Sunday, March 16, 2014

Suami ingatkan suh minum esp...adoiii...

Ate...teman dh minum pagi td...nnt teman minum la lagi esp tu..ok abg? :)

Gila..Memang Ini Kerja Gila Remaja Zaman Sekarang.


Allahu Akbar...kenapa remja sekarang tidak pandai menilai yang mana baik dan buruk.. terbaru 6 orang mati kerana terlebih dos dadah...allah...yang islam turut menjadi mangsa...takkan tak terfikir dek akal yg sihat tu...

kita masih dirundung sedih dengan kehilangan pesawat MH370...anda di sana tak pandai menjaga nyawa dengan sebaiknya..hurm, apelah nak jadi...ni memang kerja gila dik! 

untuk redears yang masih muda...sayangilah nyawa! pandailah bezakan mana yang perlu diutamakan dalam hidup...pilih yang baik..antara syurga dan neraka..

wallahu a'lam

Saturday, March 15, 2014

Tips Yang Best! - Buat Pasangan Suami Isteri Yang Bahagia


jom yang dah kawen tu...amalkannnn~ :)

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


credit to FB My Baby Store

Jamu Mak Dara- Apa Pendapat Anda?


bismillah...

masih dalam pantang..macam ni lah pantang modern..kalau org lain tak leh nak keluar rumah..tapi ross kena jugak kuar tu pun pergi sekolah..nak buat macam mane..amanah Allah kan anak3 didik..semua marah..diorg ckp badan nak pakai lame dik oiii..tapi kalau diorang tahu apa yang ros rasa kan best...mane lah nak cuti lelame...dah lah ros ni masih dalam praktikum..tapi ros cakap lah yang ros mmg berpantang macam biase kat rumah..Allah..nasib lah kan..kadang orang yang faham tu okey la,,yang tak faham wallahu a'lam..malas nak kabar..:'(


ok, nak cerita pasal jamu mak dara...sebenarnya sebelum ni ros memang tak boleh langsunglah nak amalkan jamu3 ni...dan disebabkan dalam pantang ni ats nasihat emak ros jugak..ros amalkan jamu mak dara..mak suruh beli..jadi ritu ros dengan zam ke Nadira Shopee pi beli sndr JMD...

actually, elok ke org muda mcm ros ni makan jamu? hurm,,, tak tahu sgt lah pasal jejamu ni...nak sangat pendapat kawan-kawan yang lain tentang jamu mak dara...apa yang korg rasa? macam ros tak tahu nak kata rasa ape...tak rase ape punnnnnnn..huhu..mungkin masih baru lagi kot...

if ade yang pernaah amalkan JMD ni...pls drop ur comment here...:) thanks! ;)

Friday, March 14, 2014

Menu Pantang Ketika Keguguran.


bismillah...

Alhamdulillah, hari ini masuk hari yang ke-4 ros berpantang...syukur Allah sayangkan kita..sebab masih diberi nafas hidup untuk merasa Jumaat sayyidul ayyam hari ini..:)

redha dengan apa yang terjadi..tak pe, ade rezeki yang terbaik selepas ini..insyaAllah..kakak-kakak di sekolah marah bila tengok ros ade kat sekolah..diorang cakap kenapa tak cuti..Allah..nak cuti cmne kak..saya dalam tempoh praktikum..tapi aku ambil nasihat diorg..memang banyak baiknya..:P 

ok, nak cerita tentang menu berpantang...sebenarnya pantang gugur ni sama je dengan orang bersalin..bahkan ianya akan kembali normal apabila kita dan hamil semula dan normal selepaas melahirkan..kebanyakan yang ros bace semua cakap ghoper itu..:)

menu yang ros amalkan sepanjang ros pantang ni adalah....

nasi putih ...makan dengan ikan bilis yang digoreng dengan bawang ptih yang banyak serta lada hitam..

ashane nak buat tu?
senang je..

gorengkan dahulu ikan bilis tu smpi garing....bahan3 sprt bawang putih dan lada hitam tumbuk hancur...dah garing elok ikan bilis toskan kinyak kemudian masukkan bawang putih dan lada hitam tadi...;) memang pedas jugak la ikan bilis tu..tapi itulah kan....nak sihat kena la amalkan makan cmni selalu ketika dalam pantang ni..:) 

sekarang memang kena jagee betul3..pesan orang tua3..kalau bentan...haaa..smpi dh tua nnt merasa lah sakitnya..nauzubillahi min dzalik..


#pray4MH370

maasih mengharap akan tiba waktu mereka kembali..

Wednesday, March 12, 2014

Contoh Laporan Biro Dokumentasi


boleh tengok contoh Laporan Biro Dokumentasi...Laporan ni tentang perkhemahan unit beruniform kami DPLI- SR, j-QAF Ambilan Khas Disember 2012...laporan ni ros buat, tapi nama letak nama ketua..hehe..yg menurut perintah...

*dah lama tak share ..jadi saja nak share dengan kawan-kawan..padahal RPH ku tak siap lagi neh..nnt ros kongsikan contoh RPH pula ye..insyaAllah..:) 

LAPORAN BIRO DOKUMENTASI

Cerita Awal Kehamilan - Part Terakhir - Keguguran


yer..betul..tak salah tajuk tu...aku keguguran.,.setelah perit dan sakit pada malam 9hb bersamaan dengan hari Ahad..setelah doktor yang aku katakan agak seperti gila merodok-rodok dibahagian miss V ku..balik sahaja ke rumah..keluar darah yang begitu banyak sekali..aku gugur pada pagi 10 Mac hari Isnin minggu ke -8 aku praktikum..aku ke klinik amal & surgeri..pergh..mmg beratur orang..dengar cerita klinik tu mmg teerbaik..tak dinafikan..klinik tu mmg bagus..dari segi layanan doktor dan nasihat yang begitu lancar kelua dari mulut doktor tersebut..terima kasih Dr. Rahimah..:) sy sgt sukakan anda..aku tak perlu D&C sepertimana yg dialami oleh sesetengah wanita yang gugur..lepas kena scan oleh doktor Rahimah, aku tgok sndr screen scan tersebut dan memang kosong..kosong..kosong...dalam hati terbit rasa syukur sebab doaku untuk tak nak dnc dimakbulkan Allah..

Dr.Rahimah ckp awk tak perlu lakukan d&c sebab dah clear..kalau boleh dalam masa tiga bulan tak boleh beranak..hubungan kelamin buat masa ni stop dulu...gulp..gulp..encik somi diingatkan oleh dktr..:) cian somi saya..sabar ye abg..syg tahu abg kuat! cehhh..padahal dah sedih tengok cik somi yg selalu temankan walau dimana sahaja aku berada..dan walau dalam apa jua keadaan aku...:') syukurrrr..:") 

dan sekarang aku berpantang..pantang moden..haha..tapi dan bertungku..berurut bagai..malam ni malam kedua berurut..zam pun dh balik ke PJ untuk menjalankan tugas..seminggu dia ccuti...tu pun tak de rehat untuk dia...Allah..selamatkan suamiku walau dimana sahaj dia berada...kerana dia terlaluuu BAIK..moga engkau kekalkan sifat dan sikapnya sebegitu..amin ya Rabb...

rini pergi sekolah semula dan mengajar seprti biasa...semua marah sebab aku tak cuti dan rehat,,masalahnyer..skrg aku praktikummmmmm..Allahu..kalaulah mereka mengerti yang aku praktikum dan kena habiskan praktikum ni dengan sebaiknya...hrp mengerti ye kakak3 guru sekalian..bukan snegaja tak nak berpantang..sy berpantang jugaaaa kak..berpantang cara moden....jgn risau..sy tetap bertungku...tak minum ais..tak makan yang sejuk3...insyaAllah...Allah bantu saya..sy yakin dengan Allah kakak3! plsssss..:') sobb..sobb...

rakan3 blogger,,doakan ros ye...dalam tempoh berpantang ni asik nak ngis jek...bukan ape..terkenangkan nasib akan dtg..apa-apa pun semua ini rencana Allah...cepatlah boleh solat..nak sujud padanya..rindu padamu Ya Allah..:'( 

aku percaya ada sinar buatku nanti..aminnnnn..:') 



Tuesday, March 11, 2014

Cerita Awal Kehamilan -Part IV

Yer...memang seronok...dan aku bersyukur ketika segala yg terjadi..encik somi ada di sisi..mmg itu yg setiap isteri mahukan...terima kasih ya Allah...pada 9hb Mac..darah beku keluar seketul...mmg agak mengejutkan dan sgt membimbangkan kerana aku yg byk bergerak...aku sgt takut kehilangan anak yg dikandungkan..tapi dlm masa yg sme aku redha andai itu yg terjadi..kami bergegas pergi ke kkinik famili dan mcm biase kena tgu agak lame..tak lame lepas tu nama dipanggil dan dktr dia...perghhhh..nsem sungguh..putih melepakkk kau..mmg dktr3 ni sume putih3 agaknye..

Yg buat slek nya ialah bila dktr tu tak leh nak scan..skdr ckp koaong dan bnda biase yg mmg aku dh th..akhirnya dktr sarankan utk ke hospital...apa3 pun aku ttp hargai apa yg dinasihatkan oleh dktr tersebut...

Kami terus ke hospital melaka...dan mcm biase hospital melaka ni pening sket jalan dia...nak cari.klinik pakar o&g punye lah kami sesat barat...sampai dua org dktr kami tanye dan akhirnya dktr yg kedua ni tunjuk kan jalan yg lurus...cehh..:p

Sesampai shj klinik pakar o&g..ros terus di refer oleh dktr rasyidah...comel shj orgnye..dan lebih kurg 1 jam dktr rasyidah sarankan ros dicheck oleh dktr aruna..klu tak slh la name dia..makkk ai...knp lah serabai banget dktr ni...dlm hati..*ishhh..jahat dak ros..hehe..bukan ape..mcm org tak mandi berbelas tahun je gayanya...takpela..asal dia dpt cek aku awal...leps dah salin kain dktr suh pi kencing...zam siap ckp comel pakai kain pink...sengal jek somi aku ni..:p sory abg!

Perut mmg rase sakit..darah ketul3 tak berhenti keluar..dktr buat transvaginal scan..sbb scan dkt perut tak nampak..jd dktr scan melalui miss v..mmg agak sakit dia sumbat mende alah ala3 mulut itik..dr screen kelihatan kantung masih ada...tapi dktr ckp dah tak cantik..aku redha..pasrah...tu semua kerja Allah...aku sgt yakin...aku tak kuat...huhu..sedihhhhh..

Dktr aruna sarankan aku dtg 2mgu lg..nak th perkembangan kantung dan bby..sepatutnya dlm 7mgu ni dah nampak.janin..tapi aku cume nampak sikit.je dan.kantung aku berusia 4mgu..usia yg sepatutnya adalah 7mgu..dktr ckp kalau tak ade perkembangan mgkn kena gugurkan..allah....aku cuak..:'(

Mmg aku byk buat pembacaan ttg kantung baby..terlalu byk..sehingga satu pndpt yg aku bace mengatakan bhw ade yg terlalu byk bleeding disebabkan kromosom yg tak berkualiti dan boleh menyebabkan anak itu cacat atau syndrom bila dilahirkan nnt..allah...hanya engkau yg maha tahu..doaku di saat itu..

Ikutkan aku kena tahan ward...tapi degil..tak nak..nak teruskan bekerja...dktr ckp nak kasi cuti..pon aku tak nak...aku ckp sy mengajar dktr...takpe..sy larat lg...boleh! ;)

Malamnya...lepas balik dr hospital..dan lepas zam abis solat...aku tak thn..sakit sangat dekat perut..siap aku ckp dktr tu gila agaknye...kenapa la dia cucuk dlm3...aakit..huhu..zam suh aku bykkan sabar..diurut3nya dada aku..suh sabor...huhu..cian abg..sory..syg suke susahkan abg..:'(

Tidur mmg tak tenang..rasa sakit mencucuk3 dekat bahagian bawah...allahu akbar...aku terus berdoa agar Allah menguji ku dengan ujian yg boleh aku tanggung..kesakitan tu dibawa3 sehinggalah ke pagiiiii..tak sedor dah..hanya tangisan yg kadangkala dan rengekkan dkt tinge cik somi yg aku sdg sakittt...cian dia..nak tidur pun tak tenang..

10 Mac..
Disebabkan zam cuti..jd pagi nak ke sekolah tu Zam yg hntr...seronok la sbb cik abg yg anto..pastu dia yg gosokkan baju..tudung...haha..first tyme..rasakan abg! :p syg isteri kan? *comellll...:p

Waktu nak masuk dlm kereta..aku dh rasa spt ada something yg jatuh..ya allah..ape ni..aku menafikan benda yg bukan3 berlaku..takut..

Sampai shj di sekolah...lepas punch card aku letak brg ats meja..smpt jugak aku tanda buku dan aku baru trrigt nak cek ape mende yg jatuh td..mgkn shj darah biasa..dan akhirnyaaaa...aku menjerit dlm tandas sorg3...aku mmg tak th itu adalah kantung atau ape...allahu...terus aku suruh budak panggilkan kak ti..tlg panggilkan ustazah wan nor hayati..

Sejurus itu kak ti dtg..kenapa ni ros...? Kakkkkk...*nangis* akakkk..kte dah tak malu dh ni..nak tunjuk kt akk..kak ti dh risau..aku lg cemas...kak ti ckp..ye la ni ros..dah jatuh dah ni...awak kena gi klinik ni ros..gi hospital..tu akk ckp tak yah dtg skolah...huhu..kena marah..haha..:p

Aku tak nak..aku ckp aku leh thn..nasib ade org yg lwbih berpengalaman..kak siti zubaidah..dia sarankan aku rehat kt rumah..dan kantung tu suruh zam bawak balik basuh dan tanam...allah..aku redha..seredha3nya..ckp aku sakit semalaman dan aku tak nak d&c..

Zam dtg dan balik utk tanam..kakak3 ni sume gesa aku suh rehat kt rumah memandangkan aku jalan dah mcm nenek3 dah...penat..dan sakit..sbb drh byk keluar..fresh blood..diorg call gpk..gpk kate kalau aku tak nak balik diorg nak hntr ambulans ke sekolaj...lagi aku tak nak..then kak siti paksa suh balik...aku on cian kat zam..dia dtg balik ke sekolahn
dan amik aku...lepas tu kami terus pi klinik...

Di klinikkkkkkkk....to be continue..keguguran! :'(

Cerita Awal Kehamilanku -Part III

Sambungan dari entry lepas...

Setelah kak siti dan kak azlina sarankan aku untuk terus berjumpa doktor..aku terus menelefon emak dan abah utk amik aku kt skolah dan gi klinik...almaklumlah..pjj dgn somi kena sabor byk...dia tak ade..huhu..

Mekasih mak abah yg byk tlg...tapi zam slalu follow up keadaan aku...nekasih abg! :*

Samapi shj di klinik famili..biase la..org mmg ramai banget...rase nak pengsan o
Pitam sume ade sebab drh dh byk keluar...masuk shj ke bilik dktr...dktr terus tgok pada screen dan tnye kndungn aku cmne...aku ckp aku bleeding lg...dktr terangkan yg aku mgkn byk gerak..byk jln..naik tangga..turun tangge..biase la..name pun cikgu...dan lg satu tak dinafikan smase diobserve mmg langsung aku tak duduk...nak bt yg terbaik lah katakan...:)

Then dktr buat usound..scan dan nampak kantung aku masih ada...dktr ckp kalau perut biasa kosong..tak ade kantung...ni mmg nampak kantug aku...comel jeeee...alhamdulillah..terdetik rase syukur..

Doktor suruh dtg lg seminggu..hurm.....smpi bile nak mcm ni...sedih aku rse..:'( dktr......tlg.la gtau knp sy bleedinggg...mmg tak de jwpn la kan...dkte sndr tak th ape puncanya..cume dia marah aku bile aku ckp yg aku tak nak mc...dan aku nak gi skolah...dia kata kena rehat...lalu dib6erinya aku bedrest 3 hari...arghhhh...knp ini semua terjadi..*poyo jer ayat!

Actually, aku tak nak cuti sbb aku nak teruskan praktikum aku spt biase...tp aku rse sedihhh sgt3...sedih sgt3 bile jd cmni...org yg pntg aku kena gtau adalah lect kat ipg..supaya diorg tak dtg memantau scre mengejut dan tgok aku ak de di sekolah...jd kes plak nnt..ape3pun aku sgt bersyukur sbb masih ada hrpn untuk bby ini hidup spt yg lain..

Balik rumah..otak aku ligat fikirkan yg terbaik..terbaik untuk baby...aku tak nak kehilangan dia..meskipun dlm masa yg sme allah uji mgkn sbb aku tak mampu nak jage dia sebaiknye dek kerana sibuk dengan praktikum...

Aku amalkan makanan sunnah..aku usaha untuk beli esp..tu pun setelah byk aku google dr internet ni...mekasih encik google...apa yg aku dpt dr cwrian aku tentang bleeding adalah rata3nya mengalami keguguran...dan rata3nya juga di awal3 trimester pertama kehamilan..allahu akbar...aku menidakkan..kerana ada juga cerita tentang keajaiban allah mengenai kesihatan bby walaupun bleeding...aku percaya kuasa allah..aku amalkan surah tertentu untuk bby...aku risau..dan aku th yg aku juga dlm keadaan stress..:'(

Emak suruh rehat pun aku taknendahkan..mmg anak yg degil dak ros ni..huhu...aku cuti sehingga khamis dan jumaat aku ke sekolah spt biase...aku igtkan drh yg keluar akan berkurgn..akan tetapi semakin byk...sehinggalah zam balik pada jumaat pagi..dia dtg amik aku kt skolah...siap pergi cari ink printer dkt Aeon lggg tuuu...selamber je dak ros tak duduk rumah..sbb bile encik somi ade kr rumah rase badan dan semua anggota hidup termasuklah bby aku..mcm ceria je dia....:')

*gembiraaaa...to be continue..

Monday, March 10, 2014

Cerita Awal Kehamilan -Part II

Bleeding??? Yer...aku bleeding lagi..kali ini bertambah teruk..antara sebab3nya aku kurang pasti..tapi ada yg mengatakn bahawa aku stress dan ada juga yg cakap aku angkat banyak brg..genyah buat kerja...bagi ku...mungkin juga...pada 4hb Mac...aku dipantau oleh lecturer minor Tuan Haji Ismail Bin Hasbulah lect di jabatan pengajian melayu...tn hj mmg sgt baik...dia turut menghadiahkan aku gula3...token ganjaran barangkali disebabkan aktiviti yg dijalankan ketika diobserve sgt menarik..katanyaaaaa..hehe..

Bilik jqaf diguna oleh Panitia Maths..aku terpaksa naik tangga untuk ke kelas 3 Kenanga..sebelum itu aku menjemput tn hj di pejabat dan berjalan beriringan bersama tn hj..tn hj bagi aku seorg bapa yg baik...dia banyak memberikan tunjuk ajar serta teguran yg membina..markah yg diberi juga sesuai dgn kemampuanku..tapi aku mearasakan hr aku diobserve aku kurg yakin utk dptkan markah yg baik..apa3pun aku tawakkal..

Setelah satu jam diobserve..selama itu juga aku berdiri dan tidak lgsg aku duduk...dlm masa yg same menahan sakit diperut..aku dpt rasakan darah keluar ketika aku sedang naik tangga..aku membiarkan perasaan itu...aku yakin bkn drh yg keluar...sgt yakin....

Selesai diobserve..tn hj memberikan sedikit komentar...dan aku pula mengiyakan semua komen tn hj..selesai dipantau..aku dan tn hj menuruni anak tangga..sekali lg aku rsekan semacam..ya allah..apakah ini...aku cuba bertahan dan terus menghantar tuan hj ke keretanya...

Aku masuk ke kels yg aku relief..kelas 1 Kesidang..keadaan kelas yg agak bising membuatkan aku stress dn rasa nak peegi cek benda apakah yg keluar...??? Setelah aku dapati darah yg byk....aku rase pening dan nak pitam..perut mula rasa sakit yg teramat3...ini adalah pengalaman pertamaku..sejujurnya aku tidak expert spt org yg sudah beranak 8...dan akhirnya tanpa segan silu...........

Aku memanggil cikgu siti zubaidah yg ada di situ...aku katakan perkara yang sebenar dannnnn...

* sambungan bleeding...

Cerita Awal Kehamilan -Part I

Pada 25 Februari...ketika masih bertugas di sekolah...perut seakan3 sakit...aku assume yg aku mungkin period..ok..period kali ni rasa lain sgt...mgkn aku penat sgt barangkali..yg ada di s***d*r ku hanya spotting brownish...sedikit tompokan coklat...mmg normal hr pertama period mmg mcm tu..

26 Feb..aku pelik bila period dah tak keluar lg...yg tgal hanya sakit perut...aku mmg consume.shaklee..dan 5 hari sebelum aku th yg aku period ada kesan dari dari air kencingku...disebabkan aku takut dengan keadaannaku...risau kalau3 aku ade penyakit lain yg menghalang darah haid untuk keluar...aku decide utk beejumpa dengan doktor..balik shj dr sekolah...emak menghantar ku ke klinik...dan doktor suruh buat ujian air kencing dan hasilnya adalah positif...tahniah puan..ustazah mmg hamil...dan dktr tanye bile hari pertama aku period bulan yg lalu...sudah tentu 25hb juga...doktor sarankan aku amik asid folic dan bykkan rehat dan jgn buat kerja brt3 di awal kehamilan ni..

Keluar shj dr klinik..org pertama yg dpt th dulu adalah encik somi...tahniah walid.....! ;) sejurus itu zam call untuk sahkan...alhamdulillahh katanya...gembira tak terkata...syukur kami panjatkan..emak org kedua aku bgth...tahniah nenek! :) emak ckp dgn umur aku skrg aku mmg kena ade zuriat..sbb dah lewat..kate mak..umir mcm aku anak dah 3 hingga ke 4 org..aku hnye diam dan senyum..masih ada riak syukur..terima kasih ya Allah atas kurniaan ini..

* sambungan tentang bleeding

Friday, March 7, 2014

Cerita Cek Nuffnang & ESP Shaklee..

Yeayyyy....alhamdulillah dah dpt cheque dari nuff...terima kasih incik nuffnang..walaupun tak berjuta3...tapi sikit sebanyak ade lah jugak..nnt nak update blog nak tukar twmplate san sebagainye guna duit de nuff! ;) dan ceeita ros dah dpt esp shaklee...baru je order dr cikgu satu sekolah..cik abam.lanje...alhamdulillah..mekasih incik somi...syg abg! :* boleh la start makan lepas dh puas mengoogle cara makan yg terbaik...ni sume untuk bakal ... umi n walid...insyaallah..umi usaha...:') moga bertahan ye nak...mgu depan gi check up lg...dan scan..hrp tak de masalah..klu ade......allahu..bukan rezeki ros dan zam..insyaallah..usaha tangga kejayaan...nak menambahkan umat nabi muhammad..kena ikhtiar mcm3 kan...moga anak umi sihat ye! :)

*fefeeling nak jadi umi.hehe..

Thursday, March 6, 2014

Proses kejadian manusia..

Maha suci engkau ya Allah yg menjadikan sebaik-baik makhluk..sempurnakanlah kehidupannya dengan sebaik-baiknya agar khalifah yang bakal lahir menjadi insan yg berguna bagi ummat seluruhnya..insyaallah...

Setiap ujian Allah berikan pasti ada hikmahnya..Semakin Allah sayang pada hambanya semakin kuat ujian buatnya..

Andai dia bukan untukku..aku redha..andai dia adalah yg terbaik buat kami...kekalkanlah dia ya Allah..jadikan dia sebaik3 manusia di muka bumi ini...amin ya rabb...:'(