skip to main |
skip to sidebar
Kisah Ros Hari Ini dan Nak Tanya: Apa Lauk Tengahari Anda?
selamat pagi..eyh! selamat tengahari..ni bari berkesempatan untuk balas komen dan update entry baru..pagi tadi keluar dengan emak, pergi ke Pejabat Pos sebab ada post jubah untuk customer, alhamdulillah settle..:)
balik sahaja, emak rehat sebentar sebab kasihan emak..dari pagi tadi ada customer yang dah booked untuk ke Wonderland..jadi emak dah hantar..mak mengadu mengantuk..itupun nasib baik mak hantarkan ke Pejabat Pos, kalau tidak memang kena naik motor lah jawabnya..bukan tak nak naik..hari Jumaat macam ini biasanya jalan sangat sibukkkkk! ceh, ayat macam lah tak pernah tunggang motor ke Pej Pos sebelum ni pada hari jumaat..okeyh, hari ini hari Jumaat! Jumaah Mubarakah to all of you! :)
sambung cerita, sebelum pergi ke kaunter pos laju, ros pergi bayar bil Astro..ada dua piring Astro dekat rumah ini..bermakna ada dua tv dalam rumah! depan memang adik ros mamat tuh yang conquer, sebelah belakang yang tengah kami adik beradik mak dan abah.., kalau nak tengok yang best sikit kami semua beralih kedepan sebab TV flat screen kannn..okey, ceritanya macam ini..sebelum ni ros pernah buat Western Union (WU), nak dikatakan hampir 3bulan ros buat Western Union ni dekat kaunter-kaunter yang menerima wang untuk ditransfer kemana sahaja dan ke serata dunia..macam ros banyak transfer ke Indonesia lah! dan selama 3 bulan itu ros ulang alik dari pejabat pos setelah Western Union keluar dari CIMB, kalau ikutkan WU ni ada je join venture dengan CIMB ampai sekarang..cuma secara manual sahajalah! kalau yang on9 memang dah out..tak ada..dan digantikan pula dengan Money Gram, ros tak berapa nak tahu sangat maccam mana nak transfer via MG..so, selalulah buat manual di Pej Pos Besar Bukit Baru..Actually setiap pej pos ada sediakan perkhidmatan hantar wang ke Indo, cuma bila pergi sahaja ke kaunter dn cakap nak transfer via WU mesti diorang akan cakap..maaf dik..system down, error in system, sini line untuk WU tak ada..macam-macam alasan, jadi Cawangan Pejabat Pos Besar!, Silalah ambil tindakan ye? hehe..
ros pergi ke Pej pos memang kerap, dan sekarang alhamduillah dari dungu nak guna Money Gram, sekarang dah pandai nak transfer duit..rupanya fungsinya sama dengan WU, but Money Gram charge was quite expensive than WU..
tak pelah, redho jelah, terpaksa juga naikkan harga jubah sebanyak mana yang mungkin..tak lah banyak..sikit aja naiknya..ddalam rm5..charge MG rm10 setiap kali tranfser..memang sedih mengenangkan nasib..tu pun masih ada yang minta tawar menawar walaupun harga dipasaran sebenar jubah-jubah yang dijual adalah lebih mahal!
*diantara dugaannya bila bekerja sampingan seperti ini..penat dapat, pujian dapat, maki hamun pun dapat..sangat lengkap pakej! :")
disebabkan dah selalu pergi buat urusan terus di kaunter, ros memang terkenal sangat dekat Pej Pos Besar di Melaka ni..dari jauh akak-akak tu semua mesti cakap, haaaa..nak buat WU kan? pergi terus kaunter 1 tau..memang terbaik layanan dari mereka..dan baaru tadi sebenarnya diorang tahu yang ros ni jual jubah..kah3..sebelum ni sorang pun tak mo nak tanye...:P
okey, dah lepas bayar bil, dah post barang semua..ros terus balik rumah dengan emak..dalam perjalanan nak balik..ada pulak budak Nilam Health College call emak suruh ambil dia dan bawa ke Klinik Peringgit..nasib baik dah dekat dengan Kolej Nilam tuh..lepas hantar..berapa kali nguap dalam kereta sebab mengantuk yang amat dan terasa pening seketika..tapi ingat dalam otak..mak aku lagi penat kot! jadi kena cergas-cergaskan diri! :)
*sampai di rumah
terus ros sediakan barang-barang untuk memasak..lauk hari ini ialah, ayam goreng roros, udang masak cili padi roros, dan juga kangkung goreng belacan..
ini lah hasilnya bila kita berbakti pada tanah..sebab sayur sawi kangkung, cili semuanya hidup dan tumbuh ddengan pesat sekali! :P jadi menunya takkan lari lah, mesti menggunakan segalaa bahan yang dah tersedia ada di rumah..:)
hasil masakan campak-campak tapi menjadi dari chef ros tadi boleh tengok dekat bawah ni
okey, dah boleh makan, lepas ni nak solat Zohor dan nak tidur sebentar..:)
perghhh... sedap lauk
ReplyDeleteharus sedap..:)
Delete