skip to main |
skip to sidebar
TIPS: Mengatasi Bau Yang Kurang Selesa.
Bismillah..
Selamat Pagi..
sedikit perkongsian!
Bau yang kurang selesa pada vagina atau organ paling sensitif pada wanita merupakan masalah yang sangat umum. Ini disebabkan kerana hampir sebahagian wanita yang mengalami hal begini. Bau yang tidak sedap pada Miss V boleh disebabkan oleh banyak faktor, antaranya ialah:-
1- Jangkitan kerana kulat dan bakteria, seperti kulat candida albicans dan bakteria haemophillus vaginallis..(nama kalah retis!) haha..
2- Keputihan yang berhubung dengan menopause (atrophic vaginitis)
3- Jangkitan pada leher rahim (cervicitis)
4- Zat-zat yang bersifat iritatif seperti sabun cuci atau sabun serbuk pakaian.
5- Kurang menjaga kebersihan sekitar daerah vagina.
6- Pakaian dalam yang terlalu ketat, tidak mempunyai liang-liang, dan tidak menyerap peluh.
7- Disebabkan oleh ubat-ubatan.
selain dari itu juga masalah perubahan hormon juga membawa kepada bau yang kurang selesa dan ianya sangat mengganggu dan membuatkan sesiapa sahaja berasa MALU! jadi, bagi mencegah..ikutilah langkah-langkah pencegahan dibawah:-
- Jaga kebersihan dengan selalu membasuh daerah kemaluan menggunakan air bersih atau anda juga boleh menggunakan pembersih wanita yang alami! (semulajadi)
- Biasakan membasuh dari arah depan ke belakang selepas membuang air kecil atau air besar.
- Hindari memakai seluar dalam yang agak ketat terutamanya yg diperbuat dari Nylon.
- Pakai pakaian dalam khususnya yang tidak menghambat peredaran udara.
- Hindari dari terlalu kerap menggunakan tisu tandas! Gantikannya dengan menggunakan tuala kecil yang bersih..(abah saya suka guna tuala selepas guna air) heeeeee :D sebab saya selalu perasan dia bawak tuala tu untuk lap! ;)
- Boleh juga menggunakan pengasapan vagina untuk menjaga kemungkinan munculnya kulat dan bakteria..(okey, yg ini agak kurang jelas)
selamat beramal dengan tisp tersebut yang diambil dari buku tips dan petua kecantikan harian..:)
*p/s: ros taip sendiri satu persatu..no copy n paste dari blog lain okeyh? :) sebab dah beli buku ni senang nak berkongsi pelbagai tips dengan semua..:) apa-apa pun, keraplah tukar seluar dalam bagi wanita ya? lebih-lebih lagi yang berbadan besar dan gempal..besar kemungkinan Miss V mengluarkan bau yg kurang selesa kepada umum..*pengalaman menaiki LRT dengan yang bertubuh besar..:)
ye la.. kadang-kadang malu juga bila bau begitu. terus rasa tak selesa. orang cakap, makan yogurt untuk elak keputihan.
ReplyDeletemakan yogurt ye? ros baru tahu ni..okeyh, ty..kdg ros sendiri mengalamai keputihan..tapi sebelum dtg haid..mungkin juga normal kan..:)
DeletePerkongsian yg baik!
ReplyDeleteKalo time period tu, kena rajin ganti pad. bkn sbb dah 'penuh'. Tp sbb tak elok biar bhg tu berlembab.
haaaaaaaa..ni satu lagi, itulah sebabnye bagus kalau berkongsi tips ni kan kak..memang ye jugak..kadang org tkar sebab dh penuh..tapi drh perempuan ni kalau lelaki memang cepat terbau..kan kak?
Delete