Friday, May 10, 2013

Semalam 9 Mei 2013 - Habib Ali Zaenal Abidin.


semalam, tarikh keramat yang tak bisa ros lupakan..pertama kali berhadapan dengan seorang ulama' tersohor keturunan Nabi Muhammad S.A.W..rasa rindu sangat dekat Nabi..bila terpandangkan wajah Habib Ali, hampir menitis airmata ini..sungguh tenang..dengan senyuman yang terukir diwajah..

berlumba-lumba muslimin dan muslimat memenuhkan saf-saf dihadapan..semata-mata untuk melihat Habib dengan cara yang dekat..ye..semalamlah hari yang paling geembira..dari pagi bangun dengan semangat..semangat jadi lain macam pula di sekolah..nak menunggu hingga ke petang..biasanya balik dari sekolah kepenatan dan tertidur pada petangnya..tapi semalam, dek kerana Habib..alhamdulillah...sanggup siap awal dan tunggu kawan untuk hadir bersama ke Majlis Ta'lim Habib Ali Zaenal Abidin..

subhanallah, satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..biar semua merasa dapat berjumpa dan bertemu dengan habib..barangkali, ini lah berkat doa sahabat untuk sahabat yang lain..kepingin nak jumpa Habib Ali, alhamdulillah..allah mudahkan..terima kasih kak Dania dan Farhana kerana telah mendoakan impian ros menjadi nyata..syukran ya Allah kerana telah memakbulkan hajat yang selama ini tidak tertunai..syukur dapat melihat wajah HABIB..pandang sekali memang tidak puas..rasa RINDU nak bertemu Habib di Majlis Ilmu lagi..

majlis yang berlangsung semalam walaupun penuh dengan kesederhanaan seorang ulama', tetapi meriahnya keerana setiap detik bibir ini melafazkan selawat ke atas junjungan baginda..pahala yang dapat bukan sekadar buat golongan dewasa..tidak kurang juga kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa mendapat tempiasnya juga..tempias kebaikan..tempias PAHALA..seronok..inilah dia majlis ilmu, bila hadir sekali pasti nak lagi..

semoga selepas ini Habib akan selalu berkunjung di Melaka, dan senanglah nak menghadiri majlis ta'lim habib..ros pasti usahakan untuk hadir..amin3..

insyaALlah nanti ros kongsikan lagi apa yang telah disampaikan oleh Habib Ali semalam..:) 

*bersambungggggggg.....

1 comment:

  1. tak sambar nak nantikan..majlis ilmu taman-taman syurga

    ReplyDelete

Terima Kasih!