Showing posts with label Penempatan Sekolah DPLI SR j-QAF Amb Dis 2012. Show all posts
Showing posts with label Penempatan Sekolah DPLI SR j-QAF Amb Dis 2012. Show all posts

Friday, January 23, 2015

Penempatan DPLI SR jQAF 2013.

Posting...posting..postinggggg ...

Alhamdulillah...tahun 2015 dibuka dengan cerita posting saya..:) syukur sangat..memang Selangor negeri pilihan pertama setelah Melaka jd pilihan yang kedua..:)

Terima kasih Allah..Allah tu lebih tahu mana tempat yg sepatutnya bagi seorang hamba yang lemah spt aku..ecceh..mmg lemah kalau berjauhan ngn abammmm..dpt selangor ni pun dh syukur...sekolah mane tu..tunggu ajela SMS dr jpn..katenye dalam ptg ni atau esok..wallahu a'lam..;)

Mabruk buat semua kwn3 batch dpli jqaf ambilan khas jan 2013..berkat kesabaran semua..dpt juga kita posting tahun ini..:)

Entry pertama utk 2015..nnt cerita bab msuk sekolah baru pulak ye...harap dpt dekat dengan alamat di SELAYANG nun..;) doakan dak ros..terima kasihhh...

Wednesday, January 2, 2013

Ros Bakal Dipindahkan Ke Sekolah Lain?


haaaaaaaa! baru nak update pasal SJKC Ayer Keroh untuk Part 2, tapi, memandangkan ada masalah teknikal..ros akan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan pula..

kalau korang nak tahu, SJKC mana ada subjek B.arab..ros sendiri tak tahu dan kurang pasti, sebab ros memang positif bila dapat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, ros ingatkan subjek b.arab akan diajar kepada murid-murid yang berbangsa melayu dan beragama islam..rupa-rupanya tidak begitu....lepas je Cikgu Ong dari SJKC Ayer Keroh call Penolong Pengarah j-QAF negeri Melaka iaitu Ustaz Norhisham, diaa cakap ros kena bantu guru pendidikan islam, ros macam agak terkejut juga pada mulanya dan hati memang rasa tak sedap..duduk pun gelisah dekat Library sekolah tadi..almaklumlah, guru baru tak ada tempat / meja guru..tapi ros tak kisah semua tu, yang penting ada tempat untuk kita duduk dan mengajar..
bila cikgu Ong cakap macam tu ros dah sedih..terus kak Maria pun tertanya-tanya dan kurang pasti dengan apa yang cikgu Ong cakapkan, manakan tidak.cikgu Ong tu guru berbangsa cina, mungkin sahaja cikgu Ong kurang pasti..untuk tahu lebih lanjut, alhamdulillah ros terus call ustaz Norhisham..then ustaz sarankan datang berjumpa ustaz sendiri..

selepas beberapa minit menuggu ustaz, ustaz datang dan terus mempelawa ros duduk, hah, ada masalah apa? ros pun buka lah cerita..dan siap tunjukkan surat tawaran ros pada ustaz..ustaz Norhisham terus cek nama dan dia admit, dia yang salah letak nama dalam unit pendidikan islam, sedangkan ros dari unit bahasa arab..mungkin sahaja ustaz terlepas pandang..tak pelah, ustaz cakap insyaAllah dalam masa terdekat ni ros akan dapat surat untuk pindah ke sekolah lain...

apa yang ros harapkan, ros dapat sekolah yang dekat dengan rumah, senang nak pergi dan balik sendiri..tak perlu nak susah3kan emak dan abah, biarkan emak dan abah concentrate dengan adik ros si Amir Raihan tu..:) 

apa-apa pun, rasa terkilan juga sebab MOS ros memang dah plan nak type apa..nampak gayanya memang ros kena tengok pulak la cara ustaz/ustazah yang mengajar bahasa arab di sekolah baru nanti..

ya ALlah, syukur sangat kerana engkau telah merungkaikan segala persoalanku selama beberapa hari ini..:) Alhamdulillah..:)

*psstttt, sebelum tu ros dah call ustaz Yusry yang caring giler hal ehwal pelajar jqaf, siap dia pun call ustaz Norhisham..hehe..syukran laka ya ustaz! :) sampai ustaz yang tak pernah mengajar ros pun terbabit..hehehehe :P

Friday, December 21, 2012

Penempatan Sekolah DPLI SR j-QAF Amb Dis 2012

sila klik link di bawah:-
Senarai Penempatan DPLI SR j-QAF Dis 2012
untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web JAPIM khas untuk semua pelajar DPLI-SR j-QAF ambilan 2013 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka :)