Thursday, October 17, 2019

SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018 SEKOLAH RENDAH (TAHUN 1 SEHINGGA TAHUN 6)

 KSSR (SEMAKAN 2017)

TAHUN 1
1. Bahasa Melayu: https://goo.gl/tQLWA7
2. Bahasa Inggeris: https://goo.gl/GmRJ7u
3. Sains: https://goo.gl/mtXGTB
4. Matematik: https://goo.gl/GWvw55
5. Pendidikan Islam: (belum tersedia)
6. Pendidikan Moral: https://goo.gl/uoCT1M
7. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: https://goo.gl/RzSRMj
8. Pendidikan Kesenian: https://goo.gl/gD3Nyt

TAHUN 2
1. Bahasa Melayu: https://goo.gl/A79P46
2. Bahasa Inggeris: https://goo.gl/cz1aLf
3. Sains: https://goo.gl/DHFWKb
4. Matematik: (belum tersedia)
5. Pendidikan Islam: (belum tersedia)
6. Pendidikan Moral: https://goo.gl/gm9ATy
7. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: (belum tersedia)

 KSSR
TAHUN 3
1. Bahasa Melayu: https://goo.gl/EZUxfs
2. Bahasa Inggeris: https://goo.gl/8WgKmu
3. Dunia Sains dan Teknologi: https://goo.gl/5q7qrp
4. Matematik: https://goo.gl/7WRadb
5. Pendidikan Islam: https://goo.gl/bcHFJ7
6. Pendidikan Moral: https://goo.gl/63ZDAz
7. Pendidikan Muzik: https://goo.gl/PgLDDG
8. Pendidikan Seni Visual: https://goo.gl/qHB4Ly
9. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: https://goo.gl/eGYPQv
10. Bahasa Iban: https://goo.gl/LLW986

TAHUN 4
01. Bahasa Melayu: https://goo.gl/nJfS8A
02. Bahasa Inggeris: https://goo.gl/attQxP
03. Sains: https://goo.gl/bgFbcp
04. Matematik: https://goo.gl/PgDc8e
05. Pendidikan Islam: https://goo.gl/FAontc
06. Pendidikan Moral: https://goo.gl/JHNsDC
07. Teknologi Maklumat dan Komunikasi: https://goo.gl/wzd37U
08. Reka Bentuk dan Teknologi: https://goo.gl/UhnBov
09. Pendidikan Jasmani: https://goo.gl/pa7Pcu
10. Pendidikan Kesihatan: https://goo.gl/zr2ZJu
11. Pendidikan Muzik: https://goo.gl/8GrC8z
12. Pendidikan Seni Visual: https://goo.gl/JRozaR
13. Sejarah: https://goo.gl/gDyWkt

TAHUN 5
01. Bahasa Melayu: https://goo.gl/z6TETD
02. Bahasa Inggeris: https://goo.gl/bhcfre
03. Sains: https://goo.gl/UPMuBS
04. Matematik: https://goo.gl/1UggiP
05. Pendidikan Islam: https://goo.gl/dgmT5k
06. Pendidikan Moral: https://goo.gl/227jBS
07. Teknologi Maklumat dan Komunikasi: https://goo.gl/vhonb9
08. Reka Bentuk dan Teknologi: https://goo.gl/kcKygg
09. Pendidikan Jasmani: https://goo.gl/JSNh1N
10. Pendidikan Kesihatan: https://goo.gl/Yce6h5
11. Pendidikan Muzik: https://goo.gl/K8kAzd
12. Pendidikan Seni Visual: https://goo.gl/o5sAhw
13. Sejarah: https://goo.gl/yrX52p
14. Bahasa Arab: https://goo.gl/j7zMDX
15. Bahasa Iban: https://goo.gl/PLSNSp

TAHUN 6 (MATA PELAJARAN SELAIN MATA PELAJARAN TERAS)
01. Sejarah: https://goo.gl/JJa3UC
02. Pendidikan Islam: https://goo.gl/3JqsEg
03. Pendidikan Moral: https://goo.gl/ooNwp7
04. Pendidikan Kesihatan: https://goo.gl/7r8MeE
05. Reka Bentuk dan Teknologi: https://goo.gl/1TaoWo
06. Teknologi Maklumat dan Komunikasi: https://goo.gl/PLbwiH

Soalan-soalan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa khususnya kepada soalan yang belum tersedia buat masa ini.
Silakan share dan semoga bermanfaat.
"SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu bapa"
Join Telegram : https://telegram.me/sistemguruonline
Like Facebook : https://facebook.com/sistemguruonline/

Tuesday, September 10, 2019

Berhenti sebagai GURU?

Salam dan selamat sejahtera semua pembaca blog dakros..terima kasih sudi berkunjung ke sini..

Alhamdulillah, masih menghayati segarnya udara ciptaan Allah..syukur atas nikmat yg Allah beri, atas kesempatan dan ruang yg Allah izinkan untuk masih merasa kehebatannya dan caturan Allah yg MAHA BAIK untuk setiap hambaNya..

Syukur sangat-sangat atas rezeki yg Allah beri..tidak kira dalam apa jua bentuk..semuanya tetaplah kembali pada Allah yg maha memberi...

Bahagia bila keluar dari sekolah, rasa macam tiada masalah...perasaan yg sangat seronok, dapat kenal kawan baru, buarpun berlainan bangsa melayu, india cina, kita kan hidup di Malaysia..kenalah sehati dan sejiwa...bersatu hati..buat kerja sama-sama..seorang lambat hadir pun dah terasa..

Perasaan gembira dan seronok itu mula hilang bila aku berada di sekolah semula..seriously, tak tahu kenapa lebih suka bergaul dengan orang yg baru dikenali berbanding dengan orang yang dah lama kita kenal..perasaan berbeza..actually, environment dari sudut kawan3 di SK Bandar Sunway memang TERBAIK!..

Cuma, ada satu part yg, hurmmmm..entahlah...sukar untuk diulas di sini, kerana barangkali pasti ada yg membacanya berbulu mata😂

Tidak seronok part itulah! Yg itu yg perlu sh simpan sendiri...tersemat di diari hati..

Ikutkan hati, nak sahaja berhenti menjadi seorang guru..teringat PLC bersama PK1 baru-baru ini..eh, ros, u are too young untuk cakap mcm ini!, perjalanan u masih jauh ros..

Yes, betul miss pam, saya tahu...tapi betul dan sejujurnya, saya katakan, sy tak suke berada di sekolah, saya rasa stress...stress saya ini sejak tahun 2017..bila bertukarnya pentadbir😅 jujur saya katakan, saya enjoy buat semua kerja di sekolah...hatta orang kasi saya penyelaras program itu ini, saya tetap enjoy!!! Biarpun PENAT..tapi ENJOY..

Tapi, sejak detik itu..DETIK ITU..ya..DETIK ITU...saya mula merasakan STRESS..saya tiada penguat semangat...kak Surya, kak Akmal..semua yg menjadi tempat mengadu saya sebelum ini telah berpindah...kan ada kakak yg lain
.tak sama seperti mereka yg sy rasa kami SEHATI dan sering bantu membantu antata satu dengan yg lain..benar, yg patah tumbuh hilang berganti, tapi tak semua yg INDAH bukan?

Cukup saya atasi ANXIETY saya selama lebuh kurang setahun lebih dan pada tahun 2017 itu, alhamdulillah Ashraf selamat dilahirkan..saya rasa sihat setelah ada peneman..alhamdulillah..😍

Kerja sekolah tetap dibawa pulang ke rumah, ini salah satu yg saya rasakan semasa masuk semula ke sekolah...untuk menghadap art file..saya suka..sebab yg bimbing saya adalah Ustazah Syahida yg sy anggap adik...dan mursyidah terbaik dalam mengajar dan memberi contoh terbaik dalam merancang pdpc berkesan..

Saya tidak mengeluh dengan segala kepenatan yg saya ada..biar tidak dihargai dan disanjung..saya tetap meneruskannya...alhamdulillah..sehinggalah diperli kerana akan dilantik menjadi ML..ketika ini saya rasakan tidak layak...dan saya terpinga-pinga dalam menyelesaikan beberapa tugasan yg diamanahkan..pun begitu, saya teruskan belajar dan belajar untuk faham..

Siapa lagi yg bantu, semua ML dan paling penat yg boleh saya katakan adalah Syahida dan Cikgu Bala...dan ketika itu ada kak shamsina..thanks kak sham..u are the best..biar umur hampir ke usia senja, namun bukan penghalang bg nya bergerak pantas..kak sham kata, ala ros..u buat je kerja u

Abaikan semua masalah ni..tayah ambil peduli...dan pada 2018, aku memang tidak ambil peduli sehingga ada yg mula salah faham
.tapi ketika itu, sememangnya aku pekakkan telinga..

Aku rasa, masalah pentadbiran di sekolah...mana-mana pun SAMA
.namun, peritnya adalah sesuatu yg tidak dihargai..yer...tak dihargai..2018 adalah tahun yg boleh dikatakan biarlah dia sahaja yv tahu...namun, berlalu begitu sahaja seolah sama kerjaku seperti kuli yg tak dipandang...

Bermula tahun 2019, aku dilantik sebagai penyelaras sekolah amanah...bila aku menjadi ketua..aku masih baru dan masib perlukan petunjuk dari orang lama dan alhamdulillah...kami seronok bekerja untum penggal pertama dengan BAIK..

Namun, ada beberapa perkara dan musim perli memerli berlaku
.dimana silapnya? Aku sejujurnya, tidak GENTAR dengan apa sahaja cabaran...kerana ianya lumrah..terima apa jua seadanya...aku ingatkan tahun 2018 sudah berlalu dengan BAIK, namun perkara tersebut berulang kembali dan tragisnya aku katakan, bukan semua guru suka benda yg SAMA BERULANG KALI!

JUJUR, AKU INGIN BERHENTI...kerana apa? Kerana masalab yg sukar untuk akj ungkapkan di sini
.namun, aku punya keluarga..ibu bapa...adik beradik yg masih memerlukan aku...

Komitmen yg tinggi, dan adik OKU yg perlukan perbelanjaan..inilah serba sedikit luahan rasa...dan sebab mengapa aku rasa DOWN dan nak berhenti menjadi GURU..

Penguat aku ketika di sekolah hanyalah MURID...MURID dan MURID..

yang datangnya aku ditunggu3 oleh mereka...rindu, tak sabar katanya..memeluk aku erat...inilah antara asbab KUKUH aku masih di sini...walau hakikat aku pasti dibenci oleh atasan..

Aku cuba berpura biasa dan tidak ada apa3...aku sedang membina impian untuk terus membantu keluarga..selalu ckp dengan mak..mak doakan iza murah rezeki..lebih3 lagi dalam Mary Kay..

Pernah berangan nak berhenti dan teruskan Mary Kay..tapi..tunggulah sehingga segalanya STABIL..insyaallah

Hanya doa saya pinta dari anda semua yg membaca..doakan agar segala konflik yg berlaku akan berlalu dengan baik dan doakan sy dimurahkan rezeki untuk berpindah keluar dari Sk Bandar Sunway...terima kasih sudi membaca

Sekiranya ada kekurangan, sy cuba baiki untuk anda lebih jelas dan faham situasinya..kerana, ada pihak yg perlu dijaga..sekian😊

Tuesday, August 6, 2019

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam Tahun 4.

dan Salam Sejahtera semua, saja nak kongsikan beberapa Bahan Bantu Mengajar atau pun Lembaran kerja yang ros sediakan sendiri untuk anak murid ros mengikut tahap mereka.
Antara tajuk yg terkandung adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini yer:

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
JAWI - Imbuhan Apitan, Bina Rencana ringkas berdasarkan gambar atas tajuk Bencana Banjir. 
ADAB - Adab dengan Jiran - Maksud Jiran
- Senaraikan Adab berjiran dalam Peta Buih
- EXIT TICKET Adab Berjiran - Untuk membantu murid menilai sendiri diri mereka setakat mana kefahaman mereka terhadap tajuk Adab Berjiran. Ini di isi sepanjang pembelajaran dan dikutip di akhir pdpc. 
AL- QURAN : Checklist Surah mengikut bacaan murid, ini terpulang kepada guru sekiranya nak ubah. Mungkin ada yag nak buat lebih details dari apa yg sy kongsikan. 
SIRAH: Kisah Isra' Mi'raj
- Kad Bacaan tentang Isra' Mi'raj
- Kad Dominos & Lembaran Kerja sepanjang peristiwa Isra' Mi'raj. 

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
JAWI: Cita-cita saya untuk 3 dan 4 Suku Kata. (TEKS CERITA) saya reka sendiri untuk bacaan murid. boleh buat secara PAIR READING 
Ada juga Exit Ticket umum yang boleh anda gunakan untuk semua subjek termasuklah subjek teras dan sebagainya. Exit Ticket biasanya digunakan untuk menilai kefahamn murid sepanjang pdpc berjalan. Setakat ana murid faham guru mengajar. dan murid turut memberikan pendapat di mana yang mereka masih belum kuasai. guru juga boleh perbaiki cara pengajaran dengan adanya Exit Ticket ini dan membuat refleksi serta impak dalam RPH. 
Boleh DOWNLOAD DI SINI
pastikan anda ada PUBLISHER, kerana file ini adalah PUBLISHER. Terima Kasih. 

Saturday, August 3, 2019

Depresi?

Masuk minggu ini, dah 3 minggu aku alami benda yg sama...

"Dalam fasa ni, badan jadi lemah, rasa malas, rasa nak tidur tak mau bangun, badan jadi lesu. Nak bangun solat pon menangis sebab rasa berat sangat, tapi apa pun saya push diri saya supaya nampak okey depan family dan orang lain walaupun dalam jiwa sebenarnya penuh kegelapan" CnP

Aku copy ayat ni...dan rasa yg sama aku alami...dan badan kerap sakit-sakit..aki rasa seolah tak nak hadapi hari esok...aku lebih suka berada di rumah...cepat diserang penyakit..anak aku selsema..aki pun mendapat. Dan sekarang DEMAM😭😭😭

Kawan aku sendiri mengadu pada aku apa yg dy rasa terhadap ANXIETY..tp aku sekarang tak rasa yg aku setback..jenis lain jenis yg tak nak teruskan hidup..faham kan?😭

Depresi, yaaaa...jgn kata ianya benda yg main3...dah byk kali ckp dengan suami...nak jumpa psikiatri...suami ok je...cuma, entah bila pun tak th laaaa😢

Rasa benda ni, dalam tempoh arwah abah sakit kt PPUM..bila aku luahkan pada kawan3, diorg kata mgkn sbb pembawakan shj..tapi aku tak rasa cmtu..sebab bagi aku...aku mmg rase lain dr yg aku pernah alami masa pregnantkan Ashraf..

Hanya mampu berdoa, agar Allah bantu aku dan beri jalan keluar...

Sunday, July 21, 2019

Muka Tua Dakros😜🀣



Sebelum memilih Mary Kay🀣
.
.
.
Muka setelah memilih Mary Kay
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Woweeee...benarlah Mary Kay membawa perubahan kepada hidup saya🀩πŸ₯°πŸ˜˜

Untuk daftar sebagai ahli Mary Kay, boleh terus whatsapp ros di link iniπŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰ www.wasap.my/60183974517

Wednesday, July 10, 2019

Adik Ashraf


Hai, salam sejahtera, salam 1 Malaysia🤪

Alhamdulillah atas nikmat sihat yg Allah kurniakan buat semua hambanya, nikmat rasa yg semestinya kita syukuri...nikmat nak dapat anak ketigaaaaa..eh?🤣

Benda macam ni memang orang tua dapat rasa dulu kan? Bermula dari ma kata, Ashraf sekarang semakin manja, gaya macam nak dapat adik aje...memang tak dinafikan, betul sangat apa yg ma rasakan tu...

Dan beberapa minggu lepas, masa buat puasa enam, lepas dua hari aje pun...kalau boleb hari2 nak minum jus tembikai, teringin sangat rasa tekak ni...ni antara yg aku perasanlah...

Dan yg paling kelakar ialah, nak pakai liptip yg merah3 gitu..agak penangan adik Ashraf ni perempuan agaknye...kot.kembo ke😂

Eccehhhhh...kompiden kena lebih..

Semalam buat pregnancy test, bila tengok line pertama tu je mcm dh dpt agak..keluar pulak line kedua..rasa syukur alhamdulillah, tapi bila period lambat turun tu, memang dapat rase lah kan...terima kasih Allah..mudahan anak ini selamat, kuat dan sihat...

Dan semoga pregnant kali ini, ibu tidak lagi dibayangi bsp🤩😅

Kalau ade pun, hadapkan aje lah..nak bt mcmne kan?😁

Ok, dh selamat download apps pregnancy tracker dalam phone, dah tahu tarikhnya bila...mudahan segalanya selamat..doakan yer...

Kedai Mary Kay dibuka seperti biase tau🌸

Boleh whatsapp: www.wasap.my/60183974517

Thursday, June 27, 2019

Mary Kay Promo Jun










Sekiranya berminat, boleh contact ros melalui link di bawah iniπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Www.wasap.my/60183974517

Last promo 30 Jun 2019 ini tau guys, so, jgn lambat3 untuk harga yg lebih murah dan diskaun 20%😘 

 


Thursday, June 20, 2019

MOTIVASI DIRI.

Kamu tidak akan sampai ke perhentian "kejayaan" melainkan kamu akan berhenti di beberapa perhentian sebelumnya, antara nama perhentian itu ialah :
(1) gagal,
(2) letih,
(3) kecewa,
(4) disangsi orang,
(5) putus asa.
Seseorang yang hebat hanya akan singgah sebentar sahaja di 5 perhentian tadi kerana dia tahu perjalanannya akan berakhir di perhentian "kejayaan".

Kongsilah @pendidik4u

Positifnya seorang Guru!

Tertarik dgn coretan ni.....👇🏻

Ketika ralit menghirup teh tarik di kedai mamak, aku terpandang kelibat sepasang warga berusia emas berpimpin tangan masuk ke kedai. Lantas mereka duduk berdekatan meja aku yang kosong. Aku melemparkan secebis senyuman walaupun tidak semanis teh mamak ni.

"boleh duduk sini cikgu?" sapa si lelaki berjanggut putih. Pakaiannya kemas dan nampak smart walaupun usia hampir 80 an. Aii macam tahu tahu aku cikgu. Rupanya dia tahu berdasarkan nametag dan pen yang tersisip dalam poket aku. Ada pen hitam dan pen merah.

Banyak benda yang dia tanya aku tentang isu sekolah zaman kini. Rupa rupanya dia bekas pengetua sekolah cemerlang. Anak anak 5 orang. Semuanya sudah berumahtangga. Kesemuanya berjaya dalam hidup. 2 orang doktor yang mana seorang daripadanya sedang buat MA di Ireland, seorang engineer di Dubai. Seorang pensyarah di IPTA berstatus Dr. Manakala yang bongsu mengikut jejak sebagai pendidik.

Sifirnya mudah cikgu katanya bila aku bertanya rahsia kejayaan beliau. Memudahkan insan lain sudah pasti akan dipermudahkan nanti. Sentiasa fokus pada tanggungjawab sebagai guru, mendidik dengan penuh keikhlasan dan tidak berkira. Memperbetulkan niat kerana tuhan. Ganjarannya akan datang sendiri ujar beliau.

Kita sebagai ibu bapa, bermain dan bermesralah dengan anak anak ketika mereka kecil. Kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskan mereka pergi. Jangan sampai waktu keemasan itu berlalu pergi kerana kesibukkan kita terhadap kerja yang tidak akan pernah habis.

Sebab itu beliau tidak berkisah jika ada guru yang terpaksa menguruskan anak dan mengurangkan aktiviti pada hari Sabtu supaya guru guru beliau dapat bersama keluarga.

Rahsia beliau sihat hingga ke usia emas adalah beliau tidak pernah MC. Malah tetap ke sekolah walaupun demam atau sakit ringan. Percayalah tuhan akan memberi ganjaran jika kamu ikhlas. Malah ada guru beliau yang sering MC diuji dengan penyakit yang sukar sembuh. Jangan tipu MC pesannya dalam nada keras. Tersentak aku menahan serdak serbuk teh dari naik ke hidung.

Ibu bapa sekarang terlalu lembik. Manjakan anak tidak kena tempat. Hasilnya adalah generasi yang bingung dan mudah sentap. Jika ibu bapa tidak berpuas hati dengan guru, mereka terpaksa berhadapan dengan beliau dahulu. Beliau menjadi pembela setiap guru dibawahnya. Cikgu jangan buang masa melayan karenah ibu bapa pelajar. Serahkan kepada pentadbir untuk uruskan. Itu tanggungjawab kami katanya lagi.

Jangan bimbang cikgu. Kita mendidik anak orang lain. Allah pasti bantu anak kita. Lihatlah kebanyakkan anak guru sentiasa berjaya walaupun ibu bapa sendiri tidak ajar pun anak di rumah.

Tanggungjawab kami sudah selesai. Ini lah masa yang tersisa untuk kami menghabiskan waktu bersama tanpa gangguan. Walaupun terasa sepi tapi kami dapat ke surau dan mengaji bersama sementara menunggu nafas kami berhenti ujar beliau sambil melirik mata ke arah pasangannya yang juga bekas guru besar sambil tersenyum.

Kagum, terpana, terkesima.

Mampukah aku menjadi seperti mereka ini?Perit di pipi bagai ditampar tampar..

Aku cuma orang biasa namun, aku mampu lakukan jika aku mengikut jejak yg betul dlm dunia ini. Untuk itu, aku ikhlas memesan kalian dlm dunia pendidikan mahupun mendidik anak2 di rumah, ikutlah jejak org2 berjaya dan didiklah hati supaya ikhlas berkhidmat. Aku juga penat apabila ditugaskan dengan sesuatu tanggungjawab, tetapi percayalah jika ikhlas hadir bersama2 inshaAllah semua kerja yg ditugaskan akan ringan. Usah mengikut rentak orang negatif di sekeliling kita. Yang jelas akan merugikan kita semua.

Untukmu pendidik 》》》 pensyarah, guru dan ibu bapa.

Info ini copy dari telegram Channel Pendidikan
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

Alhamdulillah, ruang masa yg ada diisi dengan pembacaan positif seperti ini..sangat terasa bila sendiri tak mampu merasakan seronok ke sekolah atas faktor pentadbiran..tapi..semangat yg ada hanyalah apabila adanya anak murid di depan mata😭

Beruntungnya aku...punya anak didik sebijak mereka, biarpun keputusan tidak seberapa, tapi keikhlasan mereka jelas nyata terasa❤

Wednesday, June 19, 2019

Tiada Keseronokkan ke Sekolah.

Bismillah, alhamdulillah 19 Jun 2019, tak ke sekolah sebab semalam sakit kepala. nk kata sebab puasa rasanya memang bukan sebab puasalah kan.. memang sebab OTAK dah tepu.. tak boleh nak terima arahan dah agaknye...semua yang masuk keluar semula.. baru dua hari puasa enam untuk tahun ini.. harap lepas ni boleh puasa lah sambung puasa enam..puasa ganti tinggal 1 hari je lagi nak diganti...yeeehaaaa!

ok, berdasarkan tajuk, dah tiada keseronokkan ke sekolah..kalau stress sangat nanti takut GILA pulak kan..harap Dr. Maszlee Malik ambil berat lah kes cikgu-cikgu yang nak berpindah ni..janganlah dipandang enteng... belum kes cikgu stress dengan Pentadbiran sekolah lagi! :( 

seriously tak seronok nak ke sekolah, fikirkan anak-anak didik je ni...klu x rase nk berhenti mengajar pun yer jugak...tak pernah lagi rasa mcm ni..kepincangan sistem sekolah yang bermula dengaan lemahnya pentadbiran atasan seperti Guru Besar.. sebagai guru rasanya tak sepatutnya nak mengugut guru-guru..jadilah seorang yang PROFESSIONAL..

ini tidak, asik naak ugut aje kerjanya...penat dah dengan DRAMA mereka! letih...alhamdulillah dapaat MC dua hari..doktor pun boleh tahu agaknye tekanan kita..dua hari dia bagi..ni bukan mintak tau! tidak sama sekali..ni doktor yang kasi...

nak tunggu hujung tahun lama sangat rasanya...semoga Allah mudahkan urusan untuk pindah sekolah ke Melaka hujung tahun ini..sebab nak buat kerja sampai ke petang pun dah tak ada rasa..rasa nak balik cepat-cepat aje setiap kali datang sekolaah..dulu selalu aje balik lambaat...ssekarang...naak tunggu sampai kerja siap pun memang takkan dah! 

semoga Allah beri hidayah pada aku, kawan-kawan aku dan KAU yang sepatutnya tinggalkan sekolah ini lebih dulu dari kami! 

Saturday, May 4, 2019

Mary Kay Promo Raya 2019 - Discount Up To 20%


Salam dan selamat sejahtera..

Nak letak gambar promo item untuk Mary Kay bagi bulan Mei ni..
.
.
So, siapa yg nak diskaun kindly whatsapp ros dekat link ini yer..www.wasap.my/60183974517
.
.
.












Ok, pilih mana yg berkenan di hati..Mary Kay tgh buat Pink Sale nih..cecepat rebut peluang untuk cantik di hari rayaaaaaπŸ₯°

Test..Test..

Salammmmmmm semuaaaa..
Saja nak test je ni..
Berjeman tinggalkan kau blog..
Sorry..

Saturday, April 13, 2019

Kenapa Engkau Terlalu EGO dengan Jawatanmu?

Salam dan selamat sejahtera, alhamdulillah atas nikmat sihat yg Allah berikan. Syukur masih diberi peluang untuk menaip di blog ini. Ada masa kita terlalu sibuk dengan dunia. Sehingga kita lupa bekalan akhirat. Semenjak dilantik sebagai Pemimpin Pertengahan (ML) terutamanya masa banyak diluangkan dengan kerja-kerja sekolah yang aku rasakan seolah aku ni KERANI di sekolah. Kerja pendokumentasian yang terlalu BANYAK..Fail itu ini, belum masuk kehendak Sekolah Amanah lagi. Tapi, sebelum KAU masuk ke sekolah kami, aku rasa semua guru tidak pernah ada RASA MENGELUH dan STRESS...
Kalau dulu, seronok nak sempurnakan semua fail yang ada, cukup tersusun baik dan elok. Namun, tuntutan kerja sekarang yang kadangkala tak mampu nak penuhi pun sebenarnya. Dan ditambah STRESS yang teramat dengan Pentadbiran sekolah yang semakin pincang dek kerana DIALAH KETUA yg sebenar. Kononnya, sorry...my KETUA is still ALLAH! 
Di awal kemasukan beliau ke sekolah, aku masih ada rasa hormat. akan tetapi, hari demi hari aku rasakan semakin stress dan hilang rasa hormat terhadapnya yang sememangnya sudah berumur dan kita anggap sebagai emak atau ibu kita. Tapi tidak pernah sekali dia menganggap kita semua guru sebagai anaknya dan beliaj sememangnya tidak punya EMPATI. 

 Naik cuti bersalin, macam-maacam cerita yang aku dengar tentang beliau ketika itu, ditambah tahun 2018 boikot yang berlaku terhadap beliau..kenapa perlu terlalu EGO menguasai diri? disebabkan JAWATAN, sanggup menakut nakutkan guru-guru yang kononnya nak merendahkan markah prestasi? sungguh anda seorang yang tidak Professional ddalam menjalankan AMANAH. jangan bangga anda berada di sekolah amanah tetapi anda tidak amanah dalam melaksanakan tugasan pun.

Dengan cara menakutkan itu tidak membawa apa masalah pada saya sebagai seorang guru yang beliau sendiri ingatkan masih baru  4 5 tahun mengajar. Saya masih sedar diri, sekiranya saya masih baharu, jangan lah mengajar saya perkara yang tidak baik seperti yang anda lakukan sekarang trhadap guru-guru lain. Memberikan markah rendah kepada guru yang tidak anda suka, memberikan penilaian tinggi kepada guru yang anda suka sahaja.. pilih bulu nampak? begitu juga lesson observation yang anda lakukan sangat tidak telus. Markah rendah untuk guru yang anda tidak sukai. Kasihan guru yang telah berpenat lelah menghabiskan masa menyiapkan RPH dan BBM yg baanyak ddemi semata-mata untuk Lesson Observation yang sehari? Anda sangat KEJAM! 

Ramai yang tidak berani menyatakan kebenaran, hakikat tidak sukakan anda kerana menjaga periuk nasi masing-masing. Tapi maaf bagi saya, saya tetap tidak menyokong anda sebagai ketua jabatan saya yang konon3nya..

Selama beberapa tahun saya di sekolah, tidak pernah sekali jumpa G* seperti anda. Inilah pertamaa kalinya dan stress saya seolah ingin keluar dari sekolaah sekiranya PETITION kami baru-baru ini tidak didengari oleh pihak KPM. 

Janganlah memandang sepi dengan apa yang guru-guru rasa. Inilah ATTITUDE yang kami rasakan buruk untuk dijadikan PANDUAN.

Menghempas pintu, bermasam muka, tidak menoleh ketika sedang bercakap, serta memarahi guru dihadapan murid. Adakah ini cara yg PROFESSIONAL? perkataan yang dihamburkan juga seperti guru lembab dan sebagainya..seronok ke? Anda nilaikan. saya berani menentang anda! sangat berani...insyaALlah kerana bagi saya, kami semua berada di pihak yang benar. 


Thursday, February 7, 2019

MARY KAY PROMO FEBRUARI 2019

salam dan selamat sejahtera buat saudara, saudari yang sudi menyinggah di blog dakros ni...:) sebulan satu post agaknya... dan posting kali ini cerita yang sama berkenaan Mary Kay jugak..


MARY KAY PROMO FEBRUARI 

best ke tidakkkk promo untuk bulan Februari ni? meh tengok gambar di bawah..yang pastinya ssetiap perempuan mesti sukakan bab mekap, wangian dan skincare...

1) BRIGHTENING SET (MELACEP PLUS) 

Serum is not included, hanya 3 item sahaja percuma Mask. untuk bulan ni promo hanya RM 414 sahaja! 

2)  PERFUME BELLA BELARA

Beli Perfume ni percuma Evening Purple Clutch..best kan? :) bau haruman bunga jasmin dan bunga ros, confirm terpikat! 

Perfume Bella ni RM 135 


3)  SET PERFUME gandinga dua Perfume ini..Forever Diamonds & Cityscape..


beli dua perfume ni Free Diamonds Pen..

SET PERFUME ni RM262

4) BUY 4 FREE 1 Renewing Gel Mask / Sleeping Mask Mary Kay.

paling dakros suka pakai gel mask ni...sebab bila bangun sahaja dari tidur confirm kulit muka lembut ajeeeee...dan mask ni sejukkk sangat tau! 

Timewise Renewing Gel Mask ni bulan ni RM88 sahaja! ;) 

dan yang terakhir sekali ialahhhhhh 

⇊⇊⇊⇊

5)  SET SHEER ON THE GO 

dalam set SHEER ON THE GO ni anda akan dapat :

- Maskara
- Sheer Dimensions Powder in Pearls
- Eye Brow Pencil

- FREE Midnight Red Gel Semi Matte Lisptick..

Kesemuanya dengan harga RM 222 sahaja! murah dan sangat berbaloi tau..setahun pun belum tentu habis..kecualilah korang guna hari-hari kannnn? ☺️

So, apa tunggu lagi....boleh Whatsapp darkros dengaan segera untuk menikmati 10% diskaun! ;) 

tekan sahaja gambar dibawah..akan membawa anda kepada pautan Whatsapp ;) 

DISKAUN 10%

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari Beauty Consultant Mary Kay, boleh hubungi:

Rosmarieza Rofiee,
+60183974517
IBC Mary Kay. 


Wednesday, January 2, 2019

MARY KAY PROMO JANUARI 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera darlings dan bang bang sado seantero malaya..😅🌟

Selamat Tahun Baru 2019..

Nak kabo, Mary Kay ada buat Promosi untuk bulab Januari ini..

bukan calang-calang, untuk darlings semua MARY KAY bagi one set FLAWLESS kekal lama..dalam set ni korang akan dapat berus foundation, foundation primer dan matte wear atau luminous foundation..best tak bestttt???

untuk bang bang sado, set yang mengandungi MK MEN facial hydrator sunscreen melindungi muka dari sinaran UV..serta minyak wangi OCEAN dan CITYSCAPE...

ateeee..mau ke idokkkk..harga menjunam sampai 25% tauuuu..siapa yang berminat boleh klik link ini..👇👇👇👇👇

www.wasap.my/60183974517

insyaallah, korang akan dapat free consultation, free sample and gift also free postageeeeeee...yeeehaaaaa...

meh cepat, cepat whatsapp dakros..🌟