Tuesday, December 25, 2012

Pesanan Ringkas Tapi Padat Oleh Pengarah IPG KPM Puan Tumerah.


bismillah, baru sekarang berpeluang untuk membaca semula semua pesanan yang ringkas yang cukup padat dengan info oleh Puan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka Puan Tumerah Binti Rosmin.

Di antara isu yang dibawa dan diperingatkan oleh Puan Pengarah IPG adalah:-

1) Pelajar ? Guru Dalam Latihan perlu sentiasa mengambil peluang ketika / selama setahun berada di sekolah untuk belajar menjadi seorang guru.

2) Jangan sesekali memandang remeh pada kerjaya GURU.

3) Mara untuk menjadi seorang pensyarah, walaupun anda bermula sebagai guru sekolah rendah! :)

dan ini pula diantara amanat buat guru-guru JQAF yang bakal mengajar di sekolah-sekolah rendah awal Januari tahun 2013 (tahun depan), antara amanat-amanat Puan Pengarah adalah:-

- Sebagai guru dalam latihan, jangan ragu-ragu / malu untuk bertanya kepada guru-guru yang ada. Dan cara anda berkawan dengan guru-guru juga hendaklah PROFESSIONAL.

- Bersedia, kerana persekitaran sekolah jenis kebangsaan Cina / Tamil tidak sama dengan sekolah rendah kebangsaan yang biasa. sebagai contoh dari sudut kantin, bahasa dan sebagainya.

- Sentiasa menjaga komunikasi yang berhemah dan berkesan.

- Guru haruslah Rajin, berhemah, dan juga peramah. Jaga-jaga, jangan pula terlebih peramah! :P

- Apabila anda di sekolah, anda perlulah mengiku peraturan sekolah.

- Peringatan! , jangan segera beli kereta, jika anda mahu beli..biarlah mengikut kemampuan anda.

- Pengurusan MASA, anda perlu ingat bahawa ketika cuti anda perlu datang ke IPG.

- Apabila di sekolah, in case anda demam, dan kurang bertenaga ataupun tidak sihat untuk meneruskan P&P, anda perlulah segera memberitahu kepada Guru Besar dan juga seterusnya maklumkan kepada IPG.

- BERITA BAIK! , Program JQAF ini akan dipanjangkan ke Sekolah Menengah.

- Perisapsiagakan diri anda kerana di akhir semeste nanti anda akan menghadapi iterview/ temuduga bersama SPP.

* ada diantara soalan yang diajukan , pelajar JQAF tidak dapat menjawab dengan baik iaitu contohnya: bezakan harus dan wajib..masih ada yang kurang arif menjawab dan ini adalah realiti yang berlaku ketika temuduga dijalankan. (tak sangka, speechless bila dapat tahu perkara ni dari Puan Pengarah)

- dan diantara pesanan yang lain adalah agar pelajar tidak sesekali terlibat dengan mana-mana tugasan politik dan haruslah ingat tugas kita sebagai penjawat awam.

kata-kata Puan Pengarah yang paling ros akan ingat sampai bila-bila ialah: " Kebahagiaan seorang GURU adalah melihat KEJAYAAN ANAK MURIDNYA "

ouhhh..terharu! :')

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!