Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Saturday, July 6, 2013

Adik saya cantik dan baik sgt..

Assalamualaikum semua..
Ros nak cite ni.. ros ada sorg adik.. nama dia rosmainie.. dia sebenarnya cantik dan sgt shomel.. baik pulak tu.. hehehe..
Okay tu je  nak cite..

Wednesday, November 28, 2012

Emak dan Abah saya hanyalah seorang pemandu teksi.

bismillah..
Alhamdulillah diberikan nafas oleh Allah swt untuk hidup pada hari ini..maka, dari itu..setiap dari kita wajib mengucapkan rasa syukur..kan?
baiklah, seperti tajuk di atas..emak dan abah saya hanyalah seorang pemandu teksi..jangan segan bila ada yang bertanyakan kepada anda apakah pekerjaan ibu dan bapa anda walaupun hanya sekadar seorang cleaner..atau bekerja di mana-mana hotel sebagai housekeeping..
saya tidak pernah akan berasa malu malah saya berbangga kerana dengan gelaran seorang pemandu teksi lah abah dan emak mendidik saya sehingga saya mendapat macam-macam yang pastinya ramai diantara kita impikan tapi saya diantara mereka yang beruntung..Allah pilih saya, moga-moga ianya bukanlah tadarruj dariNya..
saya berusaha bersungguh-sungguh, bukanlah niat saya untuk menunjuk2 pada kalian..tetapi semuanya yang sy dapat adalah pemberian dari Allah dan saya bersyukur..every sem dari start saya masuk kolej, saya dapat apa yg saya target..anugerah dekan setiap sem diploma dan degree, pernah beberapa kali mendapat 4.0 rata..kemudian tahun 2007 saya pergi ke Maghribi secara percuma..bantuan zakat selangor walaupun saya bukan anak selangor..saya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Bahasa Arab dan Kesusasteraan, dan bagi peeringkat Ijazah sy mendapat Pelajar Terbaik bagi kos Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua untuk Majlis Anugerah Dekan entah kali ke berapa majlis tersebut saya sendiri dah lupa..kemudian sehinggalah saya tamat belajar saya sewaktu Konvokesyen KUIS kali ke -14, saya diantara 5 pelajar yang mendapat Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik Keseluruhan yang ke-2 iaitu Anugerah Dato' Menteri Besar Selangor..saya bersyukur..syukur sangat-sangat..kerana dngan adanya emak dan abah saya yang hanya bergelar PEMANDU TEKSI..
hati saya menjadi sedih, sayu dan pilu..apabila ada yang memperlekehkan kerja halal emak dan abah..ada yang memperrlakukan mereka seperti kuli..pernah sewaktu abah menghantar saya pulang ke kolej, selepas usai solat subuh kami menuju ke rumah pelanggan tersebut..agak lama menunggu lebih kurang setengah jam seperti waktu yang dijanjikan masih belum lagi turun..sehinggalah minit yang kee 40-45minit..abah tetap sabar menunggu, saya yang macam oanas hati betullllllll! saya berkata: abah, mana nye abang tu? tak turun pun..janji pukul berapa? baik iza tidur je dari tadi..abah hanya menjawab: sabar kejap, kejap lagi kang turun lah tu..
sejurus itu, nampak kelibat seorang lelaki menuruni tangga yang gelap..seraya mendekati kereta teksi kami dan berkata:"bang maaf bang, anak saya tak berapa nak sihat sangat..menangis tak nak lepaskan saya..maaf bang" 
dalam hati: hurm, selalu bagi alasan yang sama dekat abah..kesian abah aku tau!!!!
abah membuka bonet kereta dan meluru keluar mengambil beg abg tersebut..
dalam hati lagi berbisik: makkkkk aii! kau ingat abah aku tu kuli ke? ko amik dan letak lah sendiri dalam bonet! dah lah nak tunggu kau punye lah lame tadi..sekali lagi dalam hati terdetik KESIAN DEKAT ABAH! 
macam tulah perangai abah, kalau dah ada customer, dia mesty layan dengan baik..dan jaga customer tersebut supaya mereka stick dengan kita dan menggunakan perkhidmatan teksi kami lagi pada kemudian hari..
itulah ceritanya yang agak panjang, tetapi jari jemari dan hati yang agak tidak tenteram ini masih lagi mahu berkongsi dengan semua teman-teman, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik atok, nenek, opah dan semua yang menggunakan perkhidmatan teksi mahupun bas ataupun segela kemudahan awam yang disediakan..
ini adalah kisah benar, abah saya sudah lama memberikan perkhidmatan teksi bermeter ini..abah selalu memberikan yang terbaik untuk semua pelanggannya..pelanggan abah datang dari pelbagai kaum..cina, melayu india serani dan tak kurang juga dari pelbagai negara teerutamanya yang paling ramai adalah pelancong dari Korea dan Indonesia..memang jika mereka datang ke sini..abah lah yang mereka langgan unuk pergi ke mana sahaja..alhamdulullah rezeki untuk kami sekeluarga cukup..tidak pernah kurang..abah juga mempertingkatkan dirinya dengan belajar bahasa inggeris..apa yang saya tahu..english abah hanyalah biasa..tetapi sifat untuk memajukan diri..abah saya membeli buku belajar bahasa inggeris yang khusus untuk pelancong..itu sikap abah yg sangat mebanggakan saya..:) dan abah saya tak pernah malu jika dia silap grammar..dia terus bercakap sehingga Korean tu faham apa yang ingin disampaikannya..bagus kan abah..i am so proud of u abah..walaupun kita tak lah rapat mane kan abah? hehe :D *segan dengan abah kalau saya ade buat perangai cam budak-budak..:P
tibalah masanya saya bongkarkan kebiiadaban sesetengah pelajar di beberapa buah kolej di Melaka ni, sungguh saya tak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan terhadap emak dan abah..lebih-lebih lagi pelajar dari Politektik dan Yayasan Melaka..saya agak kurang senang apabila abah menerima panggilan ketika dia sedang makan tengahari di rumah..abah menyambut panggilan dengan baik, khabarnya ada yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi..kebiasaannya abah selalu mengutamakan pelanggan..abah terus memakai baju dengan kemas dan keluar untuk hanya mencari RM 5..apa yang menyedihkan adalah..apabila abah pulang dalam masa 10minit dan memberitahu bahawa pelanggan aka plajar yang berpelajaran tinggi itu sudah menaiki teksi lain..apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah..jika anda sedar bahawa anda telah menempah kereta sewa dengan pemandu teksi aka abah saya,,,jadi tunggu dan gunakan sahaja perkhidmatannya..dan jangan sesekali call pemandu teksi lain untuk pick up anda..itu adalah satu perangai yang agak kurang baik dan sungguh saya geram dan boleh dikategorikan agak kurang adab sekali anda terhadap pemandu-pemandu teksi..ingatlah adik, what comes around goes around..tak mustahil jika anda ditakdirkan dalam keluarga ada yang bekerja sebagai pemandu teksi pada suatu hari..fikirkanlah kebaikan dan keburukan yang akan mereka hadapi! 
please, lagi satu..hormatlah mereka seperti anda menghormati ibu bapa anda..teringat sewaktu abah dan emak bertugas pada bulan puasa..sesetengah dari pelajar ini agak kurang menghormati abah, abah cakap..pakcik buka puasa dulu, nnt pakcik ambil kamu dekat tempat biasa, mereka melawan..mereka cakap..ala, pakcik ambil la kami..kami nak bukak puasa dah ni..okey, abah dengan taat menuruti..dah itu punca rezekinya..dalam kereta..mereka sedap menelan air..berbuka puasa..abah? abah saya macam mana..? tidak langsung mereka mengajak atau mebelikan apa-apa keada abah untuk berbuka..bukanlah abah saya meminta simpati pun, tapi abah sendiri memang tak sempat nak beli apa-apa untuk berbuka...jika anda semua pandai belajar sehingga ke tahap yang tinggi..pasti anda menganggap abah saya ini seperti ibu dan bapa anda sendiri..sekali lagi saya memang kasihan mendengar luahan seorang pemandu teksi..ye..itulah dia..abah saya..! ROFIEE BIN HUSSIN..
saya sedar siapa abah saya, dan disebabkan itu..jika saya menaiki kereta sewa / teksi.duit lebihnya saya sedekahkan kepada pakcik tersebut..dan saya anggap dan hormat mereka sepertimana saya fikir abah saya sedang berada di sebelah saya..
apa yang perlu anda ada dalam diri anda sebagai seorang pengguna teksi adalah:-
1- Hormati mereka.
2- Layani mereka seperti mana yang sepatutnya.
3- Jangan sesekali menawar atau menipu mereka dengan mengatakan saya naik teksi sebelum ni lagi murah dari yang ni..(ini hakikat beberapa pelajar yang pernah menipu abah, padahal mereka pernah dikenakan charge yg lebih mahal)
4- jangan sesekali memperlekehkan seorang pemandu teksi kerana kerja mereka adalah HALAL! 
5- Ucapkanlah TERIMA KASIH PAKCIK, kepada pemandu teksi atau bas setelah selamat anda sampai, mereka menjaga nyawa anda dan nyawa mereka sekali ketika disepanjang perjalanan anda dan semestinya Allah menjaga kita semua..! :) jangan lupa, ucapkan terima kasih..
6- sila baca dengan hati yang terbuka dan berlapang dada dari 1-5..terima kasih! :)

Monday, March 21, 2011

selagi masih ada~

selamat tengahari dan salam semua sekali ! ! ! ^_^
 
ok, budak sebelah aku dah bising dah neh! name dy fara......
santek kan dy?;)
 
dak opis aku..aku baru nak post satu entry..tentang???
tentang...aku dan kamu?
owh sama sekali tidak lah kan...
tentang kite semua sesame manusia!;)
tentang perasaan..
tentang kasih dan sayang anak-anak kepada ibu bapa mereka~
entry kali ni agak touching sikit...
touching kewh?
bagi aku agak touching jugak lah sebabnye rase cam sebak dan sedey lak bile haji Mokhtar cakap...
selagi masih ada.....
ape yg ade tu?

ceritanya begini....
situasi:- OFFICE kat lam bangunan DIAMOND SQUARE...
lebih spesifik lagi kat Umrahaj Travel & Services...;)
Haji Mokhtar: ros ritu abah jumpa dak jalan nak dtg cni? (loghat Kedah)
aku: alhamdulillah jumpe haji...
Haji Mokhtar: balik cni ritu naik ape? (betapa hambik beratnye beliau kat aku) :P
aku: balik cni pown abah ngan mak yang hantar...
Haji Mokhtar: amboiiiiiiii! baguihnyaaaa...mak bapak memang ingat dekat anak3..
cuma anak3 ja tak berapa nak ingat kat mak bapak...
 
alkisah, bile diikutkan dengan kata-kata haji tu..
memang betul pown..
lebih3 lagi dunia milleniummm skunk!
anak-anak lebih mementingkan taraf hidup dan kekayaan...
dunia dah tak seimbang...
ibu bapa pown terabai..
ade yang lebih menyedihkan...
ibu bapa yang dah tua-tua dan berumur lebih mudah mereka lupakan dengan meningglkan mereka dekat rumah jagaan orang-orang tua..
amat menyedihkan bukan?
nau'zubillah..
mintak dijauhkan..
ros sendiri tak nak jadik macam tu..
family first..
cume sekarang fikiran lebih tertumpu kepada kerja...
dan jugak si dia..
ape yang tertype di atas tu bukan sekadar luahan tapi jugak ingatan untuk diri ros sendiri...
alhamdulillah lah dapat gak balik jenguk mak n abah dan jugak adik3~
dan alhamdulillah jugak gaji pertama ritu ros dah lanje dyowang sume mcm3...
dan bagi sikit dekat mak tukbuat lanje dekat umah...

hurm, ape yang sangat3 penting dekat sini...dan yang paling ros nak ingatkan ialah...
sejauh manapown kite bekerja...
sekalipown kita busy....
kite mesti dan wajib ingat dekat orang tua kita...
dekat ibu bapa kita...
lebih dekat dengan diorang dan sentiasa mendoakan mereka akan mebuatkan hidup kite lebih tenang dan bahagia...
dan kita semua haruslah beringat!
selagi mereka masih ada...
pulanglahhhhhh ke kampung halamannnnnn..
huhu T___T

tber3 jek terasa rindu sgt3 dekat mak n abah!
uwaaaa..
mak...abah...
iza mintak maaf if iza ade lukakan hati mak n abah...
love both of u so much!
t iza alik umah ag kay?
isnyaAllah~

Sunday, September 19, 2010

.semalam dan hari ini.

salam syawal semua
 
baru bape ari je rasenya aku tak update blog..
kelihatan bersawang jugak la blog aku ni...
tak banyak pown tapi kuasa sawang tu membuatkan aku selsema dan terus menusuk ke kepala otak aku ni..kesakitan kekepalaan diketika dan saat ini..;(
pastu ditambah pulak dengan batuk3 yang ade..setiap kali aku batuk mesti aku rase cam nak termuntah dan rase cam nak keluarkan semua yang ade lam perut aku ni..tapi tak ley rrrr!!!
mahal tu!
baru je lepas makan KFC tau tadi ngan family aku!;) *ceria*
ni dak ami la ni..nak sangat makan KFC..hehe~ bukan selalu pown kan?
 
nampak tak mata aku yang ala-ala tak bermaya tu?;( owhh..mukan mtk simpati pown!;)
 
semalam aku tak dapat nak update pape..disebabkan kerja umah yang perlu aku selesaikan b4 tetamu-tetamu aku datang..
actually, open house semalam tuk ngajak kwn3 abg aku..sekalik kawan3 aku lak yg wamai sampai~ *suke* haha;) 
aku ngajak c Moin,Ehsan n Pian..kwn aku waktu kat Tesco dulu~
sempoi gile mamat sekor tuh! cam dak3 punk jek aku tgok~
tak kisah la kan..dy ngn aku gua lu,gua lu jek~ 
dy ngn c bintang dulu manggil aku BULAN..
kami geng waktu kat Tesco dulu..
wamai gak yang jeles waktu aku kwn ngn dak3 Groceries Dept..eleh! macam bagus jek kan dak3 yang lain tu~
aku tak nak r kwn ngn yang lain tu, koz bodo sombong..
padahal,mule3 layan aku buruk jek~ mentang3 aku dak baru blaja! pastu..pas je dpt tahu abg sulung aku dulu pernah kije ctu n Manager fresh Dept..baru la nak wat-wat baik ngn aku! eley! tak harap pown~ dyowang sengih3 kat aku..aku lak jeling dyowang~ haha..jahat tak?
ok..aku tipu jek~ aku lau owang tak nak langsung senyum kat aku~ aku still jek lemparkan senyuman aku yang tak bape nak manis ni kat dyowang~ hehe;)
macam pic neh!
ha..manis je kan aku senyummm?;)
ok3..dah melalut lah plak kan?
semalam mang best woooo~
wamai yang dtg..
penutupnya,kwn3 abg aku la..hehe..geng3 dy kat Tesco dulu..;)
mang baik3 semuanya..
alhamdulillah..;) baik dyowang tu smpikan nak masuk dapur n nak basuhkan baju3 pinggan mangkuk kat dapur...hehe:P
 
penat dr pagi tak ilang lagi sebenarnya..aku ngantuk sgt pg b4 majlis tu koz aku tdow lewat dan aku bangun awal lak tu~ siap g temankan mak aku g Tesco beli barang3 untuk persiapan..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
alamakkk! esok nak g PD la!! hurm~ ok3, cerita aku untuk hari ni aku ngan family aku semua g Yong Peng..umah mak lai aku kat sane..
habis jatuh3 anak3 aku ni ha!;)

 ok,pix kat ats neh sewaktu aku ngn family aku otw ke Yong Peng..gerak dalam kul10.30 dari Melaka..dua buah kereta ye ni..abah aku bawak teksi dy..abg aku bwk kete mak aku~;) dan alhamdulillah kami sampai sane dalam kul11.45 gitu..sesat jugak nak carik Parit Awang..hehe..macam3 parit ade kat sane ek? baru ku tahu~ ;) almaklumlah,b4 tak pernah join mak g umah mak lai..tapi tahun ni alhamdulillah sampai jugak aku kat umah mak lai aku~;)
 
yeayyy! esok nak g PD lak..
memerlukan kudrat yang banyak untuk membangunkan diri sendiri esok seawal pagi yang mungkin..
migrain ku menyeranggggg~
ok,mau titow cepat3...
jumpa lagi dirancangan yang sama dan pada waktu yang sama ye kawan3..
take care semua..
salammm;)
 
korang!!! aku dapat BE lagi..alhamdulillahh~;)
malas mau cer..
tq NUFFNANG~
;)~

^___^ 
peace!






Thursday, September 16, 2010

aku rasakan bahagia..

aku tak tahu kenapa aku rasakan bahagia sangat tadi~
dah lame kowt rasenyer tak berkumpul cam tadi~
yela..mak n abah busy je memanjang~
pastu lak hari ni mak wat ketupat daun palas~
makan ngn rendang~
sedapppppppp~
mak lau nak sambut anak dy yang lelaki tu mang gitu~
bersungguh-sungguh dy siapkan..
almaklumlah esok abg aku nak balik cni~
baru la dapat cuti raya!
cian dak bang~;)
hurm..aku rasa bahagia koz dah lame tak gelak-gelak macam tadi..
mak ajar wat ketupat palas..
abah pown turut same membantu gak~
pastu yang aku ngn abah aku ni sik salah masukkan daun tu jew..
salah cara sebenarnya..
mak plak nak ajarkan tapi dy sendiri lak yang lupe step..
ape lagi..masing-masing bantai gelak la~
sukee sangat tau!
abah konon nak ajar la aku buat~
padahal tak ley blah dy pown same tak tahu!
ngatkan anak jati Kedah cam abah tahu buat ketupat daun palas tu~;)
haha:P
pastu dak amiey lak balik umah....
dy baru alik dari open house umah member dy c a'la..
eceh, gaya cakap ngn aku mcm kan dy power jek buat ketupat daun palas tu..
last3, dy pown 2x5 jek sebenarnya!
atoiii aiii~
sekalik lagi aku ngan mak tergolak bosa!;)
best sgt rase!
aku sayang mak n abah aku!
hihi:D
hurmmmmmmmm~
korang lak...
pe je aktiviti korang ari ni?
meh la share ngn dark rose~;)