Sunday, December 2, 2012

TIPS: 10 tips diet yang sihat.


langsing dan cantik merupakan impian setiap wanita. Walaupun tidak mudah untuk dilakukan, tetapi ramai wanita rela menahan lapar dan bersukan selama berjam-jam. Diet yang baik bukanlah dengan cara berpuasa yang berterusan jika mengganggu gugat kesihatan..apa yang penting mengikut peraturan makanan berdasarkan umur dan juga aktiviti sampingan. Berikut ialah beberapa tips yang dijamin menjadikan diet lebih baik dan sihat:

1- Makanlah secukupnya dan atur jumlah kalori yang diambil secara bijaksana.

2- potong buah-buahan yang anda suka dalam potongan kecil untuk menggantikan makanan ringan yang tidak sihat.

3- Hindari memakan snek yang diletak di dalam bekas. Letak di dalam piring atau cukup dengan hanya mengambil segenggam.

4- Jika anda termasuk dalam orang yang menyukai roti, pilihlah yang mengandungi bijirin penuh.

5- Hindari makanan yang berlemak lebih dari 10%. Baca label maklumat nutrisi pada tin / plastik makanan.

6- Catatlah makanan yang telah anda makan selama 2 minggu.

7- Mentega mempunyai kandungan lemak tepu. Hindari atau ganti dengan yang rendah lemak.

8- bawalah botol air minuman walau kemana pun anda pergi. Dengan itu, anda tidak akan mengalami dehidrasi dan juga lebih sedikit kemungkinan untuk memilih minuman yang bersoda ataupun terlalu banyak gula.

9- Cubalah melakukan detoksifikasi untuk mengeluarkan racun dalam tubuh (Detox Foot tu pun oke rasanya) heeeeee;D

10- Minumlah air mineral dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..:) 

* itu sahaja TIPS DIET untuk kali ini..ada lebih 40 Tips Diet yang Sihat yang akan sy kongsikan berdasarkan bacaan saya..tungguuuuuuuu! :)





1 comment:

  1. What a suff of un-ambiguity and pгesеrveneѕs οf prеciouѕ know-how abοut unexpected feelingѕ.


    Hеre іѕ my blog ... dietas sanas

    ReplyDelete

Terima Kasih!