Monday, December 3, 2012

orang kata: malu biar betempat..:)


orang kata: kalau kita malu biarlah bertempat..
tapi kalau saya yang malu, tak tahu lah nak katakan ianya bertempat atau tidak, yang pasti saya rasa macam nak sorokkan sahaja muka saya ini jika saya bertemu secara langsung atau tidak langsung dengan LELAKI..

lebih-lebih lagi lelaki yang saya tak kenal..kenapalah saya begini..?

waktu dalam Siaran Langsung Solehah pun saya kalau boleh nak elak, bukan setakat waktu LIVE, waktu rehearsal bersama / berdepan dengan abang-abang camera sahaja saya tak sanggup inikan pula bila ada yang menyakat saya ketika di backstage atau di depan stage sewaktu rehearsal..

saya ni tak camput orang ke?

bukan saya tak gamble dan bersahaja dengan lelaki, saya memang bershaja dengan mereka lebih-lebih lagi rakan sekelas sewaktu diploma, perangai saya berubah setelah "sesuatu" teerjadi..saya rasa macam tak nak percaya lelaki, tak nak jumpa lelaki..nak sorok muka..kalau boleh pendek kata dalam group pun tak nak campur dengan lelaki..bagi saya mereka semua dalah sama..

waktu debat bahasa arab yang dijalankan, sememangnya saya dan kumpulan saya juga ada seorang lelaki, tetapi pangkat adik..lecturer yang membimbing kami juga adalah lelaki..tapi bila nak latihan, ya ALlah...! punyalah MALU nak cakap lantang..! 

terkadang saya terfikir, kenapa saya tak boleh nak bekerjasama dengan lelaki..padahal dengan lecturer lain pun mostly lelaki..dan saya juga rapat denan mereka..saya hormati mereka..adakah disebabkan sifat ANTI saya terhadap lelaki membuatkan perangai saya juga berubah?

kalau kau nak tahu kan diary, aku kalau boleh macam nak jadi katak dibawah tempurung yang tak jumpa dengan manusia..jadi pengecut, penakut..padahal waktu presentation dekat dlam kelas suara aku paling lantang..! dalam group sendiri pun aku sebagai ketua..

semuanya berbeza disebabkan perkara "sesuatu" itu..

rasa macam nak keluar dari kepompong malu..
tak perlu pun macam ni jika nakkan sesuatu kebaikan..

waktu saya mengajar di SRA (JAIM) Ujong Pasir, waktu sekolah mengadakan hari bertemu dengan ibu bapa untuk mengambil keputusan result anak-anak/ mengambil buku rekod..dah lah baru sahaja menjadi guru ganti disana..punya segan nak bercakap dengan ibu bapa...nasib baiklah ada adik-adik yang comel depan mata..terus semangat nak cakap macam mana tahap pencapaian anak-anak mereka..

kadang-kadang juga saya terfikir, dulu saya tak pernah macam ni..sekarang saya jadi takut, malu, segan...semua ada..memanglah malu tu separuh dari iman..tapi kalau tak kena gaya rasa macam nak lempang sahaja pipi yang semakin debab ni laju-laju...

adakah disebabkan sesuatu itu?

huhu.....

sungguh saya tak suka!

2 comments:

  1. Kena kenalpasti..MALU atau MENGELAK sbnrnya?

    Utk atasi sesuatu yg kita takut..LAKUKANNYA.
    tapi bknla terus jd tak tau malu. :)

    ReplyDelete
  2. haha..mengelak pun iye jugak..mengelak dari lelaki sebab malu! tapi kita okey je kak..cuma..tak tahu lah, semenjak kena gangguan membuatkan kita jadi macam ni..mak kita ckp kena lawan..huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih!