Sunday, December 30, 2012

Arysha Meragam.


bismillah,

Alhamdulillah opah Arysha dah selamat sampai dirumah pukul 3 pagi semalam..tapi Arysha hari ini tetap juga meragam..mak ngah sendiri tak tahu nak buat apa..adakah disebabkan Arysha kurang minum susu mama dia atau dia lapar? atau perut dia kembung? kadang kala neneknya sendiri pun tak tahu kenapa Arysha macam tu..mama Arysha lagi lah bertambah pelik dengan gelagat Arysha..risau kata dia..yelah, anaknya asik melalakkkkk dan meragam tak tentu pasal..


agak-agak ape ye sebab budak meragam macam ni?

nak cari dalam encik google kejap..:)

Hye, Saya Arysha..Budak Banyak Fikir!

Tengok sahaja gambar ni, dah menjelaskan semua..Arysha memang suka mikir banyak..tak tahulah kenapa muka dia kalau tidur dahinya mesti berkerut..

Mak ckp satu hari nanti mungkin dia nak jadi seperti Zeti Akhtar Aziz..

Wow! Dalam kepala Asha dah fikir duit ye? Kecik3 dh pandaiiii :p "̮ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ"̮‎​​

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TIPS: Mengatasi Rambut Berminyak.


Cara untuk mengatasi rambut berminyak adalah seperti berikut:-

1- Jangan mencucinya setiap hari. Semakin bersih rambut, semakin mudah pula minyak terserap ke dalam helaian rambut tersebut sehingga menjadi sukar untuk dibersihkan. Pastikan anda mencuci rambut sehingga bersih dari kotoran dan ditanggalkan dengan sempurna.

2- Gunakan Syampu yang mempunyai pH ringan yang seimbang dan semampu mungkin elakkan pemakaian pelembab pada bahagian pangkal rambut. Sapu hanya pada bahagian tengah dan hujung rambut sahaja.

3- Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak dalam menu makanan sehari-hari, dan banyakkan makan sayur-sayuran.

4- Kemungkinan sudah tiba masanya untuk kita menggantikan syampu. Berjumpalah dengan pendandan rambut anda dan ikut apa yang disarankan. Sebaik mungkin elakkan produk untuk mengilatkan rambut seperti syampu dua dalam satu dan serum untuk kerinting halus.

*kita post pasal ni sebab rambut kita kadang berminyak..lagi-lagi kalau berpeluh dan mudah busuk! lepas tu rasa macam nak tadah je minyak rambut tu buat gorengggg! hu..hu..hu..