Tuesday, December 25, 2012

Kisah Bukuku.


bismillah, hari Ahad yang lepas ros keluar pergi tesco dan aeon..hah kau! semangat kan pergi jalan kaki pulak tuh..dah dekat..jalan kaki sahaja lah..alkisah nak dijadikan cerita, ros sebenarnya keluar sebab nak mencari buku, dua tempat ros cari buku psikologi pendidikan..dua-dua tempat tu jugak lah yang tak ada nyeerrrr..sedihhh! T_T

ingat dekat Popular tesco ade buku, ssekali tak ada..tak apa lagi sebab store kecil..lepas tu pergi kedai popular yang besar sikit..sama juga rupanya..maka ros beli buku panduan jqaf dan kamus jqaf sahaja.

banyak juga buku yang ros borong tau! antaranya buku 40 Mukjizat Nabi Muhammad SAW, karangan Zuraimi Ismail. buku macam ni memang bagus..tapi ros agak sangsi dengan isi yang ada..sehinggalah terdetik hati ini nak bertanya sendiri dengan Amie Sofea..ala, kawan solehah juga..mesti semua kenal dia kan? host untuk segmen Assalamualikum Tv Alhijrah..ros bbm amie dan tanya certain tajuk yang ada dalam buku tersebut..

enty pernah tak dengar cerita Maisarah? pembantu khas rasulullah ketika beliau pergi berniaga tanpa Khadijah? memang lah amie pernah ddengar dan tahu..cuma bila ros tanye tentang nabi pernah dipayungi oleh dua orang lelaki ketika sepanjang perjalanan tersebut..amie agak musykil juga dan dia cakap ana tak tahu cerita tu, takut israiliyyat..

actually, tujuan ros beli buku-buku sirah tu sebab nanti senang nak berkongsi dengan student, andaikan sahaja SJKC Ayer Keroh tu kurang tenaga pengajar, sudah tentulah ros yaang akan mengajar mereka nanti..apa yang membimbangkan ros adalah kita semua sedia maklum telah banyak cerita-cerita tentang israiliyyat yang ertentangan dengan kisah dari Al-Quran..

nak tahu apa itu Israiliyyat?
jom baca sumber di sini:-

Israiliyyaat: Pengenalan Dan Kaedah Pengecamannya


sekarang ini, apa yang ros fikirkan adalah..ros nak cari penulis buku ini dan nak bertanya sendiri dari mana sumber rujukan yang dia dapat..ala, benda baik..tak ada masalah rasanya kalau bertanya..sekadar untuk mendapatkan kepastian..harap sahaja ada balasan..:) Aminnnnn :)

Kawan-kawan Amiey.

Siapa Amiey tu? Okey, Amiey tu bukanlah biskut ataupun siput sedut..yang pasti Amiey tu manusia, perempuan berbada gempal..hahahahaha :p

Ni diantara kawan-kawan rapat adik ros..Amiey tu adik aku..kenalkan..;) Rosmainie namanyer..bakal peguam..insyaAllah..;)

kawan-kawan Amiey adalah kawan ros juga. Kot mane pun, kami semua pasti ada jodoh..bertemu, kenal dan jadi kawan. Bahkan rapat..itulah yg dinamakan ukhuwwah fillah tak mengira siapa..;)

Tak gituuuuu? "̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮‎​​

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rahsia Seorang Wanita Yang Pemurah bernama Halimatus Sa'diah.

Kisah ini terjadi apabila Nabi Muhammad SAW dilahirkan ke bumi. Ketika itu, dato' baginda mencari ibu susuan buatnya. Lazimnya, mereka dikalangan wanita badawi yang duduk di pedalaman. Akan tetapi, ramai yang menolak untuk menyusukan nabi, kecuali Halimah. Semenjak terpandangkan anak kecil itu, Halimah sudah menyukainya. Diambilnya pulang untuk disusukan, dan semenjak dari itu segala-galanya berubah. Unta yang ditunggang oleh Halimah segera bertenaga dan bergerak pantas sekali, dan susu Halimah dari sedikit menjadi banyak secara tiba-tiba. Bukan sekadar itu sahaja, perubahan tersebut dpt dirasai oleh suaminya apabila unta ternakannya yang kurus sudah dipenuhi susu. Inilah diantara kelebihan ataupun rahsia seorang wanita yang baik hati bernama Halimatus Sa'diah.

Selepas kedatangan nabi dalam hidup mereka, kehidupannya berubah menjadi senang dan makmur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.