Salam dan selamat sejahtera semua pembaca blog dakros..terima kasih sudi berkunjung ke sini..
Alhamdulillah, masih menghayati segarnya udara ciptaan Allah..syukur atas nikmat yg Allah beri, atas kesempatan dan ruang yg Allah izinkan untuk masih merasa kehebatannya dan caturan Allah yg MAHA BAIK untuk setiap hambaNya..
Syukur sangat-sangat atas rezeki yg Allah beri..tidak kira dalam apa jua bentuk..semuanya tetaplah kembali pada Allah yg maha memberi...
Bahagia bila keluar dari sekolah, rasa macam tiada masalah...perasaan yg sangat seronok, dapat kenal kawan baru, buarpun berlainan bangsa melayu, india cina, kita kan hidup di Malaysia..kenalah sehati dan sejiwa...bersatu hati..buat kerja sama-sama..seorang lambat hadir pun dah terasa..
Perasaan gembira dan seronok itu mula hilang bila aku berada di sekolah semula..seriously, tak tahu kenapa lebih suka bergaul dengan orang yg baru dikenali berbanding dengan orang yang dah lama kita kenal..perasaan berbeza..actually, environment dari sudut kawan3 di SK Bandar Sunway memang TERBAIK!..
Cuma, ada satu part yg, hurmmmm..entahlah...sukar untuk diulas di sini, kerana barangkali pasti ada yg membacanya berbulu mata😂
Tidak seronok part itulah! Yg itu yg perlu sh simpan sendiri...tersemat di diari hati..
Ikutkan hati, nak sahaja berhenti menjadi seorang guru..teringat PLC bersama PK1 baru-baru ini..eh, ros, u are too young untuk cakap mcm ini!, perjalanan u masih jauh ros..
Yes, betul miss pam, saya tahu...tapi betul dan sejujurnya, saya katakan, sy tak suke berada di sekolah, saya rasa stress...stress saya ini sejak tahun 2017..bila bertukarnya pentadbir😅 jujur saya katakan, saya enjoy buat semua kerja di sekolah...hatta orang kasi saya penyelaras program itu ini, saya tetap enjoy!!! Biarpun PENAT..tapi ENJOY..
Tapi, sejak detik itu..DETIK ITU..ya..DETIK ITU...saya mula merasakan STRESS..saya tiada penguat semangat...kak Surya, kak Akmal..semua yg menjadi tempat mengadu saya sebelum ini telah berpindah...kan ada kakak yg lain
.tak sama seperti mereka yg sy rasa kami SEHATI dan sering bantu membantu antata satu dengan yg lain..benar, yg patah tumbuh hilang berganti, tapi tak semua yg INDAH bukan?
Cukup saya atasi ANXIETY saya selama lebuh kurang setahun lebih dan pada tahun 2017 itu, alhamdulillah Ashraf selamat dilahirkan..saya rasa sihat setelah ada peneman..alhamdulillah..😍
Kerja sekolah tetap dibawa pulang ke rumah, ini salah satu yg saya rasakan semasa masuk semula ke sekolah...untuk menghadap art file..saya suka..sebab yg bimbing saya adalah Ustazah Syahida yg sy anggap adik...dan mursyidah terbaik dalam mengajar dan memberi contoh terbaik dalam merancang pdpc berkesan..
Saya tidak mengeluh dengan segala kepenatan yg saya ada..biar tidak dihargai dan disanjung..saya tetap meneruskannya...alhamdulillah..sehinggalah diperli kerana akan dilantik menjadi ML..ketika ini saya rasakan tidak layak...dan saya terpinga-pinga dalam menyelesaikan beberapa tugasan yg diamanahkan..pun begitu, saya teruskan belajar dan belajar untuk faham..
Siapa lagi yg bantu, semua ML dan paling penat yg boleh saya katakan adalah Syahida dan Cikgu Bala...dan ketika itu ada kak shamsina..thanks kak sham..u are the best..biar umur hampir ke usia senja, namun bukan penghalang bg nya bergerak pantas..kak sham kata, ala ros..u buat je kerja u
Abaikan semua masalah ni..tayah ambil peduli...dan pada 2018, aku memang tidak ambil peduli sehingga ada yg mula salah faham
.tapi ketika itu, sememangnya aku pekakkan telinga..
Aku rasa, masalah pentadbiran di sekolah...mana-mana pun SAMA
.namun, peritnya adalah sesuatu yg tidak dihargai..yer...tak dihargai..2018 adalah tahun yg boleh dikatakan biarlah dia sahaja yv tahu...namun, berlalu begitu sahaja seolah sama kerjaku seperti kuli yg tak dipandang...
Bermula tahun 2019, aku dilantik sebagai penyelaras sekolah amanah...bila aku menjadi ketua..aku masih baru dan masib perlukan petunjuk dari orang lama dan alhamdulillah...kami seronok bekerja untum penggal pertama dengan BAIK..
Namun, ada beberapa perkara dan musim perli memerli berlaku
.dimana silapnya? Aku sejujurnya, tidak GENTAR dengan apa sahaja cabaran...kerana ianya lumrah..terima apa jua seadanya...aku ingatkan tahun 2018 sudah berlalu dengan BAIK, namun perkara tersebut berulang kembali dan tragisnya aku katakan, bukan semua guru suka benda yg SAMA BERULANG KALI!
JUJUR, AKU INGIN BERHENTI...kerana apa? Kerana masalab yg sukar untuk akj ungkapkan di sini
.namun, aku punya keluarga..ibu bapa...adik beradik yg masih memerlukan aku...
Komitmen yg tinggi, dan adik OKU yg perlukan perbelanjaan..inilah serba sedikit luahan rasa...dan sebab mengapa aku rasa DOWN dan nak berhenti menjadi GURU..
Penguat aku ketika di sekolah hanyalah MURID...MURID dan MURID..
yang datangnya aku ditunggu3 oleh mereka...rindu, tak sabar katanya..memeluk aku erat...inilah antara asbab KUKUH aku masih di sini...walau hakikat aku pasti dibenci oleh atasan..
Aku cuba berpura biasa dan tidak ada apa3...aku sedang membina impian untuk terus membantu keluarga..selalu ckp dengan mak..mak doakan iza murah rezeki..lebih3 lagi dalam Mary Kay..
Pernah berangan nak berhenti dan teruskan Mary Kay..tapi..tunggulah sehingga segalanya STABIL..insyaallah
Hanya doa saya pinta dari anda semua yg membaca..doakan agar segala konflik yg berlaku akan berlalu dengan baik dan doakan sy dimurahkan rezeki untuk berpindah keluar dari Sk Bandar Sunway...terima kasih sudi membaca
Sekiranya ada kekurangan, sy cuba baiki untuk anda lebih jelas dan faham situasinya..kerana, ada pihak yg perlu dijaga..sekian😊
Saudari Cuba DOA secara visual.bahawa anda memohon pertukaran,pegawai day setuju,Kami terima Surat pertukaran sekolah BarU Yang suasana gembira orang ya semua bail bail,murid pun bail,Kami ke sekolah tersebut dengan gembira Dan Hari Hari bekerja dengan guru guru ,pentafbir,anak murid Yang dangar berperikemanusian.kamu perlu berhayal SEPERTI berlaku armada anda berfoa.pasti anda berjaya saudari ..mpercayalah...BUAT sampai anda ke sekolah tersebut Dan LPS pergi pun buatlah.cuma Dalam 10 minit
ReplyDeleteSalam. Awk masih dlm perkhidmatan ker?
ReplyDeleteSalam, masih berkhidmat..tapi Alhamdulillah telah bertukar sekolah :)
Delete