Sunday, February 3, 2013

Bank-Bank Yang Penting Dalam Hidup Seorang Guru.



bismillah, ros dah janji nak berkongsi sedikit pengalaman dari kursus LDP yang ros sertai semalam kan? berkenaan dengan BANK-BANK yang sangat penting dalam kehidupan setiap guru-guru di seluruh Malaysia..eccewwaahhh! ayat tak menahan..yang guru-guru tahu mesti diantaranya bank yang selalu digunakan oleh pihak kerajaan untuk kemasukan gaji kan? Bank Simpanan Nasional..kan3? hehehehe..actually nama-nama bank yang ros sebutkan ni memang sangat famous dan BANK-BANK ini jugalah yang bakal membantu guru-guru semua agar menjadi guru-guru yang cemerlang gemilang dan penuh terbilang..:) tak payah nak famous-famous sangatlah cikgu-cikgu, cukuplah sekadar dengan adanya pengetahuan terhadap apa yang nak dibekalkan kepada anak murid dan selebihnya Allah yang akan bagi kepada kita dan anda ingin jadi seorang guru yang IKHLAS menabur bakti dan ilmu atau guru yang mementingkan Class? iaitu E- Class? :) mestilah pilih yang High Class kan? standard lahhh tu..ros pun nak semuanya seirinngggg~ 

tapi apa yang bakal ros kongsikan ini adalah lebih penting tau! ini lah dia pesan orang-orang yang dah berjaya dalam hidup dan akhirnya kesenangan dan kebahagiaannya tidak disimpan semata bahkan dikongsikan dengan berjuta orang di luar sana..:) 

Apa yang bakal ditulis di dada blog ini bukanlah hasil dari ros tetapi hasil dari Yang Berbahagia Datuk Haji Isa  bin Haji Abu, Mantan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Perkataan GURU itu sendiri telah menterjemahkan pelbagai terjemahan kepada kita semua..guru penyuluh kehidupan semua, guru pembentuk peribadi semua dan paling mudah untuk kita ingat ialah GURU,

G = Guru
U = Untuk
R = Rakyat
U = Umum

Guru Untuk Rakyat Umum..

semua kita pernah belajar dan menuntut dengan orang yang bergelar GURU.

dan sebagai seorang guru, untuk menjadi guru yang berkualiti diantara bank-bank yang perlu guru-guru ingat sampai mati dalam hidup ialah:-

RHB dan HLB (Hong Leong Bank)

bukan sekadar ingat dua nama bank ini..tetapi, ingat apakah fungsi setiap huruf dan amalkan! insyaALlah pasti semua guru-guru di seluruh Malaysia ini bangga menjadi seorang GURU! :)

RHB:-

R = Redha
H = Hidayah
B = Berkat

Redhalah dengan ilmu yang anda berikan kepada semua anak murid anda dan anda juga harus redha dengan kepenatan, kelelahan anda sebagai seorang guru yang dipilih dalam kerjaya / profession ini..:) 

Hidayah, ini adalah hidayah dari Allah bahawa anda adalah antara insan yang terpilih untuk menjadi guru..:) 

Berkat, semoga apa yang disampaikan kepada anak didik anda dan anak didik anda sampaikan pula kepada orang lain menjadi satu keberkaatan ilmu dalam hidup..sehingga kiamat..:) 

dan bank yang perlu anda ingat untuk yang kedua ini pula ialah bank HLB:-

H = Halal
L = Luas
B = Baik dan Berkat

Untuk menjadikan rezeki yang kita peroleh halal, maka ikhlaskanlah diri menyampaikan dengan sebaiknya..bukan sekadar melepaskan batuk ditepi tangga dan habis masa mengajar keluar kelas tanpa meninggalkan sebarang kesan kepada pelajar..bagaimana kita nak tahu apa yang kita dapat tu halal jika kita sendiri kurang ikhlas dalam menyampaikan ilmu..:)

Luas, orang yang ikhlas pasti Allah luaskan rezeki baginya..maka, niat perlu kia ubah..semoga limpahan rezeki darinya bertambah luas..ilmu yang kita kuasai juga tiada had dan sangat meluas pengetahuan kita..tapi Allah itu tiada batasan ilmunya dari kita..:)

Baik dan Berkat, bila kita berbuat baik..pasti kita juga akan dibalas dengan kebaikan...semalam kata Datuk: " You Get What You Give" rasanya semua cikgu lebih faham dari saya..:) 


so, pilih lah jalan hidup yang senang dan tenang..:) lebih-lebih lagi bagi mereka yang bakal berpencen..:) bak kata Datuk Haji Isa, jangan sampai dah nak berpencen nanti tak rasa kepuasan mengajar sebab tak bagi sepenuhnya apa yang sepatutnya anda berikan kepada anak murid..haaaaaaaaaaaaaaaaaa, lebih kurang macam tulah perkongsiannya,..nampak tak betapa creativenya Datuk..kan? :) jadi ros rasa ros kena cipta jugak lah satu akronim yang akan ros ingat sampai bila-bila..:) sekurang-kurangnya ros bakal jadi seorang yang inovatif..:) kan3? :)

nanti kite sambung lagi tentang guru-guru di Korea pula! :) 


2 comments:

  1. salam ros.. erm dulu masa akak kecik2 mmg simpan azam nak jadi guru. tp bile dah besar br akak sedar, akak tak boleh jadi guru. sebab? hehhe akak garang lah dik.. nnti bdak2 tgk akak mcm tgk harimau pulak... :)

    ReplyDelete
  2. salam kak, hahahaha...kite lagi garang agaknye kak..sampai nak kuar anak tekak ni nak menjerit...huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih!