Saturday, January 5, 2013

TIPS: Peranan Seorang yang Bergelar Guru Agama Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.


selama 3 hari bagi bulan january bergelar ustazah di SJKC Ayer Keroh, ros ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama..terutamanya bagi guru-guru j-QAF yang bakal berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 

tidak dinafikan, kerja sebagai seorang guru bukanlah sekadar talk and chalk, bercakapppp tentang pelajarannnnn semata, tetapi masa selama 30 minit bagi setiap pelajaran itu perlulah juga digunakan sebagai satu ruang untuk kita selitkan dakwah islamiyyah yang terbaik bagi semua pelajar yang bergelar muslim..

kebanyakkan daripada student yang ros ajar di SJKC Ayer Keroh datangnya daripada keluarga muallaf yang baru memeluk agama islam dan tidak kurang juga agama kristian dan bersuku kaumkan iban.

mereka ini masih putih, bersih, suci tanpa ada apa-apa dosa dan ustazah-ustazah / guru-guru yang beragama islam ini lah yang membentuk dan mencorakkan warna putih yang ada pada mereka..

warna yang perlu dicorakkan itu tidak lah bermaksud warna / colour dan kita cat pada muka mereka, tidak sama sekali, akan tetapi warna tersebut adalah akhlak, adab, iman dan islam yang perlu kita ajarkan kepada adik-adik ini.

umum tahu akan sjkc tidak provide kepada yang muslim kantin yang makanannya HALAL, bahkan non halal merata-rata akan ada dalam kawasan sekolah dan kantin, jadi tips pertama yang perlu diajar ini adalah, anda perlu mengingatkan kepada para pelajar supaya tidak pergi ke kantin yang dijual oleh orang cina tersebut..seharusnya memberikan penerangan kenapa dan mengapa tidak boleh ke sana agar mereka sedia maklum sebabnya.

yang kedua, bab adab..apabila anda mengajar mereka pendidikan islam mahupun bahasa arab, hendaklah anda ajar juga bab adab ketika mereka bertembung dengan guru-guru yang ada..budayakan memberi ucapan salam kepada guru-guru yang beragama islam serta juga salam dan cium tangan guru yang mengajar..agar mereka dapat mengamalkan kesemua ini di rumah mahupun di sekolah. didikan yang terbaik bagi murid-murid yang beragama islam ini adalah ketika mereka masih di Tahun 1.

seterusnya, perkara yang paling penting yang perlu anda sebagai guru ingatkan kepada para pelajar ialah SOLAT, kadang kala ada diantara ibu bapa mereka yang ambil mudah tentang bab solat, jadi andalah penggerak utama bagi mereka yang masih muda ini..ingatkan lah pelajar anda supaya mereka SOLAT, walau sesibuk mana pun aktivti sekolah pada waktu petang, jangan sesekali meninggalkan solat terutamanya ketika mereka berada di sekolah..SOLAT! , kebiasaannya pelajar akan menunaikan solat Zohor dan Asar jika ada kelas tambahan dan juga aktiviti kokurikulum di sekolah pada waktu petang.

dan seterusnya tugas kita sebagai guru adalah mendoakan anak murid kita yang islam ini terselamat akidahnya dari anasir-anasir yang kita tidak tahu di sekolah..semoga dengan panduan yang tidak seberapa ini dapat membantu memperingatkan guru-guru islam yang mengajar di SJKC mahupun di SJKT..

*actually, ros banyak belajarr dari guru Pendidikan Islam di SJKC Ayer Keroh iaitu Puan Maria Haslina, terima kasih kak Maria atas tunjuk ajar ini..:) 

insyaALlah akan kita sematkan semua dalam hati dan minda...:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!