Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, August 15, 2011

pernah tak?;)

dalam beberapa bulan ni..
ros selalu sangat terima email yang berunsurkan perniagaan..lebey kurang macam Skim Cepat Kaya jugak lah..MLM n so on..
tapi ade sesetengahnya memang boleh dipercayai dan kebanyakkannya pula langsung tak boleh kiter percaya..

jangan dianggap mudah perkara macam ni..
benda-benda yang mendatangkan syak dalam diri, kalau boleh once kita dah tahu hukum dy ape, jangan sesekali kite ikut dan amalkan..

contoh spam email yang ros terima..AWARD..!
CONGRATULATIONS..YOU HAVE WON $$$$ BILLION lah bagai..

then ade jugak, bisnes jutawan dalam masa 2minggu saya dah dapat 60k..
ya Allah, karut lah......!
pernah tak korang dapat email camni?

abang, kakak, adik, pakcik dan makcik, rezeki itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha..
percaya janji Allah itu pasti..

maka berusaha lah!

ros suka sangat nak berkongsikan pengalaman ros..
andai anda seorang anak yang bijak, anak yang baik..
apa shaja yang anda buat pasti anda tidak akan membelakangi kedua ibu bapa anda..justeru, tanye ibu bapa dahulu sebelum nak start apa jua perkara..nanti dah terperangkap dengan kes penipuan..baru nak btau mereka..kan?

apa sahaja bidang yang anda ceburi sekalipown..mereka berdualah tulang belakang kita selain dari kita berusaha dan tawakkal kepadaNya..

ros bercakap berdasarkan pengalaman,
pengalaman yang ros alami sendiri dalam hidup ros dan ros jugak kongsikan dengan adik ros..
dia ni memang malas sikit la nak buat kerja rumah, tapi sesekali balik ade lah jugak dia tolong emak ros memasak..dia mang pandai sangat dalam bab masak neh..ros memang kalah sebab ape yang dia masak memang terbaik..alhamdulillah atas rezeki dan bakat yang Allah berikan..MAUHIBAH MINALLAH..

satu hari, dia mengadu dekat ros..iza, macam mane nak dapatkan pointer tinggi ek?
waktu ni dia diploma kat KUIM dan ros diploma kat KUIS..
dia cakap nak dpt pointer tinggi cam ros..
alhamdulillah memang ros punyer pointer tinggi waktu tu, dan dia mesty nak tahu result ros setiap kali ros amik slip exam kat hall PKK..

ros pown cakap kat dia..
ko nak pointer tinggi kan?
kalo ko nak..
pertama hormat mak ngan abah...
hormat orang lain..kawan-kawan pown, pedulikan ape yang orang nak cakap asal kita buat yang terbaik..
dan solat jangan tinggal..

bila balik umah ingat..buat kerja semua dan bagi mak tu rehat sikit..
ros ckp camtu sebab dy ni..ade sedikit kemalasan dan dia admit benda tu..
then, alhamdulillah..dia mang ikut dan pointer dia memang tinggi sehinggalah sekarang walaupown dia malas la jugak nak buat kerja rumah...:P

haihh, entry dah ke laut tengah!
actually, ros nak cakap pasal usaha tadi..
if kite tak berusaha..
kita memang takkan dapat apa-apa..
kita bangga dengan diri orang lain...
owh..orang lain boleh buat..
macam mane pulak dengan aku?

jangan memandang kejayaan seseorang dengan pandangan yang kosong!
tapi..ambillah iktibar daripada apa yang dia perolehi di dalam hidupnya..

berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudiannn..

usaha, doa dan tawakkal..insyaAllah Allah itu maha melihat, mendengar akan rintihan hambanya, dan juga dia lah yang akan memberikan kita ganjarannya kelak..


dan jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya ni..
takkan ade orang senang-senang nak masukkan duit kat kite..
percayalah..melainkan dengan kite berusaha..

untuk peringatan diri ros yang serba serbi kekurangan ini..
dan syukran atas segala perkongsian yang ada...
di entry kawan-kawan dan juga status rakan3 ros di FB..

Akhir kalammmm..

renung-renungkan..
dan selamat mempraktikkan!:)

Saturday, July 9, 2011

9 Julai 2011

Alhamdulillah diberikan kesihatan akal dan diberikan fikiran yang waras dan tubuh badan yang sihat untuk terus melayari hidup sebagai pelakon..ye! pelakon...manusia yang mewarnakan pentas dunia dengan lakonan dan character masing3...kan3?:)

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang tak terhingga itu, nikmat islam, iman dan ihsan..
dan dengan nikmat itu jugalah aku, mak n abah pergi ke Semenyih pagi tadi..dengan satu tujuan...
hurm, nak merisik khabar untuk abang...just berbincang untuk perkara yang selanjutnya..dan alhamdulillah segalanya berjalan dengfan lancar...kedua-dua belah pihak tak ade halangan!;)

syukur banget!:)
sebab, pasni aku lak..haha:P 
duit simpanan pown tak de lagik dah berangan kan ko ni ros?:P

ok, tu kisah untuk hari ni..
1st tyme r aku ikut mende3 camni...
nak3 lak hari ni mang sepanjang perjalanan kami ade jek roadblock sane sini..
yelah, korang sendiri pown tahu kan?
kegiatan BERSIH yang giat dijalankan..
bukan takat BERSIH, huru hara jugak lah aku tgok kat TV tadi, memang bersih sungguh jalan3 dengan dyowang...ditambah pulak...jammed sane sini oiiii!

macam3 hal la kan?
mang tak salah, tapi..hurm...no komen r mende3 gini..
ros tak suke sangat nak masuk campur sal politik neh..
tak berani maaa...
silap hari bulan jadik kes cam kak wardina...cian kat beliau..
walau ape pown yang berlaku..
ros doakan negara kita ni tak terjebak dengan sebarang rusuhan seperti yang berlaku dekat Mesir tu..
nau'zubillahi min zalik..

tadi amy ajak g tengok Transformers III..tapi ros yang namo g..
sebabnyer cian kat mak kan,penat3 balik dah kne memasak bagai, jadik ros tolong n bantu mak jek kat umah..
ros kan anak yang prihatin..hehe:D

rase cam rugi gak tak join adik, abang n amy g tgok wayang..tapi, tak pelah..
next tyme lah, g reramai ngan mak n abah n bawak c mamat sekali!
mesti bestkan g satu family...
ok, rini hari sabtu kan...
korang lak, g mane jek?;)
meh kongsi dengan ros sikit!;)

ce cter..ce cter! ^_^


along tu la abg sy!;)
korg nak tahu tak? hurm, bg pihak abg ros, ros happy sgt3 sebab dy dah nak tawen...doakan abg ros eh?;)

thanks korang sumeeee!

assalamualaikummmm~