Mengunyah epal yang rangup membantu melunturkan plak pada permukaan gigi. Selain itu, ia turut dapat merangsang pengeluaran air liur di mana secara semula jadinya dapat melawan bakteria dalam mulut. Epal turut membantu melunturkan warna kekuningan atau hitam pada permukaan gigi.
Gosoklah gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut di mana dapat membantu menghilangkan tandatanda karat pada gigi tanpa memudaratkan lapisan permukaan gigi.
Dikatakan dapat membantu mengikis dan menghilangkan kesan hitam atau kekuningan pada permukaan gigi. Hancurkan strawberi kemudian tampalkan pada gigi lalu biarkan beberapa minit. Setelah itu gosok gigi anda. Amalkan tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya dalam tempoh sebulan.
Limau nipis kaya dengan vitamin C yang dapat mencerahkan warna bahagian bawah lengan. Apatah lagi jika ia dicampurkan dengan kapur sirih yang bermanfaat menghilangkan kotoran serta lapisan kulit mati. Selain itu, kapur sirih juga dapat menghilangkan bulu pada bawah lengan secara semula jadi. Perah sebiji limau nipis kemudian tambahkan sesudu makan air kapur sirih. Gaul kemudian sapukan pada bawah lengan secara merata lalu biarkan selam 15 minit. Cuci sehingga bersih dengan menggunakan air sejuk. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
Kandungan vitamin C di dalam jus lemon adalah sama seper ti limau nipis. Ia bermanfaat untuk mencerahkan bahagian bawah lengan. Selain itu, soda penaik turut dapat membantu meneutralkan ketajaman rasa lemon yang boleh memedihkan kulit terutama selepas mencukur. Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Tambahkan satu sudu teh soda penaik dan kacau rata. Sapu di bahagian bawah lengan lalu biarkan selama 15 minit. Setelah separuh kering, gosok hingga butiran soda penaik dan lemon bersama kotoran pada bawah lengan luruh. Cuci sehingga bersih. Lakukan tiga kali seminggu.
Kandungan enzim pada betik bermanfaat untuk membantu mencepatkan pengeluaran sel kulit mati. Selain itu, vitamin C dan polyphenol di dalam madu turut membantu untuk mencerahkan kulit di bawah lengan. Ambil satu perempat buah betik yang berukuran sederhana lalu hancurkan sehingga lumat.
Memiliki gigi putih menyerlahkan keyakinan diri di hari bahagia. Untuk memiliki gigi yang putih anda digalakkan makan buah-buahan segar setiap hari. Gigi anda bukan sahaja menjadi lebih putih dan bersih malah akan lebih sihat.
Tahukah anda bahawa bahagian tubuh yang paling mudah menjadi gelap ialah lutut dan siku. Tekanan yang terus menerus akan mudah menjadikan bahagian tersebut menjadi gelap, kering dan kasar. Untuk mengembalikan kecerahannya anda boleh mencuba petua semula jadi ini.
- Mengamalkan rawatan skrub atau lulur sebanyak dua kali dalam seminggu. Gunakanlah produk skrub yang mengandungi bahan pencerah yang dapat membantu memutihkan bahagian lutut serta siku anda.
- Sekiranya kulit di bahagian lutut dan siku anda terasa agak mengeras, gosoklah dengan batu apung. Lakukan dengan lembut ketika anda mandi. Cara ini sangat bermanfaat untuk mengelakkan masalah kehitaman pada bahagian lutut serta siku.
- Untuk menghaluskan kulit di bahagian lutut ser ta siku seterusnya mencerahkannya kembali, anda boleh juga menggunakan limau nipis. Caranya ialah dengan membelahnya lalu gosoklah pada bahagian lutut serta siku anda dengan gerakan membulat. Lakukannya secara perlahan-lahan sehingga kotoran hilang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!