Thursday, November 29, 2012

TIPS: Anda perlu pandai memilih alat kosmetik dan hindari dari 70 Kosmetik Berbahaya ini.


Bismillah,

dalam tidak sedar kita khususnya perempuan, wanita, gegurl semua terdedah dengan penggunaan bahan kosmetik yang telah dikategorikan berbahaya..bahkan ianya sangat familiar dalam kehidupan seorang wanita..kita akan kelihatan lebih anggun jika bermake up..tapi inilah hakikat yang perlu kita sedari bahawasanya ada bahan yang berbahaya yang terdapat dalam setiap kosmetik yang kita gunakan..maka, dengan itu berwaspadalah bagi semua wanita yang sangat sukakan koleksi kosmetik..

sumber yang ros dapat ini adalah dari bahan bacaan yang ros beli sendiri, bukan sekadar dibuat tanyangan di blog ini malahan ianya sangat memberikan impak buat diri ros..sebab ros sendiri wanita..jadi perlu peka dengan semua benda yang merbahayakan diri kita..siapa yang tak nak cantik kan? dan siapa pula yang mahu menggunakan produk-produk yang berbahaya..

Perhatikan sama ada anda memiliki atau menggunakan salah satu produk yang dinyatakan ini. Ini kerana semenjak September 2008 - Mei 2009 telah diumumkan 70 jenama kosmetik yang mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri. hasil dari ujian yang dilakukan di makmal. Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan gangguan saraf, gangguan perkembangan janin, dan penyakit kanser. berikut ialah senarai 70 Kosmetik yang dikeluarkan oleh badan berwajib sebagai produk berbahaya yang terbahagi dalam 4 kategori iaitu kosmetik penghias mata, solekan di wajah, kosmetik pewarna rambut, kosmetik rawatan kulit dan mandian.

A. 18 merek kosmetik rias wajah dan rias mata mengandung bahan berbahaya dan bahan terlarang:

Cassandra Superior Quality Lipstick No. 1-10
Cassandra Superior Lip Gloss No. 1-12
GLD Garland Lipstick No. 9
Marie Anne Beauty Shadow No. 4, 5, 6, 8
Marie Anne Blush On No. 3
Sutsyu Eye Shadow Blusher 01
Sutsyu 18 Colors Eye Shadow 01
Sutsyu Lipstick Colors Fix No. 1, 3, 4, 6
Sutsyu Lipstick Colors Fix No. 5
Asnew Blush On
Cameo Makes You Beauty Detox 4 in 1 Complete Make Up
Marimar Eye Shadow Powder Cake
Natural Belle Colors Fix Lipstick No. 313
Olay 4 in 1 Complete Make Up
Pond's Detox Complete Beauty Care Make Up Kit
Pond's Detox Eye Shadow Blusher Lip Gloss, Creme Powder No. 1-2
Pond's Detox Complete Beauty Care Eye Shadow Two Way Cake
Pond's Detox Complete Beauty Care

B. Tujuh merek kosmetik pewarna rambut mengandung bahan berbahaya dan bahan terlarang:

Casandra Hair Dye Pink C-14
Casandra Hair Dye Maroon C-17
Casandra 3D Profesional Hair Colors Cream Hair Dye Wine Red C-9
Salsa Hair Colorant Pink Colors (S- 018 )
Salsa Hair Colorant Cherry Red (S- 019 )
Casandra Hair Dye Maroon C-17
Casandra 3D Profesional Hair Colors Cream Hair Dye Grape Red C-11

C. 44 merek kosmetik perawatan kulit

Caronne Beauty Day Cream
Caronne Whitening Cream (Day Care)
Caronne Whitening Cream (Night Care)
CR Lien Hua Bunga Teratai Day Cream
CR Lien Hua Bunga Teratai Night Cream
CR Racikan Ling Zhi Day.Cream
CR Racikan Ling Zhi Night Cream With Vit.E
CR Day Cream With Vit.E
CR UV Whitening Night Cream
CR UV Whitening Day Cream
DR's Secret 3 Skinlight
DR's Secret 4 Skinrecon
Dr. Fredi Setyawan Extra Whitening Cream
Dr. Fredi Setyawan Whitening Cream II
Fruity Vitamin C
Plentiful Night Cream
QL Papaya Peeling Gel
QL Day.Cream
QM Natural Vitamin C E
Scholar Night Cream
Top Gel MCA Extra Pearl Cream Plus
Top Gel MCA Extra Cream
Top Gel TG-3 Extra Cream
Topsyne Aloe Beauty Cream TS- 858
Topsyne Beauty Cream TS-3
Topsyne Beauty Cream TS- mega_shok.gif2
Topsyne Beneficial Skin Cream TS- 868
Topsyne Vit C Placenta
Topsyne Day Cream Night Cream
Topsyne Vit E C TS- 819
Topsyne Extra Beauty TS- 821
Elastiderm Decolletage Chest and Neck
Obagi Nu-Derm Blender Skin Lightener Blending Cream
Obagi Nu-Derm Blender Skin Lightener with sunscreen
Obagi Nu-Derm Toleran Anti Pruritic Lotion
Obagi C RX System Clarifying Serum
Obagi C RX C Therapy
Olay Total White
Olay Krim Pemutih
Pond's Age Miracle Day and Night Cream
Qianyan
Quint's Yen
Skin Enhacer
Temulawak Nutrition Cream

olay, ponds dan temulawak memang sangat familiar dikalangan perempuan..kannn? ros pernah gunakan temulawak untuk hilangkan bintil..tapi makin menjadi pulak bintilnya..jadi sekarang ros menggunakan Duofilm, tapi ada kaedah untuk menggunakannya..bukan sebarangan ye sebab sangat sensitif untuk kulit..apa-apa pun dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu..ros memang banyak sangat bintil kat muka..orang je tak perasan agaknya..sebab dah make up kan? ;) 

bintil tu ape ye? bintil tu kulit-kulit lebih..*segan nak kabor kan..:P
okey, apa-apa pun hati-hati lah dengan jenama kosmetik di atas! 

bye~

Wednesday, November 28, 2012

JOHAN Adam Hawa tu memang tak pernah tetap hatinya!


Johan: "kalau cincin ni bukan untuk Ain, bukan juga untuk Azie.."

perghhhhhhh...senang-senang je lelaki yang tak tetap hatinya ni kan? ingat hati ni boleh dibuat main ke? boleh dilayangkan ke sana ke sini?
kalaulah aku jumpa lelaki jenis macam ni memang mahu sahaja dilesing-lesing!
panass...panasss..*eyh, macam aku lak adik Ain yang nak emosi-emosi bagai :P

tapi itulah hakikatnya LELAKI kan?
bila dah putus dengan yang ni, cuba pula dengan perempuan lain..ibarat tukar baju pula..dah busuk yang tu..tukar pakai yang wangi sikit, yang baru..busuk lagi..tukar lagi..banyak juga yang terjadi kepada kawan-kawan ros..tahu-tahu jer dah bercinta dengan orang lain..jadi lebih baik senyapkan apa sahaja jenis perhubungan dari kita hebah-hebahkan tapi tak jadi..aduhhh! sedih kan? 

dan apa yang best Adam Hawa tadi ialah, Adam dan Ain dah kembali bersatu dan berbaik-baik semula..seronokkkkk..biarkan padan muka si Johan tu meroyan tak tentu pasal...

bagi sang jejaka yang terbaca post kali ni, jangan toucing-2 ye! ahakssss!

TIPS: Anda tetap cantik tanpa solekan.

bismillah..
hai semua, nak cerita..semenjak dah tak pergi mengajar ni, okey..fahamkan ayat..maksudnya bercuti la..semenjak cuti sekolah ni, muka ros pun cuti tanpa sebarang make up, memang tak berapa nak suka pakai make up dan akalu boleh i am really like to look natural than tepek muka dengan make up..hehe..:) kadang tu kalau dah datang sekolah awal, memang tak make up langsung lahhh..lepas solat Zohor dekat sekolah baru make up..jadinya semua barang-barang termasuk tonner, moisturizer, krim, bedak compact dan semua benda alah tu memang ros bawa ke sekolah..agak leceh juga sebab ros ke sekolah bukannya naik kereta..tapi by motor..ada lesen kereta tapi takut sangat nak bawak..baguskan perangai? entah sampai bila pun tak tahu lah! ;) lebih selesa ke sekolah dengan menaiki motor..hikhik..:P memang macam supergirl lah naik motor tu..ngan selendang terkuak-kuak..nampak sikit muslimah yan bekerjaya..haha :P *muslimah terkuak-kuak ker ros? okey, sy pakai jenis labuh untuk ke sekolah..:) 
okey, kat sini nak kongsikan tips tetap cantik tanpa solekan..
tak semua orang suka bersolek, ada yang suka nampak natural..dan terkadang  tu ada diantara yang tidak mahu memakai sebarang alat solek dek kerana alahan dan sebagainya..jadi di sini ada beberapa tips yang boleh diguna pakai bagi mereka yang cintakan natural:-
1- Rajin membersihkan kulit muka. Ini merupakan jalan penyelesaian tercepat dan termurahhh! tak gitu? :)
2- Hindari Stress, Stress ni boleh menyebabkan naiknya wrinkle kat bahagian muka..;) percaya atau tidak..hindarilah stress anda dari dinaiki jerawat! Jerawat suka membiak bila kita stress, jadi tangani stress dengan baik ye dear!;) 
3- Selalu tersenyum, Senyum itu kan ibadah dan sedekah..tak ada rugninya kalau kita senyum, bila muka kita pucat..pastinya nampak agak kusam dan muram, jadi tanganinya dengan SENYUM..:) free3 dapat PAHALA..:) tapi kalau duduk seorang diri tu jangan pula senyum sorang-sorang, kang ada yang kata kita GILA pula! hehehe..;)
okey, selamat mencuba ye adik-adik manis..SMILE!