Saturday, December 1, 2012

Petai atau nama glamournya Parkia Speciosa! ;)


bismillah,

pagi tadi dikejutkan oleh adik sendiri kerana muntah-muntah, tak tahu lah kenapa..adik ros yang sorang tu pernah accident dan memang susah kalau dah sakit ni dia jarang nak makan benda-benda lain.melainkan dia akan makan ayam goreng, kuah sup dan nasi sahaja..semalam dia muntah-muntah membuatkan saya risau juga...bangun secara mengejut terus lap muntah dia..tahan jela..memang la bau..nampak macam sayur-sayur..entah sayur apa lah yang dia makan sampai buatkan dia muntah-muntah macam tu..

sekarang mode mengantuk sebab tadi rumah dikunjungi tetamu dari Kedah, anak kepada kawan abah waktu dalam kem dulu..singgah sebentar dirumah rehat-rehat sebab katanya di Melaka ni semua hotel dah fully booked..tak ada yang kosong lah tu..jadi abah yang suggestkan supaya datang ke rumah..mereka datang sini pun sebab nak pergi wwalimah kawan sekolahnya..tak lama duduk, sarapan pagi sekejap kemudian terus siap-siap pergi ke kenduri di Tangga Batu..*melayan tetamu lagi, mata ni rasa nak tdiur je sebenarnya..lepas je mereka beredar..mata masih layu lagi tapi tak dpt nak lelap..jadinya decide nak post entry pasal petai..

*tu dia muqaddimah bukan main panjang lagi.....:P

hari Rabu lepas abah dan emak balik kampung, dekat kampung macam-macam buah yang ada....rambutan, mangis, durian, buah petaiiii pun ado! 
kami sekeluarga memang hantu ulam-ulaman..;) jadi abah memang tanam petai untuk hari tua..hihihihi :D

walaupun bau petai agak stinky, busuk..mulut memang dah tentu berbau..kapau kita kencing atau berak pun lagi sedap bau dia..kah..kah..kah..:P tapi khasiat petai ni sangat banyak bermula dari isinya sehinggalah ke kulitnya! 

banyak sangat petai yang abah dan emak bawak balik dari kampung, leebih best bila kita buat jeruk..nak makan pun tak penat sangat untuk kopek-kopek banyak kali..tekan jek dah keluar!

macam mana nak buat jeruk petai ye?
mudah sahaja!

1- buang / potong kulit keras ditepi-tepi kulit petai
2- didihkan air dan masukkan kesemua petai yang telah dipotong tadi.
3- setelah petai nampak perubahan warnanya dari hijau muda ke hijau perang-perang bolehlah dituskan petai tersebut.
4- pindahkan petai ke dalam bekas yang sesuai (kalau boleh bekas tupperware yang lama-lama dan lusuh, sebabnya nanti petai itu akan menginggalkan bau yang agak kureng juga lahhhhh! )
5- setelah itu, masukkan pula garam kasar dan taburkan diatas petai..dan jangan lupa masukkan air ke dalam bekas tersebut..:)

selamat mencuba..:)

ok, jom baca khasiat yang tersembunyi pada Parkia Speciosa nih..

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang

Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung. Penulis masih ingat ketika zaman kanak-kanak, penulis dan rakan-rakan gemar makan petai belalang (dimakan secara mentah). Maklumlah, dasar kampungan, kalau tidak buah-buah kayu yang lain, petai belalanglah yang kami baham. Zaman sekarang ni kanak-kanak banyak makan “snek” yang buat di kilang-kilang. Aktiviti pun sangat berbeza, kanak-kanak sekarang main Playstation dan game komputer. Zaman penulis & da-gang dahulu, kami panjat sana, panjat sini, masuk hutan, mandi tali air, tangkap ikan di bendang dan macam-macam. Woops! Maaf, sedikit terkeluar dari topik.

Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

Sumber: PasirMas

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/04/khasiat-petai.html#ixzz2DljRvDxa

ros copy dan paste sahaja..selamat menjamu mata dengan petai!


sedapnya kalau dapat buat sambal kannn? :)

*siapa yang nak ubat pelawas..petai ini lah ubatnya! :) sangat mujarab, kejap-kejap ke tandasssss..tak tipu! cubalahhhhh..;)

2 comments:

  1. tu diiaaaaa... name saintifik petai tak busuk langsung! hahaha

    hi bloggers, jom singgah my blog, FOLLOW skali k.. tq!
    http://deewellness.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih!