Sunday, February 26, 2012

lame betul tinggalkan blog...

salam... lame sungguh tinggalkan blog.. rindu..... hope dapat kembali berblog pasni.... insyaallah..akan selalu update lepas dah pos yg ini... hehe...post by samsung galaxy...ecceyh...;) saje je nak test ni...hope ok..;)

Saturday, February 18, 2012

Bukit Fraser yang best...;)

alhamdulillah, waktu Maulid Nabi hari tu ros dan rakan-rakan guru ni semuanya ade program di Bukit Fraser...
tujuannya adalah untuk merapatkan lagi ukhuwwah dan secara santainya kami semua habiskan masauntuk memantapkan lagi rohani dalam diri sebelum menghadapi adik-adik yang bakal kami ajar..

bersyukur sangat, mungkin inilah yang terbaik buat diri dan bagi ros tahun 2012 ni merupakan satu pengalaman yang menarik untuk diri ini dan tak akan dilupakan sampai bila-bila..pengalaman yang pertama mengajar..walaupun penat tapi tak pe..ganjaran Allah tu yang lebih kita harapkan..moga Allah memberkati..insyaAllah..:)

Guru Rabbanieyyah merupakan tajuk utama yang kami perbincangkan sewaktu dalam ceramah yang disampaikan oleh udir Ustaz Muhyiddin dan juga isterinya yang juga merupakan Mudirah di SMAS..
walaupun sekejap cuma..ceramah yang disampaikan VERY CONTENTED..;)

alhamdulillah..syukur yang amat ya Allah...
seperti mengingatkan kembali kenangan ketika berada di dalam SOLEHAH..
rindu dengan semua sahabat yang ada dan kekuatan yang boleh membuatkan ros berada di hadapan umum ketika tazkirah pagi itu dan juga ketika sambutan Maulidur Rasul di sekolah SARAN adalah disebabkan sahabat-sahabat yang banyak memberikan dorongan dan dengan NIAT untuk berkongsi...

teringat Amie Sofea..juara Solehah..;)
kawan ros sendiri pernah berkata dan berpesan: "Ros, anggap kita ni nak berkongsi, insyaAllah mesti kita boleh bercakap dihadapan khalayak ramai..:)

dan alhamdulillah, inilah diantara perkara yang ros amalkan...sehinggakan rase takut berada dihadapan sedikit demi sedikit hilang...:)

siap boleh menyanyi lak tuh..
haishhhh!;)
rasa seronok pown ade jugak tau..!;)

waktu dekat Fraser Hill kjami habiskan masa dengan bersiar-siar..g The Paddock..ingat nak menunggang kuda..tapi ... dah lewat sangat waktu tu..dan akhirnya rakan-rakan yang lain cuma sempat memanah sahaja...;) 

tak dinafikan ros tak join sebab rasa mual sangat petang tu..dan ditambah pulak kepenatan yang teramat sangat..tapi percutian santai imliyyah di Fraser Hill sangat berbaloiiiii oOoOoO~ ;)

jom ros kongsikan gambar-gambar yang sempat ros tangkap ketika berada di sana..;)









main paddle bot..best kayuh3 ngan kaki..hehe..senaman kaki..;)



nak habaq kat korang semua....!
Bukit Frase yang best! MEMANG BEST lah~:P

Tuesday, February 14, 2012

ustazah merajuk dengan kamu!

pada mulanya dengan semangat nak jumpa anak-anak kesayangan..6 Ibnu Sina..memang sayang sangat ros dekat semua anak-anak ini..actually adik3 ros jek semuanya..sayang sebab semua baik-baik..
memang semangatlah kaki ni melangkah masuk..siap boleh tegur mudirah lagi tu yang dah amik masa ros untuk 5minit awal..hari ni ros mengajar Sirah untuk kelas 6 Ibnu Sina tu..tajuk tentang Jasa dan Sumbangan Saidina Abu Bakar As-Siddiq..
setelah habis menerangkan tentang kisah Abu Bakar As-Siddiq yang dipatuk ular kerana menutup satu lubang yang berada berdekatan dengan tempat nabi tidur..dan selain itu juga sehingga menitis airmata Abu Bakar sehingga terkena Nabi Muhammad..betapa beliau sanggup meneman nabi tidur di Gua Thur dan betapa beliau seorang yang tabah serta taat kepada Nabi Muhammad kerana sanggup menahan nabi dari dipatuk ular...Azhimmmmm Ya Rabb..inilah dia pengorbanan Saidina yang paling besar yang perlu kita kenang sehingga sekarang...

eccehh, panjang lebor lah pulak penerangannya..sekadar berkongsi..

kebiasaanya ros mesti bagi adik-adik aktiviti dalam kumpulan untuk dibentang..entah macam mana hari ni adik-adik ni tak nak dengar kata pulak, jadinya ustazah dia ni merajuk laaaaa! yang tak boleh tahan tu airmata ni menitis lak tu..huhu..agaknya dah penat sgt menjerit...

tak lama lepas ros kuar dari kelas diorang dengan berkata: ustazah tak nak mengajar kamu lagi..(kuar tersu dari kelas dan menuju ke bilik guru)

adalah dalam 5minit lepas tu..adik-adik ni ramai-ramai datang ke bilik guru...ade yang menangis..ade yang berkata: "Ustazahhhhh! ajarlah kami :'( "

alahai! sedih pulak ustazah dengar..actually, ros guru kelas untuk darjah 5, tapi ros tak tahu kenapa ros sayang sangat dengan adik-adik darjah 6 Ibnu Sina..sayang sangat-sangat..ros doakan adik-adik ni semua berjaya dalam PSRA dan UPSR..

rehat pun berlalu...

ustazah ros, kami mintak maaf...ni untuk ustazah..
(adik-adik bg surat cinta)

semua kata-kata yang lebih menyedihkan..KAMI MINTAK MAAF USTAZAH, USTAZAH AJARLAH KAMI, KAMI TAKKAN BUAT BISING LAGI, KAMI SAYANG USTAZAH..

ya Allah..tersentuh betul hati ni...sedih sangat3..hanya Allah je yang tahu macam mana ustazah sayangkan kamu semua adik-adik..lillahi ta'ala..moga kamu semua berjaya dunia dan akhirat..tidak ada lain ustazah nak kamu semua berjaya..amin ya Allah...:) 

maafkan ustazah juga...tak terniat untuk merajuk apatah lagi meninggalkan kamu semua adik-adik..

(menangis T_T)