Friday, January 11, 2013

Wulan Guritno Agak Kecewa Sekali Dengan Jozan Malam Ini.



Alamak! Zizan kenapa terloncat-loncat macam beghuk pulak ni? Amboi bahasa dak ros..maaf abg zizang! tapi pelik jugak tengok abg Zizang kurang idea untuk malam ini untuk performance yang pertama iaitu Peribahasa..

Hopefully Zizan will do his best for the next perfomance iaitu Silent ! 

dan tadi Wulan sendiri udah bilang bahawa dia agak kecewa dengan performance Zizan untuk minggu ini..mungkin juga sebab johan? wallahu a'lam...harap komen dari Wulan tadi tidak mengganggu konsentrasi Zizan pada performancenya yang kedua nanti....:) 

Peace abe Zizang! ;)

Resipi Spaghetti Goreng - Esok! yeayyyy! ;)




Bahan A:
200 gm isi ayam, hiris nipis
10 ekor udang
2 sudu makan (bumbung) sos barbeku tradisional
2 sudu makan (bumbung) sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan oregano
1 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar - boleh kurangkan jika tak mahu pedas
Sedikit lada sulah
Bahan B:
1 labu bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 biji tomato, hiris
1/2 biji lada benggala, hiris
Bahan C:
200 gm spaghetti, direbus
Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan A dan perap (saya perap dalam 4 jam).
2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan A, tomato dan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan lada benggala. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.

Mainan Yang Tepat Untuk Anak Anda.



Rasulullah saw mengakui betapa pentingnya alat permainan bagi anak - anak. Sebagaimana beliau mendiamkan Aisyah ra. bermain boneka - boneka. Begitu juga Rasulullah pernah bergurau dengan anak kecil, Abu Umair yang sedang bermain - main dengan burung kecilnya. Bahkan Husain, cucu Rasulullah pernah mempunyai anak anjing untuk bermain - main. Anjingnya ditambat di kaki tempat tidur Ummu Salamah sehingga menyebabkan Jibril tidak mahu masuk ke rumah. Jibril berkata kepada Nabi,"Sesungguhnya, golongan malaikat tidak masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung, anjing dan orang yang sedang junub" (HR Abu Ya'la)

Memberikan mainan sangatlah penting bagi pertumbuhan keahlian dan otak anak anda.Banyak orang tua sering kali berpandangan bahawa memberikan mainan akan merosak mentaliti anak di mana anak lebih menyukai bermain dari pada belajar.

Sekarang ini mainan telah diubahsuai agar dapat merangsang anak anda untuk bermain sambil belajar. Memberikan mainan yang tepat akan membantu meningkatkan kesadaran (self-awarness) dan kreativiti si kecil.

1. Selamat
Memberikan mainan yang selamat bagi si kecil merupakan tindakan yang sangat bijak. Tanyakan penjual untuk menunjukkan kualiti keselamatan dikeluarkan badan pemerintahan setempat. Suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab apabila membeli mainan yang kualitinya tidak dapat dipertanggungjawabkan yang pada akhirnya akan merugikan kita sendiri.

Seringkali bayi anda akan mengunyah, mengigit dan menarik-narik mainan yang diberikan oleh anda. Bayangkan apabila mainan itu mengandung toksiK, cepat atau lambat akan menurunkan stamina dan kesehatan anak anda sendiri.

2. Warna yang Kontras dan Berani
Pada saat bayi anda berumur 1 bulan, penglihatannya dapat digambarkan seperti tv hitam putih. Dengan memberikan mainan yang berwarna terang dan kontras akan membangkitkan sinerji saraf - saraf yang berada pada mata sehingga dapat mula mengenal warna pada lingkungan sekitarnya.

Para orangtua memiliki pandangan yang berbeza dengan menghindari pembelian mainan yang berwarna terang dengan alasan akan merosak mata si kecil.

3. Bentuk dan Ukuran yang Berbeza
Mainan yang baik memiliki perbedaan bentuk dan ukuran yang berbedz seperti kubus, bola ataupun bentuk - bentuk lain. Si kecil akan belajar mengenal benda-benda yang sangat sederhana di mana di kemudian hari dia akan belajar benda yang akan lebih detail.

4. Mengandung Permainan
Semua anak suka bermain oleh karena itu pilihlah mainan yang mengandung permainan yang juga mengenalkan lingkungan sekitarnya. Anak anda akan sangat menikmati proses pembelajaran yang diberikan.

5. Bahan Mainan sesuai dengan Umur
Tanyakan si penjual mainan yang sesuai dengan anak anda. Produk yang baik biasanya menampilkan umur anak yang dapat bermain mainan rancangan mereka. Untuk anak umur 1 bulan sampai 1 ½ tahun lebih baik memberikan mainan yang lembut atau terbuat dari kain yang selamat bagi anak anda dengan mengandung sedikit unsur plastik. Pastikan anak anda memperoleh mainan sesuai dengan umur yang tertulis pada setiap produk yang ditawarkan.

6.sesuai dengan kemampuan kewangan
Permainan yang dibeli seharusnya bergantung kemampuan kewangan keluarga anak tersebut. Memadailah dengan mainan yang murah tapi bermanfaat kepada anak berbanding mahal tapi tidak sesuai dengan perkembangan anak - anak.

Anak juga diajar untuk mengemas kembali mainannya setelah digunakan.

sumber: http://anak-teladan.blogspot.com/

*baru tadi belikan barang mainan untuk Aisy Arysha, belikan baju sweater, belikan cloth diaper..seronoklah Arysha..:) nanti dah boleh pakai sweater bila keluar malammmmm..yeay! leh teman mak ngah selalu! :)