
Sunday, February 17, 2013
Habib Al-Attas Digelar ‘Steve Jobs Malaysia'.

Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30 negara.
Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom, Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan Thailand.
Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.
Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!