Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas. Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula
10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.
Semakan BR1M 2.0 Online 2013:
- Akan dikemaskini (Februari 2013)
Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:
- Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
- Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:
- Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
- Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?
- Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
- Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
- Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
- Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.
sumber: OneNewsHub
dear nak tanya, surat BRIM ayah sue dah sampai , tarikh tuntut esok kat kedah tp sekarang kami kat KL, boleh tuntut kat bank ke?
ReplyDeletehurm, better sue call nombor yg ade dlm surat BR1M tu untuk keterangan lanjut...sebab ros kurang pasti jugak..ritu ros buat online sahaja dear...
ReplyDelete