skip to main |
skip to sidebar
nak cerita pasal hari ini..gigih membalut dan menampal nama dan subjek pada buku teks adik, ros duk ingatkan adik-adik dekat sekolah rendah supaya baut buku bagai, adik sendiri terbiar...tak berbalut langsung pun buku-bukunya..sedihhh..cian adik ros..jadi tadi memang bertungkus lumuslah..type nama penuh, kelas, tingkatan, sekolah, subjek..alhamdulillah settle tampal menampal apa yang patut..dan sekarang ni sedang demam..ya Allah, dugaan sungguh..belum masuk praktikum lagi dah demam bagai..apa nak jadi lah dengan dak ros ni kan?
kenalah pandai manage masa sepatutnya..tapi ini tidak, tak pandai nak manage mana dulu yg patut dibuat...kan dah jadi blur dan kelam kabuttttt...sekarang dh demam..huhuhu..dh lah jumaat ni ada program di Muara Duyong..kem kepimpinan pengawas..harap dapat bertahan dengan sebaik mungkin..:) dah lama tak bercamping...moga Allah permudahkan semuanya..:) amin ya Allah..:)
hye..dan hye semua! hewhewhew..orang lain mesti tengah berseronok-seronok bersama keluarga, pergi berjalan ke..lagi-lagi cikgu cikgi yang dah nikah dah ada anak patnam orang tu kan? ros kat sini sahajalah..menelaah benda alah PBS yang agak kurang faham jugaklah bagi ros..tak apa..saya budak baru belajar..kalau nak tahu sekali daihhhh semua sekali memang teeruk jugak lah kan?
owh isnin, selasa rabu khamis jumaat akan datang ni..boleh tak jika rros tak tempuh hari-hari ini? sebabbbbb..orang Jabatan dan Nazir sekolah nak datang memantau! hewhewhew..susah juga duduk dekat sekolah berprestasi CEMERLANG ni kan? semua kena perfect..hamik kau dak ros!
*tak mo lah mengeluhhhhhh...! sekolah cemerlang menuntut guru-gurunya juga Cemerlang, Gemilang, Terbilang! ;)
chaiyyyokkkk! <3
bismillah, agak-agak ada tak orang macam ros yang tak faham apa itu program jqaf, apa itu instrumen, apa itu PBS, macam mana nak buat RPH, apa pulak RPT? agak-aak korang ada tak orang yang macam ni? yang masih blur dengan dunia PBS yang penuh dengan fail-fail dan evidens yang perlu disediakan?
hehe..ke ros sorang je yang masih kurang faham?
kadang-kadang, memang ros rasa ros lah orang yang paling tak faham degan semua ni..tapi masih ramai juga yang ros rasakan minggu atau bulan pertama ni adalah bulan cikgu cikgi j-QAF mula belajar semua istilah yang telah ros sebutkan diatas..
malu bertanya sesat jalan, terlalu banyak yang ros belajar..dan kadang kala ros search je dalam internet..tambahan pula, lain pula subjek yang ros perlu ajar..memang ros lagi rasa lain macammm dan tak faham..RPH pula GPK cakap tak perlu...sungguh tak fahammm..menanti dan terus menanti jawapan dari JPN Melaka, Unit Rendah untuk jawapan pertukaran sekolah..agar guru pembimbing ros di SK nanti akan membantu ros dengan baik sekali dan memandu ros supaya faham istilah0istilah bombastik dalam dunia pendidikan ni...:)
update sebelum tidur, semoga esok akan terjawab segalanya...Allah, permudahkan..:)