Showing posts with label jerebu. Show all posts
Showing posts with label jerebu. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Jerebu Oh Jerebu..



JEREBU

Maksud:

Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ahíla terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. 

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan arbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Suatu Hari...


bismillah..

hye dan salam untuk semua pembaca tegar blog ros..tegar tak tegar asalkan tiap-tiap hari ada lah dalam 30 orang yang sudi baca..haha..:P tak kisahlah kannnn..

agak lama jugak tak update tentang kisah hidup sendiri dekat blog kesayangan ni..rasa nak update tapi malas tu lebih menguasai diri..jadi dibiarkan blog ini kosong tanpa penulisan melalui hati..kalau ikutkan entry ros yang sebelum ini..ros lebih kepada perkongsian contoh soalan yang ros dapat dari pensyarah IPG..maklumlah..memang tahu ramai yang mencari contoh soalan lebih-lebih lagi soalan dari jabatan Ilmu Pendidikan...iaitu Falsafah dan Etika Guru dan juga Psikologi Pendidikan..memang famous amous lah subjek killer ni..;) tapi apa-apa pun bersyukur sebab dapat jawab dengan baik waktu exam hari tu..:)

baiklah, tak nak merepek sakan sangat tentang isu lain..nak bangkitkan tentang isu HATI sendiri..actually, buan pasal diri sendiri pun..pasal kawan baik ros ssendiri sebenarnya..tapi duk rasa geram dan duk mikir tak habis-habis pasak hubungan kawan baik dan teman lelakinya yang juga kawan baik ros..kami semua dah macam adik beradik..tapi apakan daya...mungkin sahaja jodoh tidak panjang..putus ditengah jalan tatkala dalam perancangan nak nikah..sedih kan..ros paling sedih sebab peernah jadi orang tengah diorang..entahlah..sejujur-jujurnya...semua perempuan nak kan lelaki yang jujur dan setia dalam hidup..ros sendiri pun macam tu jugak..tapi LELAKI ni kita susah nak tafsirkan mereka macam mana..ikutkan hati ros, memang ros akan cakap semua lelaki sama sebab majoriti mereka berperangai dan buat haal mende yang sama..

  • memang menimbulkan rasa geram juak lah..sibuk jek nak geram-geeram hal orang kan dak ros ni..tapi inilah hakikat yang sehingga sekaarang ros tak dapat nak terima...huhuhu..tu lah sebab status ala-ala orang tak nak hidup...punye teruk bahasa yang ros gunakan..:P maaf lah, ros memang tak selindung dah ni..perangai ros macam ni lah...orang lain ada masalah ros yang lebih emosi..sebaab apa nak tahu? sebab ros fikir benda macam ni tak mustahil akan jadi pada kita...ya ALlah...sedihnyerrr...sedih sangat-sangat..:'( tak nak lah berlaku pada diri sendiri..
sebenarnya..dah cuba fikir positif pasal lelaki..tapi ros tetap tak bleh dan memang jenis ros tak mudah percaya...hurm, susah kan kalau dah negatif terlebih dengan lelaki..patutlah tak ada orang nak...huhu..:'(

okey lah...nak end up this entry..nanti kalau cerita banyak-banyak sendiri sakit hati....makan hati..huhu..tapi tak pe, makan hati leh tambah darah..hehe...:) senyum dan teruskan senyum walaupun dalam keadaan terpaksa tau rosss! ;)

pssttt! jangan keluar rumah..jerebu sangat teruk skrg ni..banyaakkan minum air masakkkk....;) peaceee!