Thursday, June 11, 2015

Lahirnya Anak Hebat Ini..A'isyah Humaira'...


bismillah..

alhamddulillah..bersyukur kehadrat Allah kerana DIA..aku masih bernafas di muka bumi ini...segala -galanya adalah pinjaman dan DUNIA hanya sementara...

Alhamdulillah juga Humaira' kelihatan semakin sihat dari yang sebelumnya..mana tak nya..budak kecik sorang ni nak balik ssemua kalut nak bagi yang terbaik untuk dia..walid..nenek..wan..mummy semuanyalahhh...ibu pun sama fikirrkan yg terbaik untuk awak lepas awak intubated ssemula hari tu..risau hati ibu lepas awak dah discharge..biarpun sebelum tu ibu dah room in dengan awak..ibu memang rasa confident...lepas hari ke-5 awak duk rumah tiba-tiba awak tersedak susu ddan badan awak mula membiru...ibu kalut tak tahu nak buat apa...menangis ddan terus bgtahu nenek ape yang nak dibuat ni? tak tahu nak buat ape..pernafasan awak pun waktu tu dah tak stabil..walid pulak baru je balik KL..nak call walid takut walid risaukan awak..ibu pulak fobia dah nak masuk HOSPITAL MELAKA tu..rasa macam trauma dengan apa yang pernah terjadi pada ibu dan awak....benda yang memang ibu rasakan insyaAllah tak ada apa-apa yg akan berlaku ketika di labour room dan akhirnya membawa kepada berita sedih buat ibu tentang keadaan awak..haish...banyak pulak benda yg dah berkait yang ibu nak ceritakan kat sini...

hari ini ibu kumpul kekuatan untuk berkongsi dengan semua tentang keadaan awak...berat rasanya pada hari ke-2 dan seterusnya selepas ibu lahirkan awak...tanggal 2 Mei 2015 yang sememangnya akan ibu kenang sampai bila-bila...sungguh ibumu TRAUMA! :'(

bermula ibu masuk daftar pada 1 Mei 2015..ibu datang ddengan walid..nenek yang hantarkan sebab walid waktu tu tak bawak balik kereta..kami jalan seiringan dalam pada tu ibu minta walid doakan ibu...ibu dah start risau sebab waktu turun darah pada malamnya  banyak..waktu ibu kencing pun darah beku still keluar..ibu agak kaget juga..jadi ibu decide lepas walid balik Melaka ibu nak ajak walid terus ke hospital,,,sampai sahaja di hospital walid daftarkan ibu dan ibu tukar baju pakai baju kaler pink..tunggu doktor panggil untuk cek CTG alhamdulillah CTG a.k.a cek jantung awak semua ok...syukur ibu..lepas dah cek CTG doktor scan dan dari situ doktor sahkan air ketuban dah kurang..jadi doktor ccakap ibu kena cepat bersalinkan awak...ibu ni ikutkan aje kata doktor...ibu duk mesej walid gtau walid keadaan ibu ddan ibu tunggu sekejap dduduk lepak-lepak makan roti yg walid belikan pastu ibu dengar doktor panggil nama ibu untuk bincang dengan walid nak tandatangan borang tanda setuju untuk di induce..ssebab bukaan ibu memang 1.5cm..tak de bukaan dan kena paksa ada bukaan jadinya kena doktor nak masukkan ubat supaya ada progress bukaan..ibu memang tak ada lagi rasa ssakit-ssakit melainkan asik la ke toilet nak terkencing...

waktu di labour room, doktor asik la datang ccek bukaan ibu ssetelah diorg letak ubat...waktu tu dalam pukul 8 malam kalau tak salah...dan nursse letakkan CTG untuk cek jantung baby..pukul 11 malam ibu dah mula rasa contraction yang kuat...pinggang ibu ni tak payah cakaplah...siap request dekat nurse dan doktor supaya walidd temankan ibu dan gosok-gosok beelakang ibu..tapi apakan daya..walid tak ikuti kursus peneman..mana tak nya..ibu bukan check up bulanan di Melaka...huhuhuhu..jadi ibu redha dan mulut ibu sentiasa membaca doa Laila ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin...rabbi yassir wa la tuassir..ddan diselangi dengan menyebut Allah..Allah...memang tak tahu dah apa rupa ibu waktu tu nak...ibu ulang ke tandas jela...dan kadang ibu duduk di kusyen yang ada...untuk hilangkan rasa sakit contraction...terketar rasanya kaki...nurse panggil untuk ceek semula CTG...waktu tu dah pukul 2 lebih...memang dah rasa sakit sangat-sangat...doktor pun agak lambat masuk dan tengok CTG dengan muka yang agak merisaukan..ibu tanya doktor kenapa..ibu tahu doktor tu Housemenship..doktor senyap...dia kata ibu boleh duduk diam tak...CTG kejap ada kejap drop..ibu dah start risau...pukul 3 ibu tanya doktor tak de jalan lain ke? saya nak ceasar...sebab bukaan memang tak ada...doktor buat tak tahu....ya Allah sedihnyala ibu rasa...ibu tengok MO masuk ddan ccek CTG...muka MO pun dah lain...ibu pelik sangat kenapa tak dibuat ceaser..sebab jantung awak kejap ada kejap tak ade...Allah....

ibu sabar tunggu progress bukaan..setiap kali doktor datang ibu tanya bukaan saya berapa...baru 4cm.ish,,takkan lah...saya ddah sakit sangat ni..rasa macam kepala anak ibu tu dah nak keluar sangat dah...ccontraction memang kerap...sehinggalah membawa ke pukul 7 pagi...waktu tu ibu memang dah rasa sakit,,nak capai phone pun ibu dah tak larat....ibu jerit panggil nurse...nurse....doktor...doktor....sorang pun tak ada....CTG pun ibu dah tak tahu entah kemana,,tudung ibu sendiri entah macam mana,,ibu dah tak heran asal awak selamat je dalam perut ibu ni..ibu risau..dalam 30 - 40 minit barulah nurse masuk dan HO yg bertugas pada wktu pagi masuk...ibu cakap...nurse...sy dah nak bersalin sangat dah ni..anak saya dah nak keluar ni....dia marah ibu..dia kata bukaan ibu baru 6cm...

tak lama lepas ibu cakap tu ibu nampak MO masuk...doktor A yg memang bertugas malam masuk dan agak terkejut tgok dekat bawah ibu..ibu tak tahu lah kenapa muka dy macam tu...dalam hati..aku dah cakap dah yang aku dh nak beranak sangat-sangat...:'( sampai hati korang tak masuk3 bila aku panggil...:'( sedihhhhhh...

tak lama lepas tu, doktor A suruh ibu teran...ibu naikkan kaki dan kaki ibu memang dah menggigil sangat3...ibu ccuba teran dan mungkin ini kali pertama ibu tak pandai nak teran plus ibu dah tak ada daya...

ibu dengar doktor suruh nurse ambil vakum...dan 10minit selepas itu awak selamat dilahirkan...waktu tu ibu rasa ibu pengsan sekejap dan sedar-sedar ddoktor cakap anak awak tak menangis ye...


ibu cakap..ya Allah...dalam hati ibu harap awak ok nak....:'(


setelah selesai dijahit...(part jahit ni memang sakit yg amat..alhamdulillah selesai ssetelah 25minit...) dalam hati Allah..sakitnya lah..diorang boleh duk berbul-bual...bila nak habis...dan ibu tak sabar nak tengok awak...

kemudian ibu ditolak keluar dari labour room...semua masing-masing pegang anak...ibu pelik..mana anak aku..kenapa diorang tak letak kat aku sekali? ibu tanya nurse..anak saya mana? nurse jawab: anak wak di NICU....

Allah....sedihnya ibu rasakan...ibu pendammm..dalam hati ibu berdoa agar awak selamat...ibu tak sabar nak ditolak ke wad...ibu mesej walid...walid call ddan ibu suruh wwalid tengok awak di NICU...

ibu memang letih dan penat sangat sampai ibu tertidur...kemudian ibu di tolak ke wad biasa...ibu tanya walid tentang awak..ibu cakap ibu tak sabar nak teengok awak...

walid kata: alhamdulillah..anak kita ok..cuma masih dalam pantauan doktor...

ibu cakap...alhamdulillah OK...

sejurus lepas tu..ibu lupa walid pergi ke mana...ibu dengar nurse berbisik-bisik sesuatu yang buatkan ibu lebih risau dan nurse tanya ibu..awak dah tengok anak awak...ibu cakap belom..kenapa ye nurse? tak pela..nnt awak dah OK sikit awak gi tengok sendiri..kita tak boleh nak cerita...

ibu seddikit terkilan dan terkesan serta terasa dengan apa yang nurse tersebut katakan...

ibu sedih lagi,...kenangkan awak...

akhirnya dalam petang macam tu ibu ajak walid pergi tengok awak...

sesampainya ibu di NICU, walid sorong guna wheel chair..sebab kesan jahitan tu memang terasa yang amat...ibu masuk tengok awak..awak dekat ZON KRITIKAL...ibu ssedih sangat-sangat tengok wayar berselirat..mesin keliling awak...allah nak...kenapa sampai macam ni sekali ibu di duga...

bila ibu masuk ibu haarapkan ada berita yang baik untuk ibu..tapi hampir luluh jantung ibu tengok awak macam tu...ibu sedih sangat-sangat...ibu tahu walid tak nak ibu bimbang...ibu tanya doktor anak saya kenapa...anak awak dah LEMAS...dan kita cuba buat cooling therapy 72jam tengok macam mana respon anak awak...dan kesannya..awak masih tidak sedar..:'(

ssehinggalah 25hari awak di NICU...

5 Mei..Family Conference antara doktor pakar O&G dan doktor pakar kanak-kanak...
ddalam perbualan tersebut doktor pakar kanak-kanak ada menerangkan pada ibu dan walid tentang kondisi Humaira'...(sebenarnya ibu dah study tentang diagnosis awak)

ibu cakap ibu FAHAM...kemudian doktor A yang tidak membawa MO yang sepatutnya turut hadir ketika conference tersebut beersuara..dalam ketarnya...Dr. A cakap...kalau encik...puan...tanya kita kenapa anak jadi macam tu kami sendiri tak boleh nak bagi jawapan....

dalam hati ibu...macam ni cara doktor pakar menjawab yer...

bila ibu cakap...sebenarnya saya dah mintak nak ceaser..aktu ibu mintak tu dalam pukul 3pagi...

doktor A jawab..oh..ye ke puan..sebenarnya Dr. A (MO) saya juga ada call saya..patient bilik no 10 ni kita nak ceaser sebab tak ada bukaan...tapi elok pulak puan start dah ade progress 7..waktu tu pulak kita tak booleh nak jangka sebab waktu tukar shift..

rasa marah...rasa geram...tapi semuanya sudah tertulis...sudah ketentuan Allah buat ibu...

dalam hati, Allah..Allah..andai ini berlaku pada diri kau wahai doktor..bagaimana perasaanmu?
ibu menangis...depan doktor ibu menangis...

ikutkan kes ni memang medical mistake dan family suruh SAMAN hospital...tapi dalam hati ibu...ibu hanya fikirkan keadaan awak je...SAMAN tu benda yg terakhir dan rasanya tak mungkin ibu lakukan...:'( 

ok, cukuplah setakat itu ibu ceritakan pada semua...selebihnya...ibu simpan sendiri..yang pasti ibu bersyukur dikurniakan anak sehebat awak yang terus berjuang untuk hidup...

selepas beberapa hari Humaira' balik ke rumah...Humaira' masuk semula GH sebab tersedak susu dan badan mula membiru..waktu tu ibu rasa seperti ibu akan kehilangan awak....menangis macam kan hape sampai ibu lupa ibu dalam pantang..nenek nasihatkan jangan banyak menangis..tapi itulah kerjaan ibu setelah hari awak dilahirkan sehingga makan masa lebih dari 3 minggu untuk ibu pulih dan terima hakikat anak ibu ANAK SYURGA yang Allah pilih untuk lalui jalan yang sukar ini....

setelah 2hari awak di hospital..kami semua cadang nak pasang aircond di rumah...sebab ibu dan walid rasakan awak perlu lebih selesa dan dijaga rapi...ibu harap ibu dapat menjaga awak sebaiknya...ibu banyak sangat belajar macam mana nak stimulate if jadi lagi biru3 kat awak..belajar bagi susu guna feeding tube sebab awak tak pandai menelan dan belajar gunakan suction mchine untuk sedut air liur awak...

sekarang ibu bersyukur, sebab awak tengah duk lena sebelah ibu...bukan main lagi awak yer? :P 

doktor cakap if terjadi apa-apa pada awak...dan biarpun jangka hayat awak tak lama seperti yang doktor katakan...ibu terima dan apa yang penting bukan manusia yang boleh tentukan HIDUP dan MATI.. yang mengambil nyawa kita tu adalah pencipta kita...ALLAH...

ssegala kemungkinan yg akan ibu dan walid lalui lepas ni, kami terima...dan syukur atas ujian ini...biarpun orang dah mula menilai ibu macam-macam...ibu sendiri tak nak kejadian ketika awak dilahirkan berlaku...biarpun medical mistake...ibu redha dan ibu terima...dan kadang kala ianya PAHIT bagi ibu untuk telan...insyaALLAH...akan ada yang MANIS yang bakal ibu terima pada masa akan datang....insyaAllah...walaupun kadang kala ibu selalu cakap dekat waalid...salah ibu agaknyer aawak jadi macam ni...walid kata..bukan salah ibu...ni semua ketentuan Allah...Allah nak uji kita sebab kita boleh hadapinya...Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita..Allah uji kita sebab kita kuat...insyaallah..

walid cakap lagi...kita jangan harap REDHA dari manusia...kita kena sama-sama mengharap REDHA Allah...dan pandangan Allah itu lebih penting dan berharga dari pandangan manusia..

dalam hati ibu lagi..ya Allah, terima kasih kerana kau kurniakan aku suami yang sangat kuat untuk sama-sama aku lalui semua ini...terima kasih Allah...:)

Humaira'....ketahuilah...ibu dan walid sayangkan awak...

A'isyah Humaira'...anak syurga..:)


'U'izuki Bikalimatillahittammah wa min kulli syatoniw wahammah wa min kulli ainin lammah..








1 comment:

  1. Salam kak ros syg...


    Semoga ketabahan dan kesabaran sentiasa membaluti hati2 yg kuat seperti akk, suami dan keluarga akak... akk beruntung ade yg tggu d syurga kelak...anak yg rmai belom jaminan kami ke syurga kak...beruntung nye akk.anim jeles... doakan anak anim akan jadi tiket utk anim.dan suami ke syurga kelak....moga ade sinar bahagia lagi utk akk dan suami...a'isyah humairah selamanye permata hati akak sekeluarga...peluk cium anim dan kakak nadia untuk kak ros yg d sayangi... ♡♡♡

    ReplyDelete

Terima Kasih!