Thursday, June 20, 2019

Positifnya seorang Guru!

Tertarik dgn coretan ni.....👇🏻

Ketika ralit menghirup teh tarik di kedai mamak, aku terpandang kelibat sepasang warga berusia emas berpimpin tangan masuk ke kedai. Lantas mereka duduk berdekatan meja aku yang kosong. Aku melemparkan secebis senyuman walaupun tidak semanis teh mamak ni.

"boleh duduk sini cikgu?" sapa si lelaki berjanggut putih. Pakaiannya kemas dan nampak smart walaupun usia hampir 80 an. Aii macam tahu tahu aku cikgu. Rupanya dia tahu berdasarkan nametag dan pen yang tersisip dalam poket aku. Ada pen hitam dan pen merah.

Banyak benda yang dia tanya aku tentang isu sekolah zaman kini. Rupa rupanya dia bekas pengetua sekolah cemerlang. Anak anak 5 orang. Semuanya sudah berumahtangga. Kesemuanya berjaya dalam hidup. 2 orang doktor yang mana seorang daripadanya sedang buat MA di Ireland, seorang engineer di Dubai. Seorang pensyarah di IPTA berstatus Dr. Manakala yang bongsu mengikut jejak sebagai pendidik.

Sifirnya mudah cikgu katanya bila aku bertanya rahsia kejayaan beliau. Memudahkan insan lain sudah pasti akan dipermudahkan nanti. Sentiasa fokus pada tanggungjawab sebagai guru, mendidik dengan penuh keikhlasan dan tidak berkira. Memperbetulkan niat kerana tuhan. Ganjarannya akan datang sendiri ujar beliau.

Kita sebagai ibu bapa, bermain dan bermesralah dengan anak anak ketika mereka kecil. Kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskan mereka pergi. Jangan sampai waktu keemasan itu berlalu pergi kerana kesibukkan kita terhadap kerja yang tidak akan pernah habis.

Sebab itu beliau tidak berkisah jika ada guru yang terpaksa menguruskan anak dan mengurangkan aktiviti pada hari Sabtu supaya guru guru beliau dapat bersama keluarga.

Rahsia beliau sihat hingga ke usia emas adalah beliau tidak pernah MC. Malah tetap ke sekolah walaupun demam atau sakit ringan. Percayalah tuhan akan memberi ganjaran jika kamu ikhlas. Malah ada guru beliau yang sering MC diuji dengan penyakit yang sukar sembuh. Jangan tipu MC pesannya dalam nada keras. Tersentak aku menahan serdak serbuk teh dari naik ke hidung.

Ibu bapa sekarang terlalu lembik. Manjakan anak tidak kena tempat. Hasilnya adalah generasi yang bingung dan mudah sentap. Jika ibu bapa tidak berpuas hati dengan guru, mereka terpaksa berhadapan dengan beliau dahulu. Beliau menjadi pembela setiap guru dibawahnya. Cikgu jangan buang masa melayan karenah ibu bapa pelajar. Serahkan kepada pentadbir untuk uruskan. Itu tanggungjawab kami katanya lagi.

Jangan bimbang cikgu. Kita mendidik anak orang lain. Allah pasti bantu anak kita. Lihatlah kebanyakkan anak guru sentiasa berjaya walaupun ibu bapa sendiri tidak ajar pun anak di rumah.

Tanggungjawab kami sudah selesai. Ini lah masa yang tersisa untuk kami menghabiskan waktu bersama tanpa gangguan. Walaupun terasa sepi tapi kami dapat ke surau dan mengaji bersama sementara menunggu nafas kami berhenti ujar beliau sambil melirik mata ke arah pasangannya yang juga bekas guru besar sambil tersenyum.

Kagum, terpana, terkesima.

Mampukah aku menjadi seperti mereka ini?Perit di pipi bagai ditampar tampar..

Aku cuma orang biasa namun, aku mampu lakukan jika aku mengikut jejak yg betul dlm dunia ini. Untuk itu, aku ikhlas memesan kalian dlm dunia pendidikan mahupun mendidik anak2 di rumah, ikutlah jejak org2 berjaya dan didiklah hati supaya ikhlas berkhidmat. Aku juga penat apabila ditugaskan dengan sesuatu tanggungjawab, tetapi percayalah jika ikhlas hadir bersama2 inshaAllah semua kerja yg ditugaskan akan ringan. Usah mengikut rentak orang negatif di sekeliling kita. Yang jelas akan merugikan kita semua.

Untukmu pendidik 》》》 pensyarah, guru dan ibu bapa.

Info ini copy dari telegram Channel Pendidikan
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

Alhamdulillah, ruang masa yg ada diisi dengan pembacaan positif seperti ini..sangat terasa bila sendiri tak mampu merasakan seronok ke sekolah atas faktor pentadbiran..tapi..semangat yg ada hanyalah apabila adanya anak murid di depan mata😭

Beruntungnya aku...punya anak didik sebijak mereka, biarpun keputusan tidak seberapa, tapi keikhlasan mereka jelas nyata terasa❤

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!