Saturday, December 1, 2012

TIPS: Menghilangkan bintik hitam.


Apakah punca jerawat tumbuh pada muka?

- kerana semakin banyak jalan keluar kelenjar minyak tersumbat, maka semakin banayk jerawat yang akan menghiasi wajah.



Adakah memicit bintik hitam adalah jalan yang terbaik?

- Sebaiknya jangan sesekali memicit bintik hitam kerana hal itu akan semakin mengaktifkan kelenjar minyak sehingga kotoran semakin berkumpul, jadi anda perlu sentiasa membersihkan daerah wajah yang berminyak.

Apa sebenarnya bintik hitam ni?

- Bintik hitam merupakan proses dari kerja hormon yang sedang berkembang, jika terjadi penyumbatan pada jalan keluarnya minyak didalam kulit kerana bintik hitam, jerawat akan bermaharajalawak..*upps..bermaharajalela di dagu, kening, dan sekitar hidung. Anda boleh membersihkannya dengan air bersih atau air suam. Anda juga boleh menggunakan sabun pembersih wajah yang dijual di pasaraya, tetapi jangan memilih sabun yang terkandung banyak alkohol! :)

Ada juga cara semulajadi yang boleh anda lakukan untuk mencegah bintik hitam:-

Gunakan putih telur ayam atau telur burung puyuh. Letakkan dalam bekas dan kacau sehingga buih. Setelah selesai, ambil putik kapas. Sapukan kapas pada putih telur yang telah dikacau dan lekatkanlah ia pada hidung. selepas melekat, biarkan sehingga kering lalu tanggalkannya secara perlahan-lahan. Hasilnya anda akan lihat banyak bintik hitam tersebut melekat pada kapas.

pasti tak sabar nak lihat hasilnya kan? jadi, cubalah! ;) 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!