Sunday, December 30, 2012

TIPS: Mengatasi Rambut Berminyak.


Cara untuk mengatasi rambut berminyak adalah seperti berikut:-

1- Jangan mencucinya setiap hari. Semakin bersih rambut, semakin mudah pula minyak terserap ke dalam helaian rambut tersebut sehingga menjadi sukar untuk dibersihkan. Pastikan anda mencuci rambut sehingga bersih dari kotoran dan ditanggalkan dengan sempurna.

2- Gunakan Syampu yang mempunyai pH ringan yang seimbang dan semampu mungkin elakkan pemakaian pelembab pada bahagian pangkal rambut. Sapu hanya pada bahagian tengah dan hujung rambut sahaja.

3- Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak dalam menu makanan sehari-hari, dan banyakkan makan sayur-sayuran.

4- Kemungkinan sudah tiba masanya untuk kita menggantikan syampu. Berjumpalah dengan pendandan rambut anda dan ikut apa yang disarankan. Sebaik mungkin elakkan produk untuk mengilatkan rambut seperti syampu dua dalam satu dan serum untuk kerinting halus.

*kita post pasal ni sebab rambut kita kadang berminyak..lagi-lagi kalau berpeluh dan mudah busuk! lepas tu rasa macam nak tadah je minyak rambut tu buat gorengggg! hu..hu..hu..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!