Sunday, July 31, 2011
makan je keje kau!
hamik ko..kalau dah bercuti..bertanam3 anggur tuh....faham3 jelahkan?:P
makan jek kijenyer~
nasiblah esok dah nak PUASA!
itupown masih tak menjanjikan ape3 sebabnyer badan dah mula naik balik neh!
ingatnyer nak bersahur dengan biskut Julies jerk..
sebabnyer makan jek biskut tuh konfem aku g toilet..
terbaik tak?:P
cicah dengan kopi tawar kew..
sebabnyer biskutnyer manishhh banget!:P
wah, tak sabarnyer nak berpuasa...
tak sabar jugak nak raye..
raye kali nih macam mane lah kan?
kalau mcm sebelum3 ni tak berapa nak best sgt..
tak terasa kehangatannya raya..
tak mcam kecik3 dulu,
penuh jek puase..dapat duit..haha..
abah mesty bagi kat kitorang sorang rm20..
sebab buat puasa penuh..
sekarang pown dapat duit raya jugak tau!
lagi dah besar lagi bertambah duit raye dr abah..
abah mesty bagi rm50 setiap sorang~
WAJIB! ! !
haha:P
tapi lagi best waktu kiter berpuase kecik3 dulu kan?
waktu ros skolah, ade dua sesi..
pagi sekolah rendah cam biase,
petang sekolah rendah agama...
paling best...mesty nak jalan lambat3 balik sekolah dengan harapan balik3 jek, bukak kasut, bukak tudung, bukak baju...
azan pown bergema......:P
tapi, hampeh lah kan, sebab umah ros dekat lam kem tu umah gurkha..
umah teres yang mane memang tak smpi 2minit dah smpi sekolah agama...
muahahahahahha:P
berangan lah kau!
dulu ros kurus tau!
sekarang pown kurus jugakkkk~:P
tapi semenjak ros kemalangan waktu darjah 5 tu r badan ros makin mengambang..
dan sehinggalah sekarang..
kembang cam bune ros tuuuuuuuuu!
ni duk kat umah pown mak duk bising..
ha! makan jek keje kau!:P
mak ros tu mulut dy bising sikit..
hihi:D
tapi dy seorang emak yang sporting gilew~
sayang sgt ngan mak..
so, ingat dalam bulan puase ni nak turunkan sikit badan, kang lagi kembang lagi malas nak buat kerja..
hope berjaya dengan cemerlang..
leh masuk Book Of Records..
kan3?
perasanlah kau ros!
ok, kwn3..jgn lupe lawat blogshop roros eh?;)
selamat berpuase semua..
jangan lupe niat berpuase...
dan setelah seharian berpuase..kini tibelah waktunyer untuk berbuka!
jangan lupe bace doa juga ye kawan3!;)
jgn puase yang yok! pagi3 bukak periyok~:P
ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna....~ :)
"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Beberapa hari lagi menjelang,tibalah bulan Ramadhan.Adakah bulan ini menjadi simbol keraian atau sekadar adat tahunan?Ini yang perlu kita teliti dan fahami.
Kepada seorang musafir yang dahagakan air di tengah perantauan yang panjang inilah detiknya buat hilangkan sisa dahaga.Kepada perantau yang sesat tanpa arah tujuan inilah jalannya membetulkan haluan yang tersasar.
Sudah tentu bagi Si Abdi hatinya penuh dengan bebunga keriangan.Manakan tidak, ibadah sehari mampu menyamai ibadah seribu bulan. Seorang pekerja yang bekerja ikhlas kepada tuannya akan menerima ganjaran yang setimpal dengan usahanya.Di kala zaman Rasulullah seorang sahabat bertanya : "Apakah itu malam Qadar wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Tidak, tidakkah kamu mengetahui bahawa para pekerja, apabila mereka selesai dari pekerjaannya, nescaya akan dibayar upahnya". (Hadis Hasan, Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Syua'b al-Iman: 3450)
Hati ini berdesir seketika, di sebalik singkapan Ramadhan, kebanyakan umat Islam tampaknyasering lalai dan lupa.Mereka merasakan bulan Ramadhan ini hanyalah sekadar berpuasa.Kita dapat melihat sendiri di negara kita ini.Bukan ganjaran pahala diutamakan namun santapan makanan didahulukan.Bukan masjid diimarahkan malangnya pasar ramadhan jadi tumpuan. Bukan Al-quran jadi peneman, namun tidur yang diimpikan. Namun di sini sebenarnya saya ingin katakan bukan semuanya masyarakat Malaysia yang beragama islam begitu namun kebiasaan fenomena atau situasi, inilah yang terjadi.
Jika begitu dimana kemeriahan Ramadhan ?Di mana keindahan nya?Adakah ia terletak pada makanan.Atau ganjaran pahalanya?Ayuh kita fikirkan bersama.
Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun.Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja?Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya ,bukan?Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.
Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.
Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.
Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.
Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.
moga Ramadhan kita diberkati..agar Syawal yang menjelma dirasai!:)
-Credit to: iluvislam
zam cakap aku anak buah Pak A.Samad Said..?
memandai jek beliau berkata begitu..
A. Samad Said tu kawan kepada pak ude aku..
pak ude aku orang seni jugak..
hurm, pernah waktu aku diploma dulu, g kenduri anak beliau selaku cousin aku lar kan..buat dekat Dewan Anjung Rahmat..
memang gamat!;D
heeeeeeeee:D
sebabnyer semua nak bergambar dengan A. Samad Said termasuklah aku sendiri..
ala. ceghiter lame..
ni zam punye pasal lah ni sebab dy cakap aku gitew..
aku lau boring mang suke nak habiskan mase dengan berpuitis kosong bagai!:P
tak de lah hebat macam orang lain..
sebabnyer teringat plak dekat Ezar Bakti..kawan Facebook yang sorang neh cakap..
masih ade yang tak terluah dengan entry aku yang satu neh..(mls nak link kan)
bile dy cakap gitu aku balik berfikir..if semua aku luahkan..
menimbulkan salah faham plak..
hurm, takut lak aku..sat g orang marah3 lak..
terasa tak tentu pasal..
dah bertambah kat analytics aku dengan pelbagai warna mewakili dr lain3 negara ...
huwahuwahuwaaaaaa~:P
ok, selagi mate tak leh nak lelap,
selagi tu jari jemari nak menaip smpi lenguh3..:D
tapi kannnnn..mata dah kuyu dah neh..
kay la, entry ni sekadar nak btau cik zam tu!
sy bukan anak buah A. Samad Said la!
saya anak buah kepada Pak Uda sy la!;)
hehe..
galeri pak ude ros neh ade kat Central Market..
ok cik zam sy..udah jelaskan sekarang?
nak carik gambar skali degan A. Samad Said lak dah tak tahu kat mne den letakkan..
banyak nau folder gambo..;P
if jumpe nnt aye upload yew~:)
mlm semua~
Saturday, July 30, 2011
adik IRINE NADIA MARCELLO dan BLOGSHOP barunya!;)
ok, seperti tajuk di atas!
adik IRINE NADIA MARCELLO dan BLOGSHOP barunyer~:)
siapa tak kenal adik Irine kan?
yang shomel3 gitew..
dan orang pertama yang buatkan ros terpikat untuk menggunakan produk dari Catalyst sekaligus menjadi Agent produk ini..setelah mengetahui akan kelebihan dan kebaikkan produk Catalyst!;)
mesti korang sendiri pown familiar dengan produk dari Catalyst neh..
ok, nak tahu lebih lanjut...jom kiter jenguk blogshop baru adik Irine jommmmmmmmmmm!;)
^^,
muhasabah diri..~
tiba-tiba..
ceh..tiba-tiba lak..bukan tiba3, tapi mang kesedaran tu ada dalam diri..
maksudnya kesedaran untuk bermuhasabah diri yang serba kekurangan ni..
mohon dan mintak petunjuk dari Allah SWT..
agar Ramadhan kali ini penuh barakah..
dan juga dilimpahi dengan nikmatNYA yang tak terhingga banyaknya,
dan syafaat dari Nabi Muhammad SAW diakhirat kelak buat hamba-hambanya yang terpilih..
yang buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dan ditegah..
mencari kekurangan pada diri sendiri,
bukan menuding jari kepada yang orang lain...
nasihat buat diriku yang 0 tiada apa..
hati yang perlu dibersihkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang menenangkan..
Maha Suci Allah, tuhan yang mencipta langit dan bumi..
aku hanya seorang hamba yang alpa,
memohon ampun, atas dosa3 yang telah aku lakukan..
terhadap kedua ibu bapaku, terhadap teman3 ku, terhadap seluruh ummat dimuka bumi ini..
sayangi dan cintai mereka yang memerlukan kasih dan sayang..
hormati mereka yang lebih tua dari kita..
sayangi mereka yang muda..berikan tunjuk dan ajar..
moga jil aljadid membesar dengan penuh taqwa didalam dadanya..
ampuni dosa-dosaku ya Allah,
ampuni keterlanjuran kata-kata yang menyinggungkan perasaan..
megharapkan satu perubahan akan berlaku,
dengan penuh istiqamah dan istimrar..
hanya dengan nama..
MUHASABAH
sentiasa..
selalu..
jika aku lupa,
ingatkan aku,
jika aku hilang punca,
tunjukkan jalan yang benar padaku,
agar tidak aku angkuh dengan noda dunia..
moga MUHASABAH ini..
kekal terpaut jauh didalam dada..
dan dipagari iman dan taqwa..
inilah namanya MUHASABAH RAMADHAN..~
Ramadha Kareem..
beramallah dengan nama tuhanmu yang satu..
Al-Quran jadikan pegangan utama,
dalam menambahkan amalan di bulan yang mulia..
amin..
blogwalking di pepagi hari!;)
disebabkan kurangnya rase mengantuk pada mata...walaupown kelesuan tu tetap ade, tapi..rase macam tak nak tdow 25jam plak! nak smbung blogjogging dan bace entry yang lawak-lawak...seram3..panas3..pelik3....hihi:D
jom blogjogging kat belog ni
ros suke bace part yang pelik3 tuh! hurm, sempat jugak drop comment~
mang pelik..korang pernah tgok biskut mayat tak?
tak pernah kan?
yok kite intai kat belog beliau!;)
tetap nak lakukan BW lagik dan lagik sambil pas baton n tinggalkan jejak kat shoutbox korang!;)
Friday, July 29, 2011
jom cucicucimatakatsini!;)
ros pernah cakap nak ade blogshop sendiri kan?
ok, sekarang nak kongsikan link blogshop ros tu dengan korang...~;)
if ade sesiapa yang berminat boleh terus mesej ros okeyh?;)
insyaAllah lepas ni akan ada pertambahan barang seperti Shawl, pin3 untuk shawl...insyaAllah..
doakan ros yew semua!
ros memerlukan sokongan dari semua!;)
syukran!;)
Pemenang bagi GIVEAWAY ROS YANG PERTAMA ADALAHHHHHHHHHHHH~;P
ok, setelah dibace balik jawapan dari peserta yang menyertai GA ros, secara kesimpulannya ade yang jawab 100% betul dan ada yang tidak ros tetap nak ucapkan terima kasih banyak3 kerana sudi join contest ros neh..
disebabkan lappy ros kurang sihat jadik ros tetap nak buat keputusan tentang GA neh....
yang menjawab dengan betul:-
tahniah korangggg!;) kerana dapat menjawab dengan betulll!;)
ros skunk ni pown kat CC..sedeynyer lahhhh haiiii!:P
tak kisah lah kan, janji tetap janji dan sy berpegang pada janji itu...
ok, seperti yang korang tahu ros akan gunakan khidmat random.org..
jadi nama3 dibawah adalah pemenangnyaaaa~:)
TEMPAT KETIGA
HADIAH: topup bernilai rm10
PEMENANG: 13. tiefazatie
TEMPAT KEDUA
HADIAH: topup bernilai rm20
PEMENANG: 5. INCIK BUYAT YANG PRO!
TEMPAT PERTAMA
HADIAH: topup bernilai rm30
PEMENANG: SIS LYNN STROBERY
tahniah semua~
dan kepada peserta yang terawal menjawab soalan GA neh..
akan mendapaty topup bernilai rm5 setiap sorang~:)
tahniah buat
hadiahnya ros akan topupkan pada 1 Ogos 2011..
satu ramadahan kan?;)
selamat berpuasa semua sekali..
dan ingantan kepada pemenang..
sila emailkan nombor telefon bimbit anda kepada ros di alamat email ini:- wardahamra_86@yahoo.com
terima kasih sekali lagi kepada semua yang joinnn~:)
Wednesday, July 27, 2011
lappy sy dah dihantar ke PC WORLD..~
seperti tajuk diatas yew semua!;)
ehhhh!
sebelum tu...nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mengewish burfday ros pada hari ini..;)
happy burfday to m3~:P
umur dah cecah 25 tahun da!:P
yew..sy dah tua...sume tanye bile nak kawen..adeh! soklan depa neh cepu cemas sungguh noh?:P
ade jodoh..umur panjang insyaAllah..
pas abg sy dah lepas..sy lah pulak, kan3?:P
hurm, dukacitanya dimaklumkan, lappy sy dah pown dihantar ke PC world atas sebab panas yang keterlaluan, sebelom lappy tersebut meletop dengan sndirinya akibat penggunaan yang terlampau oleh tuannya, baiklah dy duk kedai..wat format n checking ape yang rosak, jadinya...jawapan yang nak ditapis tu dulu terpaksa ros pending smpi ros dapat lappy ros balik dalam keadaan yang sempurna..
diantara tujuan ros hantar pc tu p service sebab ros nak buat blogshop kan, senang sebab nak kena slalu on9....so, kenalah korbankan duit sikit p service lappy tu...
dy cakap dalam 2 atau 3 hari lagi baru leh dapat balik, dengan dukacitanya disini sy ingin mengumumkan bahawa insyaAllah pemenang GA akan diumumkan jugak pada 1 Ogos yew?:)
kena manja3kan lappy ntu sebelum gunekan dy smpai ranap habis-habisan~:P
take care semua!
terima kasih atas kunjungan kalian~
yuk jenguk jiran sebelah ros...wani tomey3~:)
selamat bercuti buat roros~;P
Tuesday, July 26, 2011
blogshop sendiri..~
hye3 dan assalamualaikum semua!;)
Alhamdulillah dan InsyaAllah, pas dah edit dan dah upload semua gambar untuk bag3 yang ros akan jual nnt ros akan bgtahu kat korang linknya ok?
masih lagik dalam pembikinan blog n kasik hias sikit3 itu blog..tak lah hias mane pown..simple3 jek..
dan insyaAllah, sepertimana yang semua tahu ros pernah buat GA..dan itu merupakan 1st GA dr ros..
Alhamdulillah, walau pown sambutan tak berapa menggalakkan, tapi ros akui tu baru permulaannya punnnn!:P
moga 2nd GA nanti ramai yang akan join..insyaAllah~;)
ros bercadang juga nak jual bermacam3 barangan secara online..
tak pela, pelan-pelan kayuh kan?;)
sikit-sikit lame3 jadi bukit..ye tak?:)
insyaAllah nnt aye btau link blogshop ros tu yew..
hope ade yang sudi jenguk3 dan juga ade yang sudi untuk membeli bag tersebut..;)
dan tentang GIVEAWAY ros tu, pengumuman tentang pemenangnya akan diumumkan pada 29 Julai 2011,
hadiahnya pula korang akan dapat pada hari pertama kita semua berpuasa iaitu 1 Ogos 2011...~
insyaAllah~;)
terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi join..
ros akan tapis dulu jawapannya..dan akan buat shortlist untuk mereka yang menjawab dengan betul dan tepat..~;)
nantikan esok!
GA tersebut tamat pada 11:59PM iaitu pada malam ini...~
HAPPY BIRTHDAY TO ME...;)
umur saya dah menjangkau 25 tahun pada 27 Julai 2011..
doakan yang terbaik buat sy ye?;)
ini untuk korang
huhu..tak pat nak celebrate cam sem lepas lagi :'(
ok, da besar!
sedor diri..
wassalamu ^^,
Supermak yang Superbest!:P
dah lame tunggu Nasha Aziz muncul dalam TV..
sekalik muncul dalam drama tv Supermak!
suke tengok sis Nasha sebab dy lembut jek,
jeles ngan adik ros sebab dy dapat jumpe face to face dengan sis Nasha Aziz ni..tu pown waktu Nasha datang berkungjung ke kiosk dy dekat KL Tower..
adik ros cakap Nasha Aziz tak sombong,. memang giler peramah dan jugak dy memang sopan dan lemah lembut orangnya..
dah lah putih melepak..cam Korean kan?;)
sangat suke dengan lakonan beliau sejak dr dulu lagik!
teringin nak jadik super duper Mak cam watak yang dibawa oleh Nasha sendiri..
kalau wanita diberikan kuasa leh buat semua benda dalam satu mase kan best!;P
pergi kerja dan dalam mase yang same kerja kat umah sebagai seorang isteri pown settle....~:P
ala, sekarang ni pown wanita semuanya SuperMAK apew?:P
hihi:D
maksud ros kat sini kiter sebagai perempuan dan wanita ni kan istimewa..
berbanding lelaki..
perempuan leh beranak..
lelaki ade?
tak de kannnn?
perempuan jugak diberikan cuti..ABC orang panggil..stand for Allah Bagi Cuti!;)
lelaki ade?
tak de kannnnn?:P
itulah istimewanya kami sebagai seorang SuperMAK!;)
peace ^^,
adik ros cakap Nasha Aziz tak sombong,. memang giler peramah dan jugak dy memang sopan dan lemah lembut orangnya..
dah lah putih melepak..cam Korean kan?;)
sangat suke dengan lakonan beliau sejak dr dulu lagik!
teringin nak jadik super duper Mak cam watak yang dibawa oleh Nasha sendiri..
kalau wanita diberikan kuasa leh buat semua benda dalam satu mase kan best!;P
pergi kerja dan dalam mase yang same kerja kat umah sebagai seorang isteri pown settle....~:P
ala, sekarang ni pown wanita semuanya SuperMAK apew?:P
hihi:D
maksud ros kat sini kiter sebagai perempuan dan wanita ni kan istimewa..
berbanding lelaki..
perempuan leh beranak..
lelaki ade?
tak de kannnn?
perempuan jugak diberikan cuti..ABC orang panggil..stand for Allah Bagi Cuti!;)
lelaki ade?
tak de kannnnn?:P
itulah istimewanya kami sebagai seorang SuperMAK!;)
peace ^^,
Monday, July 25, 2011
LAILA MANJA di TV3..~
korang ingat aku sayang sangat dekat korang..
itu adalah kata-kata akhir yang dikeluarkan oleh Elly Suriati sebagai ibu tiri kepada Laila dan juga Manja dalam episod pertama untuk slot lagenda yang baru yang menggantikan Si Jundai..
kasihan bukan?
macam manelah perjalanan hidup yang akan ditempuhi oleh Laila dan jugak Manja lepas ni..
nantikan sambungannya esok...:P hehe:P
mesti lebey kurang same dengan cter jaman P.Ramlee dolu-dolu kan?
tapi dulu Lela Manja..
tak suke r dengan watak ibu tiri dy tu..
lepas ni makin3 meluat lah nak tengok gaya lembut dy depan suami dy..
padahal...kat belakang..
dengan dera anak dy lagi..
tapi realitinya tak semua pown ibu tiri berperangai cam hantu kat belakang suami..
ade jugak yang baik..kan3?
cuma anak tiri lah plak yang tak dapat nak terima ibu tiri dy..
bila dah ibu tiri baik, anak tiri tak pat terima..
bila sebaliknya..ibu tiri plak buat hal..
mintak dijauhkanlah dari terjadi macam ceghiter Laila Manja tu..;)
ros ade cerita ni..
pagi tadi dapat calling dari LWM..
tahu tak stand untuk hape tu?
korang teka lah sendiri..
ritu saje je ros dengan mak su ros main3 masuk contest yang ade lam tenet ni..
mang dah agak dah walaupown kita jawab salah sekalipown rasenyer hadiah yang akan dy bagi kita adalah same je..
set pelangsingan badan..;P
malas nak kabar..
banyak kali dy call ros tau..
for the 1st tyme she was called..
ros mang angkat..then second tyme pas tanye mak sume..
mak nasihatkan tak payah lah pergi sesi pelangsingan tu sbb nnt dy mesti pakse untuk datang next treatment..
oleh yg demikian, ros decide..mls lah nak g..
kang dalam phone dy cakap FREE..
sekali aku pegi kena bayar plak..
jadi, ros tak pergi pown....;)
makanya, terjadilah entry ini..kalo tak sy dah habiskan mase untuk sesi pelangsingan badan..mang sesuai sgt sebab ros pown dah gumok sgt dah ni..hehe:P
percaya atau tidak sy dah gumok..
the latest pic ros kat cni...
meh tengok reramai dengan membesar dan membeliakkan mata sepet kalian~:P
ni la kazen ros yang nikah ritu..~
kay, setakat tu je dulu..
nnt ros hupdate lagik berbundle3 entry ok?:P
sebelum tu meh klik3 kat cni dulu VIOS G & VIOS TRD SPORTIVO~
sebelum tu meh klik3 kat cni dulu VIOS G & VIOS TRD SPORTIVO~
peace! ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)