Saturday, June 29, 2019

DISKAUN 20% - Mary Kay


 DISKAUN sehingga 20% sekiranya anda Shopping Barang Mary Kay dengan Ros

klik pada gambar πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Thursday, June 27, 2019

Mary Kay Promo Jun










Sekiranya berminat, boleh contact ros melalui link di bawah iniπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Www.wasap.my/60183974517

Last promo 30 Jun 2019 ini tau guys, so, jgn lambat3 untuk harga yg lebih murah dan diskaun 20%😘 

 


Thursday, June 20, 2019

MOTIVASI DIRI.

Kamu tidak akan sampai ke perhentian "kejayaan" melainkan kamu akan berhenti di beberapa perhentian sebelumnya, antara nama perhentian itu ialah :
(1) gagal,
(2) letih,
(3) kecewa,
(4) disangsi orang,
(5) putus asa.
Seseorang yang hebat hanya akan singgah sebentar sahaja di 5 perhentian tadi kerana dia tahu perjalanannya akan berakhir di perhentian "kejayaan".

Kongsilah @pendidik4u

Positifnya seorang Guru!

Tertarik dgn coretan ni.....👇🏻

Ketika ralit menghirup teh tarik di kedai mamak, aku terpandang kelibat sepasang warga berusia emas berpimpin tangan masuk ke kedai. Lantas mereka duduk berdekatan meja aku yang kosong. Aku melemparkan secebis senyuman walaupun tidak semanis teh mamak ni.

"boleh duduk sini cikgu?" sapa si lelaki berjanggut putih. Pakaiannya kemas dan nampak smart walaupun usia hampir 80 an. Aii macam tahu tahu aku cikgu. Rupanya dia tahu berdasarkan nametag dan pen yang tersisip dalam poket aku. Ada pen hitam dan pen merah.

Banyak benda yang dia tanya aku tentang isu sekolah zaman kini. Rupa rupanya dia bekas pengetua sekolah cemerlang. Anak anak 5 orang. Semuanya sudah berumahtangga. Kesemuanya berjaya dalam hidup. 2 orang doktor yang mana seorang daripadanya sedang buat MA di Ireland, seorang engineer di Dubai. Seorang pensyarah di IPTA berstatus Dr. Manakala yang bongsu mengikut jejak sebagai pendidik.

Sifirnya mudah cikgu katanya bila aku bertanya rahsia kejayaan beliau. Memudahkan insan lain sudah pasti akan dipermudahkan nanti. Sentiasa fokus pada tanggungjawab sebagai guru, mendidik dengan penuh keikhlasan dan tidak berkira. Memperbetulkan niat kerana tuhan. Ganjarannya akan datang sendiri ujar beliau.

Kita sebagai ibu bapa, bermain dan bermesralah dengan anak anak ketika mereka kecil. Kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskan mereka pergi. Jangan sampai waktu keemasan itu berlalu pergi kerana kesibukkan kita terhadap kerja yang tidak akan pernah habis.

Sebab itu beliau tidak berkisah jika ada guru yang terpaksa menguruskan anak dan mengurangkan aktiviti pada hari Sabtu supaya guru guru beliau dapat bersama keluarga.

Rahsia beliau sihat hingga ke usia emas adalah beliau tidak pernah MC. Malah tetap ke sekolah walaupun demam atau sakit ringan. Percayalah tuhan akan memberi ganjaran jika kamu ikhlas. Malah ada guru beliau yang sering MC diuji dengan penyakit yang sukar sembuh. Jangan tipu MC pesannya dalam nada keras. Tersentak aku menahan serdak serbuk teh dari naik ke hidung.

Ibu bapa sekarang terlalu lembik. Manjakan anak tidak kena tempat. Hasilnya adalah generasi yang bingung dan mudah sentap. Jika ibu bapa tidak berpuas hati dengan guru, mereka terpaksa berhadapan dengan beliau dahulu. Beliau menjadi pembela setiap guru dibawahnya. Cikgu jangan buang masa melayan karenah ibu bapa pelajar. Serahkan kepada pentadbir untuk uruskan. Itu tanggungjawab kami katanya lagi.

Jangan bimbang cikgu. Kita mendidik anak orang lain. Allah pasti bantu anak kita. Lihatlah kebanyakkan anak guru sentiasa berjaya walaupun ibu bapa sendiri tidak ajar pun anak di rumah.

Tanggungjawab kami sudah selesai. Ini lah masa yang tersisa untuk kami menghabiskan waktu bersama tanpa gangguan. Walaupun terasa sepi tapi kami dapat ke surau dan mengaji bersama sementara menunggu nafas kami berhenti ujar beliau sambil melirik mata ke arah pasangannya yang juga bekas guru besar sambil tersenyum.

Kagum, terpana, terkesima.

Mampukah aku menjadi seperti mereka ini?Perit di pipi bagai ditampar tampar..

Aku cuma orang biasa namun, aku mampu lakukan jika aku mengikut jejak yg betul dlm dunia ini. Untuk itu, aku ikhlas memesan kalian dlm dunia pendidikan mahupun mendidik anak2 di rumah, ikutlah jejak org2 berjaya dan didiklah hati supaya ikhlas berkhidmat. Aku juga penat apabila ditugaskan dengan sesuatu tanggungjawab, tetapi percayalah jika ikhlas hadir bersama2 inshaAllah semua kerja yg ditugaskan akan ringan. Usah mengikut rentak orang negatif di sekeliling kita. Yang jelas akan merugikan kita semua.

Untukmu pendidik 》》》 pensyarah, guru dan ibu bapa.

Info ini copy dari telegram Channel Pendidikan
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

Alhamdulillah, ruang masa yg ada diisi dengan pembacaan positif seperti ini..sangat terasa bila sendiri tak mampu merasakan seronok ke sekolah atas faktor pentadbiran..tapi..semangat yg ada hanyalah apabila adanya anak murid di depan mata😭

Beruntungnya aku...punya anak didik sebijak mereka, biarpun keputusan tidak seberapa, tapi keikhlasan mereka jelas nyata terasa❤

Wednesday, June 19, 2019

Tiada Keseronokkan ke Sekolah.

Bismillah, alhamdulillah 19 Jun 2019, tak ke sekolah sebab semalam sakit kepala. nk kata sebab puasa rasanya memang bukan sebab puasalah kan.. memang sebab OTAK dah tepu.. tak boleh nak terima arahan dah agaknye...semua yang masuk keluar semula.. baru dua hari puasa enam untuk tahun ini.. harap lepas ni boleh puasa lah sambung puasa enam..puasa ganti tinggal 1 hari je lagi nak diganti...yeeehaaaa!

ok, berdasarkan tajuk, dah tiada keseronokkan ke sekolah..kalau stress sangat nanti takut GILA pulak kan..harap Dr. Maszlee Malik ambil berat lah kes cikgu-cikgu yang nak berpindah ni..janganlah dipandang enteng... belum kes cikgu stress dengan Pentadbiran sekolah lagi! :( 

seriously tak seronok nak ke sekolah, fikirkan anak-anak didik je ni...klu x rase nk berhenti mengajar pun yer jugak...tak pernah lagi rasa mcm ni..kepincangan sistem sekolah yang bermula dengaan lemahnya pentadbiran atasan seperti Guru Besar.. sebagai guru rasanya tak sepatutnya nak mengugut guru-guru..jadilah seorang yang PROFESSIONAL..

ini tidak, asik naak ugut aje kerjanya...penat dah dengan DRAMA mereka! letih...alhamdulillah dapaat MC dua hari..doktor pun boleh tahu agaknye tekanan kita..dua hari dia bagi..ni bukan mintak tau! tidak sama sekali..ni doktor yang kasi...

nak tunggu hujung tahun lama sangat rasanya...semoga Allah mudahkan urusan untuk pindah sekolah ke Melaka hujung tahun ini..sebab nak buat kerja sampai ke petang pun dah tak ada rasa..rasa nak balik cepat-cepat aje setiap kali datang sekolaah..dulu selalu aje balik lambaat...ssekarang...naak tunggu sampai kerja siap pun memang takkan dah! 

semoga Allah beri hidayah pada aku, kawan-kawan aku dan KAU yang sepatutnya tinggalkan sekolah ini lebih dulu dari kami!