Sunday, December 23, 2012

Prima Facie, Law Yang Membuatkan Otakku Juga Low.


waktu pembentangan akta 174 oleh..oleh..oleh siapa ye? ya Allah sungguh ros lupa..dan sewaktu pembentangan itu jugalah pertama kali ros mendengar kalimah Prima Facie, punya lurus memang ros tak tahu ape maksudnya..memang dah set dalam otak balik bilik nnt buka laptop dan nak tahu apa maksudnya..

dan hari ini baru teringat nak update tentang Prima Facie yang ros tulis sebagai "prima fasi" haha..dah lah spell salah..buat malu jer kalau orang tengok apa yang ros tulis..dengan tulisan yang cakar ayam nya lagi..huhuhu..

okey, ini adalah hasil cariannya..

Prima facie merupakan satu ungkapan Latin bermaksud "atas kemunculan pertama(on its first appearance)", atau "oleh contoh pertama(by first instance)". Ianya digunakan oleh undang-undang moden Inggeris yang menunjukkan bahawa pada pemeriksaan yang pertama, satu bahan nampak menandakan buktinya sendiri daripada fakta-fakta. Di dalam bidang kuasa common lawprima facie menandakan bukti (melainkan dipatahkan) adalah cukup untuk membuktikan satu saranan atau fakta tertentu .
Kebanyakan prosiding atau tindakan undang-undang memerlukan satu kes prima facie untuk wujud, yang mana saranan berikutnya akan mula untuk menguji bukti berkenaan, dan mencipta satu keputusan.

bukti pertama, mungkin sahaja itu maksudnya atau..ada maksud yang lain ye?
wallahu a'lam..

sekurang-kurangnya ros tahu apa maksud yang sebenar bagi "Prima Facie"

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!