Friday, January 11, 2013

Basuh Kaki Dapat Halau Syaitan?


Perkongsian dari al-Ustaz - Macam-macam Musykil dari Ustaz Azhar Idrus.


Soalan: Orang tua kita selalu kata kalau balik dari kubur, kita hendaklah mandi terlebih dahulu. Kalau kita pulang ke rumah dari mana-mana tempat, kena basuh kaki terlebih dahulu sebelum masuk rumah. Takut-takut ada jin atau syaitan yang ikut kita balik. Lebih-lebih lagi kalau di rumah kita ada anak kecil. Betulkah ustaz?

Jawapan: Tidak ada hadis atau nas yang menyebut hal seperti itu. Yang ada ialah sesiapa yang memikul jenazah, samada jaraknya dekat atau jaraknya jauh, maka sunat mengambil wudhu' apabila balik ke rumah. Siapa yang memandikan mayat pula, apabila balik ke rumah nanti sunat mandi. Tetapi kalau pergi ke kubur, tidak sunat mandi apabila baliknya.

Soal basuh kaki pula itu ada asasnya kerana orang dulu-dulu memang kena basuh kaki. Namun sekarang sudah tidak adda lagi keperluan kerana semua orang sudah memakai kasut dan sudah tidak kotor lagi dan sudah tidak ada masalah. Jin tidak ikut bukan dengans ebab mandi, tetapi sebab bacaan kita. Dengan bacaan al-quran, jin boleh lari maka dengan itu bacaan boleh menghindari jin, begitu juga dengan doa-doa. Bukan dengan basuh kaki atau basuh muka. 
Bacalah doa pelindung sekurang-kurangnya: A'uzubillahiminasy syaitonirrojim. Maksudnya: Aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhan yang sangat berkuasa daripada syaitan-syaitan.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!