Monday, January 14, 2013

Sambungan: Bakal Pengantin "Mati Pucuk"


cerita ini adalah kesinambungan dari post yg INI..

sebenarnya ros sendiri kurang pasti dengan isu ini, pendek kata kurang arif dan memang tak tahu pun apakah hukum sekiranya seseorang itu akan berkahwin sedangkan dia tahu bahawa dia seorang lelaki yang Mati Pucuk..

ini adalah hasil dari bacaan ros yang mana telah ros ambil isinya dan disalin semula ke sini melalui majalah al-Ustaz bilang 08, Fiqah Semasa.

Soalan: Saya telah pun bertunang sselama tiga tahun. Kini keluarga pihak perempuan kian mendesak saya agar segera melangsungkan perkahwinan. Namun, saya belum bersedia kerana masih berusaha untuk mengubati penyakit "Mati Pucuk" saya. Apakah hukum jika saya berkahwin?

Jawapan: Ringkasnya HARAM melangsungkan perkahwinan dalam keadaan saudara berpenyakit seperti yang dinyatakan.

Huaraian: Hal ini kerana saudara akan berlaku zalim ke atas isteri saudara kerana saudara tidak mampu untuk memberinya nafkah batin. Selain itu, perkahwinann ini juga akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan beerbanding kebaikan seperti fitnah keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Oleh yang demikian, saudara perlu mendapatkan rawatan daripada pakar sakit tuan terlebih dahulu sebelum melangsungkan majlis perkahwinan. Sekiranya pakar telah mengesahkan bahawa saudara telah pulih sepenuhnya daripada penyakit tersebut maka barulah saudara dibenarkan untuk melangsungkan perkahwinan. Seperkara lagi nikmat perkahwinan bukan hanya pada seks semata-mata, malah lebih dari itu. Tanpa seks ada pasangan yang bahagia, maka apa yang perlu ialah bakal isteri perlu diberitahu akan hal ini.

* ros sebenarnya tak berapa faqih tentang hukum hakam sebenar, tapi al-Ustaz ni satu bahan bacaan yang ssangat membantu selain daro Solusi..:) semoga bermanfaat..:)

2 comments:

  1. as-salam.

    terima kasih sudi berkongsi..
    singgah sini dari blog

    http://herba-tihara.blogspot.com/2013/01/blog-mawar-merah-berduri.html

    salam kenal. followers baru :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih... info yang bermanfaat. Banyak info Islamic disini.. i follow! :D

    ReplyDelete

Terima Kasih!