Tuesday, June 19, 2012
kadang kala...
kadang kala
memberontak itu
perlu dalam hidup!
kadang kala
memberontak itu
boleh menghilangkan kesakitan
kadang kala
memberontak itu juga
menambahkan kepiluan!
mode: pemberontak dalaman..
Monday, June 18, 2012
ada satu ketika yang membuatkan saya rasa tak tenang....
ketika
itu
adalah
sewaktu ALLAH BAGI CUTI
pada saya..:')
Sunday, June 17, 2012
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SET INDUKSI (PERMULAAN)
Menarik Perhatian
- Nada Suara
- Bahan Bantu Mengajar
- Gerak Isyarat
- Aktiviti luar biasa
Menstruktur
- Mengaitkan pengetahuan lepas murid
- Mengaitkan pelajaran baru
- Mengaitkan peristiwa
- Mengaitkan minat dan pengalaman murid
Motivasi
- Rasa ingin tahu
- Teknik bercerita
- Menunjukkan aktiviti berguna
- Soalan mencabar minda
Membuat perkaitan
- Had tugas yang akan dijalankan
- Siri soalan yang berkaitan
- Menjelaskan cara melaksanakan tugas
- Menyatakan aktiviti / tugas / projek
PENGENALAN ISI
- Mengenalpasti isi pelajaran
- Isi sesuai dengan tahap kebolehan murid dan peruntukan waktu
- Fakta benar dan tepat
- Menggunakan alat bantu secara efektif
- Guru membimbing pembinaan konsep dan menyatakan isi pelajaran
PERKEMBANGAN ISI
1. Konsep dan isi hendaklah jelas
2. Disampaikan mengikut turutan
3. Kaedah dan teknik sesuai dengan isi pelajaran
4. Kuantiti isi bertepatan dengan masa yang diperuntukkan
5. Aktiviti pelajaran selaras dengan isi
6. Latihan berfaedah dan bermakna kepada murid
7. Isi disampaikan seperti yang dirancang
8. Bahan bantu yang relevan dan bermakna
9. Disampaikan dengan gaya dan laras bahasa sesuai dan menarik
PENGUKUHAN ISI
1. Sesuai dan boleh difahami
2. Konsep terbina mempunyai pertalian dengan tajuk
3. Penggunaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik bersesuaian dengan konsep yang hendak dibina
4. Membimbing murid menguasai konsep dan isi melalui aktiviti yang dapat dikaitkan dengan pengalaman lampau dan sebenar
5. Dapat menggunakan hasil pembelajaran dalam menyelesaikan masalah sebenar yang berkaitan serta membuat pilihan dalam situasi baru
6. Mengekalkan minat serta meningkatkan motivasi murid
7. Berlakunya pembinaan konsep yang bermakna
PENILAIAN
Dapat mengesan penguasaan dan kelemahan murid
1. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
2. Semasa membuat penilaian tidak formal
Dapat mengesan kemajuan murid
1. secara formatif selepas sebahagian isi atau kemahiran disampaikan
2. Secara sumatif selepas selesai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3. Untuk menentukan keperluan kepada aktiviti pengayaan serta pemulihan
4. Melalui penilaian formal dan tidak formal
PENUTUP
1. Membantu murid mengukuhkan konsep / kemahiran yang dipelajari
2. Rumusan, pengukuhan dan penilaian
3. Penutup kognitif dan sosial
4. Menilai pencapaian hasil pembelajaran
5. Membuat refleksi
(saya bukan guru yang terlatih, jadi untuk memastikan saya mengajar dengan cara yang TERBAIK..saya peerlu ada latihan pengukuhan untuk jadi guru seperti mereka yang diLATIH..:) jangan sampai leetih! ;) heeeeee:D hamik bace same3..;)
Saturday, June 16, 2012
malas nak update..
kenapa malas sangat nak update ni..
rasa nak buat tahi mata tu yang lebih!
owh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk! ! !
MALAS
MALAS
MALAS
out! ^^,
Monday, June 11, 2012
hari pertama mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir,
wah, jam 2.00 PM nanti ros dah start mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir, melaka ni je..kerja mengajar ni sambilan...dan hanya sehingga bulan 8 ni..
tak sabar pulak rasanya nak jumpa dengan budak-budak..haha:P
mesti macam-macam perangai diorang kan?;)
argh, macam mana pulak dengan guru besar n ustazah, ustaz yg lain ye? harap semuanya berjalan dengan baik hari ni..
dan semoga HARI ini lebih BAIK dari SEMALAM..
kerja sambilan, fulltime bisness..haha:P
sebab lebih kurang 24hrs depan lappy amik pesanan jubah..alhamdulillah, walau tak seberapa ros dapat juga kumpul duit...alhamdulillah..:)
jumpa dientry pengalaman ros untuk hari ini...;)
fa iza azamta fatawakkal a'la Allah..:)
salam ^^,
Sunday, June 10, 2012
Aku Percaya Pada RezekiNYA..! ! !
cerita ini adalah kesinambungan dari entry asal yang ros tinggalkan tak berupdate..:) tergantung dientry lama..
sebenarnya dah bertahun lamanya ingin membongkarkan perihal diri..apa pun masa yang ada agak terhad , dan hanya Allah yang meengatur rentak rencana perjalanan seorang manusia..
rezeki tdak selalunya menyebelahi kita, ini adalah kisah benar yang ros lalui...paling menyedihkan apabila ada segelintir yang mungkin dalam keadaan yang TIDAK sengaja mahupun dia memang SENGAJA ingin mengguris HATI yang suci ini :')
ros percaya pada REZEKI yang Allah beri, asalkan kita punya usaha ke arah itu...
bermula kisah ini setelah ros menamatkan SPM pada tahun 2004, ros masih mentah untuk menghadapi dugaan dan cubaan dunia..baru nak bertatih dan melatih diri mencari secebis rezeki untuk keluarga..
sebelum tamat SPM lagi kami semua (sahabat-sahabat) sudah bersetuju untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..rezeki banyak menyebelahi kami semua..masing-masing telah menempatkan diri ke Universiti...tapi sebelum melangkahkan kaki ke menara gading, ros pernah bekerja di KILANG, ye...jadi minah KILANG..itulah punca rezeki ros dan adik..setelah usainya SPM kami..
Alhamdulillah, kami tidak pula lokek mebelanjakan wang gaji kami untuk dilaburkan membeli peralatan rumah dan kabinet dapur untuk emak..(anak mithali tak ros ni?) :)
sambung semula yang tadi, kawan-kawan ada yg dapat melanjutkan pelajaran di IPTA, tapi ros hanya dan cuma di IPTS sahaja..ros dapat UITM, kos bina ukur hape entah...tapi itu bukan lah kos yang ros minati dan cenderung..maka dengan itu, ros teah meemilih untuk menyambung pelajaran di KUIS..allah itu maha adil dan maha meengetahui, tidak ada rezeki ntuk smbung pelajaran di UIAM, mungkin ade hikmah disebliknya..
dan ros bersyukur keerana memang pilihan untuk memilih kos bahasa arab adalah pilihan yang TEPAT!
setelah 3tahun disana, dalam tempoh sebelum menyambung pengaajian di Universiti untuk peringkat ijazah, entah bagaimana rasa seperti tiada hati untk berpindah ke universiti lain..yang sebenarnya mahu menyambung pelajaran di UIAM juga dalam bidang bahasa arab, kawan-kawan ross yg lain memang dah apply..tapi ros jugak yang masih belum apply..:'( dan disebabkuan itu jugalah ros menyambung pengajian di KUIS, bumi yang penuh barakah..yang mana satu ketika dahulu selepas SPM, aku melangkahkan kaki ke sana dengan lafaz BISMLLAHIRRAHMANIRRAHIM, bismillahi tawakkaltu A'la Allah..dan setiap kali sujudku tidak lupa doa ini..aku ingin menjadi pelajar contoh di KUIS dan pelajar cemerlang ddalam bahasa arab..:')
tidak terhenti ceitaku disitu, sewaktu habisnya diploma, aku dan kawan-kawan bercadang menyambung pelajaran ke timur tengah...rezeki tidak juga menyebelahi apabila adikku sendiri telefon menangis3 meminta aku tidak menyambung pengajianku disana kerana nnt dia tidak boleh smbung di luar negara..akhirnya aku pasrah pada takdir Allah, aku menerima sebaik-baiknya apa yg adikku ingini..
dalam keadaan itu aku akur dengan rezeki Allah yg datang...walaupun ketika itu aku melamar pekerjaan di JAIM, tapi tidak berjaya...aku hanya dapat bekerja sebagai cashier di Tesco, dan disaat jawatan untuk menjadi guru itu tiba untukku, aku dipanggil interview..apakan daya..ketika tarikh itu jugalah aku terpaksa hadir ke KUIS untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah..aku tidak sesekali sedih, malah aku sangat suka sekali..ini rezeki buat kau ros! sambung shj la!;')
tamat sudah pengajian disana, setelah selesai report tadrib maidani (praktikal), aku menerima tawaran untuk menjadi salah seorang Finalis SOLEHAH..alhamdulillah aku diterima..aku terlepas pandang akan JQAF tatkala rakan-rakan rancak mengapply jawatan di Kementerian Pelajaran Malaysia...
alih-alih, aku baca di wall sahabat-sahabat dengan meetakkan status tanda syukur mereka kerana dapat mengajar dan belajar dengan kerajaan..
aku juga tumpang gembira dan adakalanya sedih kerana aku tidak dapat untuk JOIN seperti mereka..:)
syabas sahabat..
dua tiga hari yang lalu, aku dikejtkan dengan komen yang agak mengguriskan..:') sedih sgt barangkali...tapi Aku Percaya Pada RezekiNYA! ! !
biarpun ada diantara sahabat yang kata-katanya mengguris jiwa, aku terima kerana rezeki seseorang bukan terletaak pada manusia..jika kau lebih tahu akan apa yang aku sedang lalui...pasti kau akan faham kawan! tapi kau tidak megetahui bahkan Allah itu MAHA TAHU SEGALANYA..:)
ada hikmah mengapa aku tidak bersama mereka, alhamdulillah..Allah menjemputku ke Baitullahil Haram...syukur tidak terhingga..barangkali inilah HADIAH yang paling besar dr Allah buatku..:')
percaya pada janjinya...berdoa hanya kepadanya..
pasti semua tertanya-tanya apa yang aku lakukan sekarang bukan?
Ijazah Kelas Pertama ku tidak tertampal hanya pada DINDING wahai SAHABAT!
tapi ijazah ku masih didalam fail, dan rezeki Allah itu tidak tergantung pada sijil yang kau ada..
tapi pada kejujuran dan ketawadhukkan keikhlasan yang ada dalam dirimu..
inginku kongsikan, ijazahku cuma peneman di dunia yang tidak mungkin aku bawa ke akhirat..
aku ssekarang mengajar secara SAMBILAN di Jabatan Agama Islam Melaka, Sekolah Rendah (JAIM) Ujong Pasir dan sepenuhnya menguruskan bisnes online ku..:')
jangan sesekali kita alpa, doakan yang terbaik untuk sahabat-sahabat yg lainNya..kerana rezeki itu bukanlah dari manusia..bahkan dari Allah SWT..
*menitis airmata ini..untuk entry ini, ros benar3 maksudkan HAK pencipta yang MAHA PEMBERI AKAN REZEKI..bukan manusia..pls! ingatan ini juga buat diri..:')
Aku Percaya Pada RezekiNYA..! ! !
Monday, June 4, 2012
saya cirit birit..
apa yang ros makan sehinggakan ros cirit birit ni ek?
pedih sgt3 perut ros..semalam bangun pukul5 untuk membuang air besar...pergh..bau dia..memang busukkk..haha:P
tak tahu apa yg ros dah makan semalam, rasenya semalam ros makan apa yg ros masak jek..kalo btul keracunan makanan ke salah makan ke..baik adik3 ros pown sakit perut..tapi tengok diorang gamble jek...selamber dua tiga kali tambah..huhu..ros pulak yang menanggung ssakit...
sehinggakan sekarang perut masih lagi memulas mulas..tak tahan rasanya ni..
kalau lah betul nak keluar..baik kuarkan semua..muntah kan balik ke..ni, hari ni memang dah tak lalu nak makan..:(
lapar, tapi makan tak abishhhhhhh~
huwaaaaaaaaaaaaaa! ;'(
dah bubuh minyak pun masih tak kurang...
seronoknya semalam,waktu ros bangun untuk penyahtinjaan..abah pun tersedar agaknya...
kelakar lak bile abah tanye ros..ok tak? makan apa sampai cirit birit? sendiri masak sakit perut..haha:P
ros makan macam-macam kee ek semalam?
rasanya makan tomyam sayur dengan ikan masingggg ja!
kalau esok pun sakit perut lagi camni..alamatnya memang masih tak memaasak lagi lah untuk esok..
korang nak tahu?
disebabkan kesakitan keperutan ini lah ros tak masak kat umah rini..
tak do mood nak masak apa-apa..:)
baiklah, ros nak jenguk-jenguk JUBAH MODERN jap..;)
jaga diri baik-baik semua...~
salammmmm
Sunday, June 3, 2012
Saturday, June 2, 2012
jom tengok jubah kat page saya..:)
jubah..jubah..jubah..
pasti ramai yang mecari dan tercari-cari jubah yang cantik lagi elegant untuk dipakai ke mana-mana majlis undangan mahupun kenduri kendara..lebih-lebih lagi dalam waktu musim cuti sekolah ini dan school holiday yang akan datang nanti..
ros adalah owner untuk page JUBAH MODERN ini..dan andai ada yangingin membeeli jubah denan harga yang murah..jubah-jubah yang adalah dengan harga yang sangat berpatutan dan memuskan hati anda semua..:)
but, to serious buyer only! ;)
jubah yang Jubah Modern sediakan adalah merupakan jubah yang sesuai untuk dpakai ketika majlis kenduri kahwin, dinner dan juga pada waktu raya yang bakal menjelang..selain itu juga, jubah untuk akad nikah dan juga jubah untuk tunang pun ada tau..memang tersedia ada dalam album AKAD NIKAH & TUNANG..
jadi, bg yang masih mencari jubah yang sesuai untuk dipakai ketika bekerja, dipakai untuk engahdiri elas di kolej..semuanya ada di JUBAH MODERN..yang stylo, yang cantik-cantik dan anggun-anggun..pokoknya...adalah semuanya..
jom LIKE "JUBAH MODERN"
membeli belah lah di sini..pasti anda berpuas hati..
:)
siapakah pemenang Super Spontan musim yang pertama?:)
hehe..jeng, jeng, jeng..baru sahaj lepas menonton dan menyaksikan sendiri kehangatan Finale Super Spontan musim yang pertama...meemang bersungguh-sungguh masing-masing menunjukkan bakat dan juga nampak saingan sihat yang berlaku antara semua peserta final super spontan..seronok sebaab semuanya memberikan semangat antara satu sama lain..:)
Rahim, Suhaimi, Ropie, Tauke, Zizan dan juga Johan..terbaiklah semuanya!
semangat kawan diantara Zizan dan juga Johan memang nampak sangat disaat-saat akhir nak umumkan pemenang Super Spontan musim yang pertama tadi..Zizan dah nangis gila-gila dah...cian dia kan..pape pun tu rezeki Zizan lah kan?:)
Tempat Ketiga: Tauke = RM 25,000
Tempat Kedua: Johan = RM 50,000
Tempat Pertama: Zizan = RM 100,000
Tahniahhhhh semua! ;) penghibur hati beta..;)
Rahim, Suhaimi, Ropie, Tauke, Zizan dan juga Johan..terbaiklah semuanya!
semangat kawan diantara Zizan dan juga Johan memang nampak sangat disaat-saat akhir nak umumkan pemenang Super Spontan musim yang pertama tadi..Zizan dah nangis gila-gila dah...cian dia kan..pape pun tu rezeki Zizan lah kan?:)
Tempat Ketiga: Tauke = RM 25,000
Tempat Kedua: Johan = RM 50,000
Tempat Pertama: Zizan = RM 100,000
Tahniahhhhh semua! ;) penghibur hati beta..;)
Friday, June 1, 2012
seronokkkkkkk sangat dapat pergi berkelah di Pantai Puteri..:)
its been long time kami semua sekeluarga tak pernah spent time bersama..
nak makan berkumpul sekali pun dah jarang, kalau dulu ikutkan nak makan dulu mesti rasa serba salah sebab abah tak balik kerja lagi..rasa kasihan kat abah sebab penat kot..askar kan..macam-macam yang abah buat..jalan dalam kem pun dalam keadaan berkawad..memang kesian la..dalam keadaan panas terik lagi....jadi, wajib kami tunggu abah kat rumah dan makan bersama..:)
semalam aadalah hari yang paling seronokk..memang seronok sebab dapat kumpul..kalo hari biase mak dengan abah memang sibuk sangat dengan kerja..tapi semalammmm la hari yang paling best ros rasakan sebab kami berkumpul, makan-makan sama-sama dan mandi manda..tapi ros melayankan adik-adik ros jek..ros tak mandi pun..hehe..
nak g pantai ni pun atas permintaan adik yang no 4 tu, dy cakap nak gi pantai sebab nak tanam diri..;P kan dy paralyse sebelah badan..jadi kami duk tanam dy lah semalam..cian kat cik mat tuh..hehe..:) adik ros lumpuh sebelah badan akibat accident..dan selepas accident dia tak ke mana..hany dduduk di rumah sahaja..
jadi quality time yang ada dimanfaatkan sebaik-baiknya semalam..melayankan adik-adik..
dan nak dijadikan cerita ssemalam juga rezeki dari Allah..ross dapat kerja di Sekolah Menengah Arab (JAIM) Seelandar..melaka..ya Rabb..syukran..:) senang berurusan..wwalaupun sudah dua higga tiga kali mengisi borang di Jaim.tak pernah nak ddapat.. ni kuasa Allah yang bantu..dapat juga akhirnya..meengharapkan jawatan itu teetap tapi ini hanyalha sambilan sahaja..sementara menunggu guru baru yang akan ganti agaknya..ros sendiri kurang pasti..
tapi doa emak tu makbulkan? emak ros yang teman semalam g naik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)..
alhamdulillah dapat juga mengajar, tapi kelakar la..sebab mak dh cakap.mesti ros dapat sekolah kat Selandar tu..sekalik betul sangkaan mak..meemang dapat..! syukur..
tu yang petang tu g Pantai..sebab masing-masing ngah happy! haha:P
ok lah, setakat ni sahaja entry utuk kali ini..
seronokkkkkkk sangat dapat pergi berkelah di Pantai Puteri..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)