Showing posts with label tips untuk cantik. Show all posts
Showing posts with label tips untuk cantik. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

TIPS: 10 tips diet yang sihat.


langsing dan cantik merupakan impian setiap wanita. Walaupun tidak mudah untuk dilakukan, tetapi ramai wanita rela menahan lapar dan bersukan selama berjam-jam. Diet yang baik bukanlah dengan cara berpuasa yang berterusan jika mengganggu gugat kesihatan..apa yang penting mengikut peraturan makanan berdasarkan umur dan juga aktiviti sampingan. Berikut ialah beberapa tips yang dijamin menjadikan diet lebih baik dan sihat:

1- Makanlah secukupnya dan atur jumlah kalori yang diambil secara bijaksana.

2- potong buah-buahan yang anda suka dalam potongan kecil untuk menggantikan makanan ringan yang tidak sihat.

3- Hindari memakan snek yang diletak di dalam bekas. Letak di dalam piring atau cukup dengan hanya mengambil segenggam.

4- Jika anda termasuk dalam orang yang menyukai roti, pilihlah yang mengandungi bijirin penuh.

5- Hindari makanan yang berlemak lebih dari 10%. Baca label maklumat nutrisi pada tin / plastik makanan.

6- Catatlah makanan yang telah anda makan selama 2 minggu.

7- Mentega mempunyai kandungan lemak tepu. Hindari atau ganti dengan yang rendah lemak.

8- bawalah botol air minuman walau kemana pun anda pergi. Dengan itu, anda tidak akan mengalami dehidrasi dan juga lebih sedikit kemungkinan untuk memilih minuman yang bersoda ataupun terlalu banyak gula.

9- Cubalah melakukan detoksifikasi untuk mengeluarkan racun dalam tubuh (Detox Foot tu pun oke rasanya) heeeeee;D

10- Minumlah air mineral dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..:) 

* itu sahaja TIPS DIET untuk kali ini..ada lebih 40 Tips Diet yang Sihat yang akan sy kongsikan berdasarkan bacaan saya..tungguuuuuuuu! :)





Saturday, December 1, 2012

TIPS: Hilangkan bau badan yang baenggg seyh!

bau ape ni? ya Allah, tak tahan bau busuk dy! bau kalahkan bangla..woi! gi mandi ler siapa yang busuk sangat ni? 
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! kata-kata yang pedas pedih macam ni mesti selalu korang dengar dari roomate @ hausmate korang kan? correction housemate..hihi :D
macam nilah yang berlaku kepada ros, rara dan mimi..ada seorang housemate kitorang badan dia nauzubillah baunya..kami selalu mandi mesti sama-sama bertiga..bila masuk jek bilik air untuk mandi..melekat bau badan  budak tu..tak payah la nak mention siapa..tapi, seorang perempuan perlu tahu jaga kebersihan dan juga kecantikan dalaman..;) ni kalau dah bau kambing..susah sikitlah nak hilang..pernah tu kami sembut perfumee tau dalam bilik air..hahahaha..punya teruk bau dia! :P
mengatasi bau badan ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. meskipun anda seorang yang rajin mandi..sehari 100x mandi tu memang pembersih dan pembaziran terlampau lah kan? :Pwalaupun anda seorang penggemar perfume atau suka mandi dlam sehari 2-3 kali anda mandi itu semua belum tentu dapat menghilangkan bau badan..:) 
jangan panik!
di sini ada beberapa tips untuk mengurangkan / mengatasi punca bau badan:-
1- Mandi. Rajinkan diri untuk mandi supaya dapat menyihatkan dan menyegarkan badan dan juga minda!
2- gunakan deodoran/ nodorono/ anti peluh, sesudah anda mandi jangan lupa sapukan deodran kerana ianya mengatasi punca bau badan dengan segera semasa anda melakukan aktiviti harian.
3- banyakkan minum air putih. perbanyakkanlah minum air putih dan elakkan minuman berkafein, coklat dan seumpamanya yg membawa kegemukkan.
4- hindari stres!. salah satu faktor lain yang menyebabkan bau badan ialah stress. ini kerana stres boleh menyebabkan peluh yang berlebihan..:) so, kurang-kurangkan stress..
jangannn! jangan buat muka stress kat sini sebab tak ada siapa yang nak tengok okeyh? heeeee:D

TIPS: Menghilangkan bintik hitam.


Apakah punca jerawat tumbuh pada muka?

- kerana semakin banyak jalan keluar kelenjar minyak tersumbat, maka semakin banayk jerawat yang akan menghiasi wajah.



Adakah memicit bintik hitam adalah jalan yang terbaik?

- Sebaiknya jangan sesekali memicit bintik hitam kerana hal itu akan semakin mengaktifkan kelenjar minyak sehingga kotoran semakin berkumpul, jadi anda perlu sentiasa membersihkan daerah wajah yang berminyak.

Apa sebenarnya bintik hitam ni?

- Bintik hitam merupakan proses dari kerja hormon yang sedang berkembang, jika terjadi penyumbatan pada jalan keluarnya minyak didalam kulit kerana bintik hitam, jerawat akan bermaharajalawak..*upps..bermaharajalela di dagu, kening, dan sekitar hidung. Anda boleh membersihkannya dengan air bersih atau air suam. Anda juga boleh menggunakan sabun pembersih wajah yang dijual di pasaraya, tetapi jangan memilih sabun yang terkandung banyak alkohol! :)

Ada juga cara semulajadi yang boleh anda lakukan untuk mencegah bintik hitam:-

Gunakan putih telur ayam atau telur burung puyuh. Letakkan dalam bekas dan kacau sehingga buih. Setelah selesai, ambil putik kapas. Sapukan kapas pada putih telur yang telah dikacau dan lekatkanlah ia pada hidung. selepas melekat, biarkan sehingga kering lalu tanggalkannya secara perlahan-lahan. Hasilnya anda akan lihat banyak bintik hitam tersebut melekat pada kapas.

pasti tak sabar nak lihat hasilnya kan? jadi, cubalah! ;) 


Thursday, November 29, 2012

TIPS: Mengatasi rambut gugur.


semakin hari semakin banyak rambut yang gugur, pelbagai cara yang telah aku lakukan..tapi tetap juga rambut ini gugur ke lantai..emak selalu bising, ni tak lain tak bukan mesti rambut kau ni kan iza..ish mak ni, bulu kucing agaknya tu..takkan yang panjang-panjang warna hitam bulu kucing? hahahaha:D inilah alasan yang selalu aku bagi dekat emak setiap kali emak "menuduh"ku..emak memang selalu suruh potong rambut..tapi sayang..sebab ini lah mahkota kita kan? kenalah jaga..panjang ke, pendek macam jantan ke..tetap rambut..risau sungguh kalau-kalau jadi macam adik ros yang amiey tu..rambut dia sekarang banyak gugur sampai nampak kulit kepala..


banyak yang ros lakukan tau supaya rambaut tak gugur, siap beli cream rambut yang boleh melebatkan rambut...antaranya krim lidah buaya..ros sapukan wwaktu malam dan esoknya ros bilas dengan air dan syampu..memang lembut rambut kita..cuma gugur tu memang tetap juga ada..walau dah berkurang..jadi kat sini ros nak kongsikan tips mengatasi rambut gugur..


mungkin sahaja kita kurang sedar sebelum ini akan kosmetik yang berbahaya seperti dalam post yang sebelum ini..jadi siapa yang masih belum baca boleh tengok pada entry Tips anda perlu pandai memilih barangan kosmetik


kebiasaan wanita yang berambut panjang perlukan penjagaan yang rapi tentang rambut..jika tidak, pasti akan mengalami masalah rambut gugur..jadi jom baca tips dibawah:-

1- Gunakan sikat yang bergigi jarang, terutama sekali apabila menyisir rambutyang basah selepas syampu.
2- Kurangkan aktiviti mengering rambut yang basah dengan alat pengering rambut, ini boleh mengakibatkan rambut rosak, begitu juga dengan pengeriting rambut dan iron rambut. pengalaman dari seorang rakan yang selalu iron rambutnya, sekarang rambutnya telah rosak dan keras kejong! sedih..jadi, jaga rambut yang menjadi mahkota setiap wanita..:)
3- Jangan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan terlalu kerap mencuci rambut dalam sehari kerana iannya akan mengurangkan kadar minyak natural rambut sehingga mengakibatkan rambut menjadi mudah patah.
4- Gunakan bahan-bahan semulajadi seprti lidah buaya sebagai treatment bagi rambut anda..sebelum tidur, urut-urutkan dikulit kepala anda dan manjakan rambut anda sebaiknya! :) 
5- Ulang baca 1-4, semoga berjaya..:)


Wednesday, November 28, 2012

TIPS: Anda tetap cantik tanpa solekan.

bismillah..
hai semua, nak cerita..semenjak dah tak pergi mengajar ni, okey..fahamkan ayat..maksudnya bercuti la..semenjak cuti sekolah ni, muka ros pun cuti tanpa sebarang make up, memang tak berapa nak suka pakai make up dan akalu boleh i am really like to look natural than tepek muka dengan make up..hehe..:) kadang tu kalau dah datang sekolah awal, memang tak make up langsung lahhh..lepas solat Zohor dekat sekolah baru make up..jadinya semua barang-barang termasuk tonner, moisturizer, krim, bedak compact dan semua benda alah tu memang ros bawa ke sekolah..agak leceh juga sebab ros ke sekolah bukannya naik kereta..tapi by motor..ada lesen kereta tapi takut sangat nak bawak..baguskan perangai? entah sampai bila pun tak tahu lah! ;) lebih selesa ke sekolah dengan menaiki motor..hikhik..:P memang macam supergirl lah naik motor tu..ngan selendang terkuak-kuak..nampak sikit muslimah yan bekerjaya..haha :P *muslimah terkuak-kuak ker ros? okey, sy pakai jenis labuh untuk ke sekolah..:) 
okey, kat sini nak kongsikan tips tetap cantik tanpa solekan..
tak semua orang suka bersolek, ada yang suka nampak natural..dan terkadang  tu ada diantara yang tidak mahu memakai sebarang alat solek dek kerana alahan dan sebagainya..jadi di sini ada beberapa tips yang boleh diguna pakai bagi mereka yang cintakan natural:-
1- Rajin membersihkan kulit muka. Ini merupakan jalan penyelesaian tercepat dan termurahhh! tak gitu? :)
2- Hindari Stress, Stress ni boleh menyebabkan naiknya wrinkle kat bahagian muka..;) percaya atau tidak..hindarilah stress anda dari dinaiki jerawat! Jerawat suka membiak bila kita stress, jadi tangani stress dengan baik ye dear!;) 
3- Selalu tersenyum, Senyum itu kan ibadah dan sedekah..tak ada rugninya kalau kita senyum, bila muka kita pucat..pastinya nampak agak kusam dan muram, jadi tanganinya dengan SENYUM..:) free3 dapat PAHALA..:) tapi kalau duduk seorang diri tu jangan pula senyum sorang-sorang, kang ada yang kata kita GILA pula! hehehe..;)
okey, selamat mencuba ye adik-adik manis..SMILE!