bismillah, hari Ahad yang lepas ros keluar pergi tesco dan aeon..hah kau! semangat kan pergi jalan kaki pulak tuh..dah dekat..jalan kaki sahaja lah..alkisah nak dijadikan cerita, ros sebenarnya keluar sebab nak mencari buku, dua tempat ros cari buku psikologi pendidikan..dua-dua tempat tu jugak lah yang tak ada nyeerrrr..sedihhh! T_T
ingat dekat Popular tesco ade buku, ssekali tak ada..tak apa lagi sebab store kecil..lepas tu pergi kedai popular yang besar sikit..sama juga rupanya..maka ros beli buku panduan jqaf dan kamus jqaf sahaja.
banyak juga buku yang ros borong tau! antaranya buku 40 Mukjizat Nabi Muhammad SAW, karangan Zuraimi Ismail. buku macam ni memang bagus..tapi ros agak sangsi dengan isi yang ada..sehinggalah terdetik hati ini nak bertanya sendiri dengan Amie Sofea..ala, kawan solehah juga..mesti semua kenal dia kan? host untuk segmen Assalamualikum Tv Alhijrah..ros bbm amie dan tanya certain tajuk yang ada dalam buku tersebut..
enty pernah tak dengar cerita Maisarah? pembantu khas rasulullah ketika beliau pergi berniaga tanpa Khadijah? memang lah amie pernah ddengar dan tahu..cuma bila ros tanye tentang nabi pernah dipayungi oleh dua orang lelaki ketika sepanjang perjalanan tersebut..amie agak musykil juga dan dia cakap ana tak tahu cerita tu, takut israiliyyat..
actually, tujuan ros beli buku-buku sirah tu sebab nanti senang nak berkongsi dengan student, andaikan sahaja SJKC Ayer Keroh tu kurang tenaga pengajar, sudah tentulah ros yaang akan mengajar mereka nanti..apa yang membimbangkan ros adalah kita semua sedia maklum telah banyak cerita-cerita tentang israiliyyat yang ertentangan dengan kisah dari Al-Quran..
nak tahu apa itu Israiliyyat?
jom baca sumber di sini:-
sekarang ini, apa yang ros fikirkan adalah..ros nak cari penulis buku ini dan nak bertanya sendiri dari mana sumber rujukan yang dia dapat..ala, benda baik..tak ada masalah rasanya kalau bertanya..sekadar untuk mendapatkan kepastian..harap sahaja ada balasan..:) Aminnnnn :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!