingat sampai bila-bila..:) sekurang-kurangnya ros bakal jadi seorang yang inovatif..:) kan3? :)

nanti kite sambung lagi tentang guru-guru di Korea pula! :) 


Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan.


semalam, Sabtu, 2 Februari 2013..ros dan rakan-rakan guru yang lain telah menghadiri satu kursus LDP yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka di Dewan Tun Fatimah. Terlalu banyak input yang kami dapat daripada LDP semalam yang telah pun disampaikan oleh Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka iaitu Datuk Haji Isa. Seronok sebab banyak juga pengalaman yang telah dikongsikan oleh beliau..orang yang dah berpengalaman ni biasanya dia akan bercerita sekitar pengalamannya..bayangkan 30minit yang pertama tu beliau banyak bercerita tentang pengalaman beliau semasa menjadi barisan pentadbir bagi Jabatan Pelajaran Negeri, Melaka. 

banyak juga akronim yang disampaikannya..dan kebanyakkannya memang kita sendiri pun tak terfikir untuk kreativ dan inovatif seperti beliau! sangat seronok menghadiri kursus yang langsung tidak membuatkan diri ini mengantuk walau sesaat! apatah lagi menguap...! sungguhhhhh! hehehehe..

antara topik yang disampaikan oleh yang berbahagia Datuk adalah tentang Transfromasi Pendidikan - Realiti dan Cabaran, beliau turut mengupas berkenaan isu Pelan Induk Pembangaunan Pendidikan yang terbaru..dan itu adalah tajuk bagi slot yang pertama manakala slot yang kedua pula ialah Karekttor Guru Dalam Menjayakan Transformasi Pendidikan. 

turut hadir semalam ialah barisan Guru-gur Besar dari 4 buah sekolah Melaka Tengah termasuk juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang. 

Yang berbahagia Datuk ada berpesan agar kami guru-guru tahu akan NIAT kami ke Kursus..kerana ada sesetengahnya tak sampai 15 minit pertama dah angkat beg untuk pergi ke tandas..yelah, nama pun hari minggu..memang susah untuk sesetengah dari guru-guru yang dah berkeluarga ini untuk hadir..tapi ros memang tabik jugaklah kepada guru-guru wanita yang turut sama hadir semasa Kursus semalam diadakan..

insyaAllah pada entry seterusnya nanti ros akan kongsikan serba sedikit tentang BANK-BANK yang perlu guru-guru diseluruh Malaysia ni ingat sampai ke MATI..heheheh :D termasuk juga ros...:) heeeeeeeeee :D 



Saturday, February 2, 2013

Semakan Keputusan BR1M 2.0.


Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas. Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.

Semakan BR1M 2.0 Online 2013:

  • Akan dikemaskini (Februari 2013)

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?

  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.

sumber: OneNewsHub

Demam Setia Hujung Nyawa.

gambar: ehsan google
sudah menjadi trending di Twitter, di FB dan diseluruh laman sosial yang lain termasuk lah juga blog tentang Drama bersiri slot Akasia dengan tajuk yang diadaptasi dari sebuah novel Setia Hujung Nyawa..dah lama benor rasanya nak update entry pasal cerita ni..sampai dah nak ke last episod baru sekarang nak mengatakan ala-ala sempat jugaklah update kisah cinta antara Ersalina dan juga Zain..:) 
seronok tengok kenakalan duorang pelakon nih..dua-dua degil, padahal dalam hati ada taman woooooooo..:P
kadang tu bila duduk menghabiskan waktu dengan lambakan kerja di sekolah, bila jam dah menunjukkan ke pukul 5 mesti dah call abah suruh ambil alasan kerja dah siap ddan nak balik nak tengok cerita Setia Hujung Nyawa..punya seronok hati menunggu cceria drama ni..kalah cerita-cerita yang lain sebelum ni tau! ecceh, padahal lepas ni kalau ada lagi yg terbaik mesti nak kata cerita ni pulak yang dah KALAH kan? haha...lumrah lah tuh..
memang agaknya penerbit sekarang dah tak kuasa nak create cerita sendiri agaknye..hihi :D lebih mudah ambil cerita dari novel, tapi tak juga..mestilah diorang ada buat sedikit kelainan terhadap cerita Setia Hujung Nyawa ni..kan? 
minggu lepas kan ros dengan adik ke popular semata-mata nak cari novel Setia Hujung Nyawa ni, padahalnya kami memang dah dapat agak..novel ni memang yang paling laris dipasaran sepanjang dramanya disiarkan di Slot Akasia TV 3..semenjak dari situlahhhhh adik-adik yang meningkat remaja ni mula nak kenal dengan pelakonnya..saya minat lah dengan kak Nel..allah..macam-macam perangai..normal bagi adik-adik yang baru belasan tahun..ros ada juga terbaca tentang komen yang ada di FB artis-artis yang sedang meletup ni..*stalker jugaakkk tu..hehe..minat kottt dengan diorang ni..:P 
memang menjadi sangat lakonan Hadi yang batu api, meenyampah tengok kan..dengan Eriza yang menjadi pemusnah..huish, macam tak sanggup pulak nak tengok episod akan datangggg..hope Zain boleh ingat semua perkara yang BAIK yang pernah dia lalui dengan Ersalina...;)
dan ros ingat, esok nak pergi cari buku novel Setia Hujung Nyawa ni lah..hehe..sebab kadang kala cerita tak sama dengan isi yang ada dalam novel..baiklahhhh, untuk semua jangan lupa saksikan SETIA HUJUNG NYAWA last episod pada minggu hadapan..mesti tak ssabar nak tahu ending dia kan? of course lah Zain dan El tu bahagia...nama tajuk pun dah terangkan semuaaaaaa! tak gitu?
okey lah, nak menidurkan diri..
esok ada Kursus LDP..moga segalanya mudah belaka..asssalamualaikum dan nyte! :)

Friday, February 1, 2013

Tudung Berpelapik Dagu & HB to my blog!


bismillah, 

semenjak ros pakai tudung berpelapik dagu dekat sekolah, ramai sangat yang tanya dekat ros, mana beli..ros jual ke? eeee..suke tengok ros pakai..amboi, ayat tak menahan cikgu-cikgi kat SK Bukit Beruang ni tau! hehe..terima kasih lah, ros sememangnya dah biasa tutup dagu yang semakin melayut ni..dari dalam solehah lagi ros dah biasa tutup sebab mungkin dorongan atau ikutan dari kawan-kawan Solehah yang lain yang juga turut memakai tdung seperti ini..sesuatu perkara tu bila kita dah amalkan lebih dari 40 kali, 40 hari..mesti rasa janggal untuk ditinggalkan seperti kebiasaan..:) 

inilah gambar yg ros pakai tudung berpelapik dagu..beli dekat Sericahaya Online..bolehlah membeli belah disana..:) heheheehe :D

Photo: Rindu Kak Rose :'(

gambar ni pun adik ros yang snap waktu ros dengan dia jalan-jalan di JJ aka Aeon, Melaka..:) 

dengan pakai tudung macam ni jugak lah ros tengok ada beberapa cikgu yang juga dah mula pakai tudung macam ni..rasa seronok pulak..hehe..sekurang-kurangnya ade geng..geng mengajak kepada benda yang baik..:) hihi :D

sebelum terlupaaa! happy birthday yang ke 3 Tahun untuk blog ros ni...:) 


boleh pulak terlupa kan? nak hadiah ape ni wahai diary ku? hehe..hadiah satu entry utk setiap hari bolehhh? :P 



Wanita Mudah Masuk Ke Syurga.


bismillah..

Wanita paling mudah ke SYURGA..sepertimana hadis Rasulullah SAW dibawah

___________
_________
_____
___
__
_

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga. (Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

* maka berusahalah untuk menyayangi, melayani, dan mentaati suami..suami redha, insyaAllah, syurgalah bagi kamu wahai WANITA..:)