Monday, May 27, 2013

Mengantuk, Tapi Banyak Kerja! :'(


huuuuu..nak tidurrr! boleh? mengantuk tahap gaban..rasa nak kena letak mancis dekat mata ni....pacakkan..ni lah nasib bile dah semalam tak boleh nak tidur dengan tenang..hari ni pulak banyak kerja..huhu....seddeyh! kena settlekan dahulu kerja baru boleh tidur..kononnya bercita-cita nak buat kerja..tapi mengantuk! arghhhh..tak boleh..kena lawannnnnn mata yan mengantuk..demi masa depan yang cemerlang! urghhhh! usaha pasti jaya..qum faanzir! :)


bye! 

Selamat Masuk Belajar Roros!


bismillah, hari ini bermulalah kelas untuk sem 1 interaksi yang kedua...hari ni ros puasa..alhamdulillah..kalau duduk maktab memang excellent..boleh lah nak dikatakan berpuasa sunat..kalau duduk kat rumah jangan haraplah nak puasa...sah-sah ros melantak makan banyak-banyak..lagi-lagi pulak emak ngan abah selalu ajak makan dekat luar...

hari ni kelas BAB2103 dengan kelas BAU2103...seronok alhamdulillah, kami banyak berbincang tentang soalan-soalan contoh yang kami spot masuk dalam peperiksaan..tapi wallahua'lam lah masuk atau tidak..ustazah cakap try tengok contoh soalan dekat kawan-kawan IPG Bangi...insyaAllah nanti nak try tanye3kan dekat kawan-kawan IPG bangi..buat muke tak tahu jele..:P 

okeylah, nak fokus..ecceh..fokuslah sgt..kepala dh fikir pasal exam..huhuhhuhuhu..sabar jelah..tgok jelah keadaan mcmane..maaflah sebab dh lame tak update kat sini..moga semua dalam keadaan sihat walafiat dan ceria sokmo...:)

Selamat masuk Belajar Roros! ;)

Friday, May 24, 2013

Ayam Masak Lada Hitam.


bismillah, 


















dalam kesibukkan menyaipakn assignment EDC2103, masih lagi sempat mengemas rumah, mop lantai, dan memasak...menu untuk hari ini adalah Ayam Masak Lada Hitam dan Sayur Kangkung Goreng Belacan..

ros tak penah lagi masak ayam msk lada hitam ni, jadi tadi explore cari resipi..dan akghirnya yang paling mudah ros ketemukan di blog ini..alhamdulillah menjadi juga...agak-agak nak cuba masak lain dari yang lain boleh lah kunjungi blog ini..

http://patyskitchen.blogspot.com/2011/03/black-pepper-chicken-ayam-masak-lada.html

selamat mencuba! ;)

Tuesday, May 21, 2013

Menceriakan Tandas.


hari ini sangat penat, letih semua hade..ape je yang tak hade..huhu..
anak-anak didik semua exam, alhamdulillah sebelum cuti ni ros dh siap marking paper adik-adik untuk bahasa arab! ;) yeayyyy! esok nak salin semua markah dan bagi pada guru kelas mereka denan segera..:)

okey, nak cerita lepas habis sekolah tadi kami semua ditugaskan untuk menceriakan sekolah bagi program pembestarian sekolah..alhamdulillah semua memang terbaik dalam mencantikkan sekolah..;) dan ini adalah contoh yang ros buat sendiri..simple sahaja..:)

boleh lah kalau nak amik sebagai contoh..ros buat simple sebab before this memang tak pernah nak hias-hias toilet bagai..nanti siap nak buat mural insyaAllah..sebelum ni ade adik-adik yang form atas yg bantu..tu pun kat sekolah lame..ni dh msuk skolah rendah..takkan nak suruh adik-adik kenit cinonet sume tolong..memang tak lahhhhh..hehe..mahu dia conteng wall tandas tu nanti..:P

okey, jom tengok sama-sama..comel, boleh ditampal dibahagian dekat dengan flush atau dekat pintu toilet..:)


inilah dia contoh sila pam tandas selepas digunakannnn..:) terima kasihhh..hehe..;) cute je kan? :) 

boleh amik sebagai contoh..nak copy terus pun ros izinkan..:)

Friday, May 17, 2013

Globe.

Masuk yang ini, dah dua globe yg ros dpt..nampak tak? Anak murid bagi hadiah globe petanda menyuruh agar cikgunya ni pergi merantau..hehe..;) terima kasih anak muridku sygggg..:) sungguh ustazah suke dgn hadiah ni semua..:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru SK Bukit Beruang.


alhamdulillah, selesai sudah sambutan hari guru..hajat nak update sekarang..tapi tunggu dah malam sikit atau esok ye? sebab gambar ros tak transfer lagi..:) hehe..insyaALlah nnt dh transfer ros update panjang3..:)

Tuesday, May 14, 2013

Tiz Zaqyah Anggun Bertudung.


hamboi tajuk kite...:P okey, tadi ade program Oh My English di sekolah..yang kami ni duk ingat kata artisnya yang datang sekali..tapi rupa-rupanya tidak..hanya krew OME shj yang hadir..tapi yang bersungguh, beriya-iyanya ialah murid-murid SKBB lah..sebab dapat belajar English..walaupun bukan secara formal...harap diorang dapat mengaplikasikan English dengan sebaik mungkin..:)

guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan "patung" retissss..:)
masing-masing dengan pelbagai gaya posing..ros pulak dengan kak Fauziani ambil gambar dengan patung Tiz Zaqyah..actually, Tiz ni sgt cantik tau! lebih-lebih lagi bila dia bertudung..ayu jer..sesuai dengan watak yang dibawanya..:) Cikgu Ayu..:)

ni gambar Tiz...sekali tengok gambar ni memang nampak macam real..:)

Photo: Cikgu Ayu!

comelkan cikgu ayu? :) 

sopan, ayu, nampak lemah lembut..moga Tiz Zaqyah dapat hidayah utk terus pakai tudung..:) dan menjaga aurat sebaiknya..amin..:)

Monday, May 13, 2013

Inilah Dia Dunia!


ini lah dia! ini lah dia...! kalau tekno dah power terlampau web lucah berleluasa...dekat mana-mana nak donwload mesti ada shaja iklan entah kehape-hape jer yang keluar..biarpun skrg ni nak download Surah Al-Insan..boleh tak remove ads yang tak guna itu? membuatkan mata ni berdosa melihatnya..

baik kartun pun terdedah aurat sane sini..ni lah kafir laknatullah yang nak menyesatkan kita..semoga AKIDAH kita TETAP..KUAT..TEGUH! 

Penangan Oh My English.

Akan datang secara live di SK Bukit Beruang, Melaka krew OME..

Ini diantara anak murid yang masing3 sibuk bercerita perihal kisah Oh my english..lucu bile mendengarkannya..ros sndr pun layan jugak OME ni..

Esok kite tengok siapa yg hadir..hehe..:p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lambakan Buku Peneman Hidup.

Ini antara bbahan rujukan yang ros gunakan untuk menyiapkan assignment..masih ada lagi yang didownload melalui internet..dan sudah pun diprintkan..memang banyak..walaupun ros ni diantara kategori malas nak membaca buku, tapi apakan daya..kena rajinkan diri untuk membaca dan mencari rujukan sebanyak mungkin bagi menyiapkan assignment..sedihhhhh..memang trend lecturer kasi KKP last minute..huhu..redahhhh jer! ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 12, 2013

Asha Dah Balik.


hari Jumaat yang lepas, selepas sampai sahaja di rumah, kakak ipar ros sedang sibuk mengemas barang-barang Asha..Asha dengan emaaknya nak pergi rumah mak andaknya..sedih berpisah dengan Asha..walaupun hanya beberapa hari..

harri ni, dalam petang Asha dah balik..Asha macam tak berapa happy..sebab bila ros pegang badan dia sahaja ros memang dapat agak dia demam..kesian Asha..demam...
syafakillah Asha..mak ngah syg Asha! nanti mak ngah buat Asha gelak-gelak lagi ye? mak ngah syg dia tu sgt! 

sorry kalau mak ngah sibuk buat Assignment mak ngah..sampai Asha pun mak ngah tak sempat nak layan..nanti mak ngah janji mak ngah main-main ngan Asha..

so, skrang ni Asha duduk dengan tok wan dia kat depan..harap budak comel tu cepat sembuh...



Pageviews No Yang Cantik.


bismillah..

apa khabar semuanya di hari Ahad ini..hari Ahad..Satu, Pertama..hehe..esok dah maasuk hari kedua..Isnin..semua perkataan hari yang kita gunakan sekarang adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab..dalam tidak sedar, semua agama belajar Bahasa Arab..kan? ini semua berlaku secara tidak langsung..:) 

baiklah, ros sebenarnya nak update entry..sebenarnya nak update tentang benda lain, tapi yang lain pula ros dah ternampak dahulu..iaitu..pageviews ros..no memang cantik..


66666..:) 

sebenarnya, untuk blog ros ni..apa yang ros perasan adalah ramai pengunjung yang mencari bahan untuk didownload, sebabnya ros memang berkongsi hasil kerja ros disini..dan tak kurang juga ada link yang ros guna pakai ros kongsikan juga disini..:) 

apa yang penting bagi ros adalah sesuatu peerkongsian itu bermanfaat bila kita pandai menggunakannya..:) dan banyak pahala bagi org yang berkongsi ni..kan3? :) hehe..:)

okey, nanti ross akan update lg..see you soonnnnn..:)

Saturday, May 11, 2013

I am the LUCKY one!


bismillah, pagi tadi ada Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, ros antara yang dipeertanggungjawabkan untuk mengutip yuran PIBG sekolah sebanyak rm30/keluarga..:)


alhamdulillah, masjlis berjalan dengan begitu lancar sekali..dan yang paling seronok..part yang last tu memang sangat-sangat ross nanti-nantikan...CABUTAN BERTUAH uolsssss!

mula-mula duk fikir, tak dapat kot..macam dah ramai je yang dipanggil ni..tak beertuah lah ni no ni agaknyer...lepas je 15 no diumumkan..kemudian ros menantikan 15 no lagi untuk diumumkan..dan ketika Cikgu Rohaidee mengumumkan no 17..rasa teerkejut teruja macam tak percaya no 17 ros ni no bertuah! yeayyyyy! i got the voucher...rm50 tau! jangan memainnnnn...boleh peergi shoppingggggggg! iolss tahu uolss sgt jeles! *simpan kejelesan anda..:P

meh nak tunjuk Voucher Gift tersebut..

-----
---
--
-

Photo: Hadiah untuk cabutan bertuah pagi tadi sempena mesyuarat PIBG sekolah..jom gi shopping..hehe..;)

korang hade? tak hade kan? hhihihi..esok hari ibu..ingat nak spend untuk emak sikit lah..insyaALlah..:) maybe esok kot ros pi shopping! alhamdulillah..rezeki kan...? ;) 

okey, sempena ddengan hari ibu esok, ros ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu, emak-emak, mama-mama, mummy-mummy, umi-umi, yang ada di seluruh dunia ini..:) semoga kita sebagai seorang anak lebih rasa menghargai ibu kita..:)

Friday, May 10, 2013

Download Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Amalan Profesionalisme Perguruan.


Download FPK

Standard Guru Malaysia -Amalan Profesionalisme Perguruan

boleh di download pada dua link diatas..:)


Siapa Dia Habib Ali?


A. 1974 – 1992

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

B. 1993 – 1995

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

C.1996 – 2001

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

D.2002 – SEKARANG

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

E. DARUL MURTADZA

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

Email: darulmurtadza@gmail.com
Facebook: Darul Murtadza
Facebook Page: Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Blog: http://darulmurtadza.blogspot.com/
Livestreaming: http://www.ustream.tv/channel/majlis-ta-lim-darul-murtadza









Semalam 9 Mei 2013 - Habib Ali Zaenal Abidin.


semalam, tarikh keramat yang tak bisa ros lupakan..pertama kali berhadapan dengan seorang ulama' tersohor keturunan Nabi Muhammad S.A.W..rasa rindu sangat dekat Nabi..bila terpandangkan wajah Habib Ali, hampir menitis airmata ini..sungguh tenang..dengan senyuman yang terukir diwajah..

berlumba-lumba muslimin dan muslimat memenuhkan saf-saf dihadapan..semata-mata untuk melihat Habib dengan cara yang dekat..ye..semalamlah hari yang paling geembira..dari pagi bangun dengan semangat..semangat jadi lain macam pula di sekolah..nak menunggu hingga ke petang..biasanya balik dari sekolah kepenatan dan tertidur pada petangnya..tapi semalam, dek kerana Habib..alhamdulillah...sanggup siap awal dan tunggu kawan untuk hadir bersama ke Majlis Ta'lim Habib Ali Zaenal Abidin..

subhanallah, satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..biar semua merasa dapat berjumpa dan bertemu dengan habib..barangkali, ini lah berkat doa sahabat untuk sahabat yang lain..kepingin nak jumpa Habib Ali, alhamdulillah..allah mudahkan..terima kasih kak Dania dan Farhana kerana telah mendoakan impian ros menjadi nyata..syukran ya Allah kerana telah memakbulkan hajat yang selama ini tidak tertunai..syukur dapat melihat wajah HABIB..pandang sekali memang tidak puas..rasa RINDU nak bertemu Habib di Majlis Ilmu lagi..

majlis yang berlangsung semalam walaupun penuh dengan kesederhanaan seorang ulama', tetapi meriahnya keerana setiap detik bibir ini melafazkan selawat ke atas junjungan baginda..pahala yang dapat bukan sekadar buat golongan dewasa..tidak kurang juga kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa mendapat tempiasnya juga..tempias kebaikan..tempias PAHALA..seronok..inilah dia majlis ilmu, bila hadir sekali pasti nak lagi..

semoga selepas ini Habib akan selalu berkunjung di Melaka, dan senanglah nak menghadiri majlis ta'lim habib..ros pasti usahakan untuk hadir..amin3..

insyaALlah nanti ros kongsikan lagi apa yang telah disampaikan oleh Habib Ali semalam..:) 

*bersambungggggggg.....

Thursday, May 9, 2013

Majlis Maulidur Rasulullah Al-Kubra.


yes3! insyaAllah hari ini ros akan pergi ke Taman Asean yang mana dekat sane ada Majlis Ilmu oleh Habib Ali Zaenal Abidin..tak sabarnya..first time nak jumpa habib...nak tahu lebih lanjut tgnok gambar ini ye? :) balik nanti ros kongsikan sedikit ilmu yang disampaikan oleh Habib Ali..


tajuk ceramahnya nanti ialah Detik-detik Kewafatan Rasulullah SAW..
semoga dipermudahkan..

Saturday, May 4, 2013

Download Tutorial Belajar Bahasa Arab dengan Mudah.


Download Tutorial Bahasa Arab


GWIYOMI?


aduh, sana sini bingit dengan gaya gwiyomi..sebelum ini gangnam yg jahanam..sungguh tak faham dengan peredaran zaman..tak nak lah ikut...tapi nak tahu je apa itu GWIYOMI? maaf kalau rasa ros ketinggalan..sebab tak kisah sangat pun kalau ketinggalan bab-bab macam ni..

ini youtube Nora Danish..comel dengan Gwiyominyerrrrr..

http://www.youtube.com/watch?v=n-RLMkpgHME

silakan lihat!

AndaTidak Layak Menerima BB1M.


okey, lihat sahaja padda gambar, baru berangan nak dapatkan BB1M dan bercita-citaa nak beli buku..tapi, yang sadisnya tak layak ssebab anda layak menerima BR1M..huwaaaaa........:'(


okey, bye!

Contoh Refleksi Kendiri Bahasa Arab KKP.


Bismillah, disini nak kongsikan satu contoh refleksi mungkin daripada assignement yang dibuat..ros ambil dari sldeshare dan jadikan sebagai contoh sahaja..ada dua..dan ros juga turut kongsikan dengan ahli kumpulan ros supaya mereka lebih jelas..biarpun ada nahu yang salah mungkin, tapi insyaAllah boleh lah nak dikatakan sebagai contoh..nak bagi contoh yang ros punya nnt ye..setelah ros dah submit assignment ni.sebab diragui ada kesalahan dalam refleksi ros tu..:) takut caranya salah..apa-apa pun refleksi ini sekaddar contoh..jangan tiru bulat-bulat ye..:)

Contoh Refleksi Pendidikan Bahasa Arab.

Contoh Refleksi KKP - Bahasa Melayu