Tuesday, December 25, 2012

Rahsia Seorang Wanita Yang Pemurah bernama Halimatus Sa'diah.

Kisah ini terjadi apabila Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke bumi. Ketika itu, dato' baginda mencari ibu susuan buatnya. Lazimnya, mereka dikalangan wanita badawi yang duduk di pedalaman. Akan tetapi, ramai yang menolak untuk menyusukan nabi, kecuali Halimah. Semenjak terpandangkan anak kecil itu, Halimah sudah menyukainya. Diambilnya pulang untuk disusukan, dan semenjak dari itu segala-galanya berubah. Unta yang ditunggang oleh Halimah segera bertenaga dan bergerak pantas sekali, dan susu Halimah dari sedikit menjadi banyak secara tiba-tiba. Bukan sekadar itu sahaja, perubahan tersebut dpt dirasai oleh suaminya apabila unta ternakannya yang kurus sudah dipenuhi susu. Inilah diantara kelebihan ataupun rahsia seorang wanita yang baik hati bernama Halimatus Sa'diah.

Selepas kedatangan nabi dalam hidup mereka, kehidupannya berubah menjadi senang dan makmur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!