Tuesday, January 8, 2013
Rujukan Kalori Pemakanan Seharian Saya.
BURGER
Sebiji burger dengan cheese yang hanya berukuran lebih kurang sebesar tapak tangan lelaki dewasa mempunyai sebanyak 770 kalori. Dan untuk membakar kalori daripada burger tersebut kita kena berenang selama 94 minit dengan melengkapkan lap dari perlahan, sederhana dan laju. Sanggup ke nak berenang 94minit? Rasanya 15minit pun dah pancit…
PIZZA
Pizza Hut Large Hand-Tossed Style Cheese Pizza mempunyai 320 kalori hanya untuk 1 slice. Dan untuk membakar kalori dari sekeping pizza kita boleh berenang selama 39 minit dengan melengkapkan lap dari perlahan, sederhana dan laju.Ini baru 1 slice, selalunya kalau jumpa pizza paling kurang pun mesti makan 3 slice belum campur menu adds-on lagi.
BREAKFAST SANDWICH
McDonald’s Egg McMuffin mengandungi sebanyak 300 kalori dan kalau kita berhasrat untuk membakar kalori tersebut aktiviti yang perlu kita buat ialah berlari dengan kelajuan 5mph selama 32 minit dan kita juga berkemungkinan boleh terkena McObesiti kalau kerap sangat mengambil makanan seperti ni.
Kentang Goreng
Kentang goreng yang bersaiz ‘large’ mengandungi 540 kalori. Walaupun kalau di ikutkan tak lah sebesar mana pun saiz kentang goreng tu tapi untuk menghapuskan 540 kalori tu, kita kena berbasikal dengan kelajuan 10-11.9mph selama 77 minit!
DONUT
Chocolate Frosted Donut mengandungi 230 kalori setiap satunya dan untuk membakar kalori tadi memerlukan kita untuk berjalan dengan kelajuan 3mph selama 59minit. Untuk sesiapa yang dah makan Big Apple atau j&Co bolehlah ber-window shopping lebih kurang sejam untuk bakar ‘donut’ yang dah makan tadi.
CHOCOLATE CHIP COOKIES
440 kalori akan terkumpul dalam sistem badan kita bila kita makan Chocolate Chip Cookies atau mungkin kita lebih familiar dengan nama Famous Amous. Berbasikal selama 62 minit dengan kelajuan 10-11.9mph merupakan salah satu cara bersenam untuk membakar kalori sebanyak 440 kalori!
CINNAMON ROLL
Sekeping Cinnamon Roll mungkin mengandungi 500 kalori, berbeza mengikut tempat menjualnya. Dan ianya bersamaan dengan menari selama 85minit. Mungkin penari penari tak da masalah, tapi kita yang bukan penari ni macam mana?
BROWNIES
Chocolate Chip Brownies mengandungi sebanyak 380 kalori dan walaupun agak mudah untuk membakarnya dengan hanya melakukan yoga selama 129 minit tapi rasanya ramai yang mungkin terlena sewaktu sesi yoga tersebut.
ICE CREAM
Setengah cawan Ice Cream berperisa vanilla mengandungi sebanyak 270 kalori dan rasanya perisa vanilla ni merupakan yang paling rendah kalori yang bersamaan dengan belari selama 29 minit!
Jadi pandai pandai lah memilih makanan dan senaman anda untuk menjaga kesihatan dan bentuk badan. Mungkin ada yang bergenetik kurus kata ‘aku makan apa pon tak gemuk, tak payah la nak exercise‘. Memanglah anda kurus, tapi kolestrol dalam badan, siapa yang tahu?
Bagaimana pula dengan pembakaran kalori untuk aktiviti harian kita?
150 pounds bersamaan dengan 68 kg.
Keperluan Kalori Setiap Hari Mengikut Umur ?
roros! kawal makan..:')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih!