Wednesday, June 19, 2013
Isu Kesantunan Guru.
Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang
berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan
dan disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga
kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku
sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid
bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan
guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan perhubungan antara
guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan
sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.
Berdasarkan perkembangan semasa dalam
profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:
i. Kesantunan
berpakaian
ii. Kesantunan
tingkah laku
iii. Kesantunan
berbahasa
Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara perlu diberi
perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada jenis pakaian
yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang
sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib
dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang
orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya
berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan
bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu
tinggi.
Kesantunan tingkahlaku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru
ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa
yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab
urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti
guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan
sebagainya.
Semua situasi yang dinyatakan di atas memerlukan tingkah laku yang berbeza.
Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan
dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara
menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan cara
memakai tusuk gigi .
Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi sama ada dari
segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu
mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea
yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur
budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang
digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak
dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap
sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan
tidak berbudaya.
Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi.
Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej
dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika melaksanakan
pengajaran.
Kesantunan berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru kerana melalui
kesantunan ini guru akan mengetahui:-
i. Apa
yang sebaiknya diucapkan pada waktu dan keadaan tertentu.
ii. Ragam
bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.
iii. Bila
dan bagaimana giliran berbual dimulakan.
iv. Bagaimana
mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.
v. Bagaimana
sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi
vi. Bila
seharusnya diam dan menamatkan perbualan.
Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok
masyarakat tertentu. Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa
orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu. Hal ini menunjukkan
kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu berppengaruh pada pola
bahasanya.Oleh itu seorang guru seharusnya mengetahui dan memahami
norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid.
Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan
menghasilkan kesantunan berbahasa.
Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus serta sapaan
berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang
yang berilmu dan terpuji akhlaknya. Guru menjadi sebahagian orang yang
dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa
mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai
kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. Guru
juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam
setiap tutur katanya.
Kesantuan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid.
Ciri-ciri kesantunan termasuklah
i. Ikhlas,
jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang.
ii. Bersyukur
dan berterima kasih.
iii. Berani,
tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .
iv. Menghargai
dan menghormati pihak lain.
v. Menggunakan
kata-kata yang baik.
vi. Peramah,
pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri .
Kesimpulannya kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi
merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada
murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika
profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan
awam (Abd. Rahim, 2007)
*kaitkan dengan isu bobo…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!