Friday, August 5, 2011

Adakah kau tahu apa itu ertinya MALU?

kita amat-amat sinonim dengan ayat..Malu perisai bagi orang-orang yang beriman..seperti hadith yang bermaksud..Malu separuh daripada iman dan maksud atau erti malu itu pula adalah , according to Wikipedia..Definisi "MALU" ialah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.

Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 lapis pengertian, iaitu:

  • Malu Sebagai Perasaan
  • Malu Sebagai Tanda Harga Diri
  • Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial

ok, ape yang ros nak ceritakan kat sini ialah tentang sikap orang melayu kita sendiri, yang tak ade rase malu ketika mana dibulan yang mulia ini, mereka asyik di buai nafsu yang tak tertahankan..

konsep puasa sendiri telah menerangkan kepada kita, bahawa puasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari dan juga menahan dari melakukan perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa itu sendiri..
nah! adakah masyarakat kita sedar akan konsep di bulan Ramadhan ini?

kay, petang semalam sewaktu ros berjalan-jalan g bazar ramadhan..dari jauh ros terpandang sekumpulan anak remaja ni..adik3 la..asap berkepul3..igtkan umah yang terbakar, rupa-rupanya muncung dyowang yang duk terbakar..
ditambah pulak kegiatan yang mereka lakukan dibelakang rumah kaum yang berbangsa Cina..
dimanakah sifat malu itu?

dan lagi satu cerita, 
sewaktu ros baru pulang dari KUIM, hantar resume ke sane..
then mak tegur..iza, cube tengok orang sebelah kite ni..orang islam, tapi dengan gaya dan lagaknya dan slumber badak dia jek ros tgok dy tengah hisap rokok..
amat-amat memalukannnnnnn..

dalam dada akhbar, pada 2 Ramadhan, dalam paper..
3 orang dicekup di Melaka kerana makan..
ape nak jadi dengan masyarakat kite sekarang?
tak ade kesedaran dalam diri..

minta dijauhkan perkara sedemikian berlaku pada diri kita..
berkawanlah dengan orang yang mempunyai akhlak yang baik, maka kita juga terkena tempiasnya..
yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan..

nasihat juga buat diri ros yang hina ini..
ibu bapa khususnya perlu lebih mendalami perangai anak-anaknya..
kan?
dan untuk diri kita sendiri sebagai seorang islam, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya~

Renung-renungkan, dan selamat mengamalkannnn! :)

2 comments:

  1. leh la suh org yg x pose tu g makan rumput....cam undang2 negeri kedah dolu2 tu...kerajaan m'sia kena wat cam tu bru dorg ni sado....hehe~ ^^

    ReplyDelete
  2. hurm, tu r pasai~ nape lah ade jugak manusia yang cenggini~ malu betul~

    ReplyDelete

Terima Kasih!